Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Tuesday, July 26, 2011

That's it!

Fine and that's it! i'm done. Kalau kau tak ambil tahu psl aku, then takda makna aku nak ambil berat pasal kau. So, 到达这儿而已. I'm leaving then.

.The skies are crying. I am just watching and catching teardrops in my hands.
.Followed by only silence as it's ending, like we never had a chance.
.Do you have to make me feel like there is nothing left of me?
.Go run. Run. Run.
.I'm gonna stay right here to watch you disappear.
.Go run. Run. Run.
.it's a long way down but I am closer to the clouds up here.
.As the smoke clears which makes I’m awaken and untangle you from me.
.All my windows, still are broken but I'm standing on my feet.
.You can take everything I have. You can break everything I am.
.Like i'm made of glass. Like i'm made of paper.
.Go on and try to tear me down.
.I will be rising from the ground.
.Like a skyscraper!

Sunday, July 24, 2011

Ketika ini~

mungkin benar kata seorang sahabat..

sorang masih mencari
seorang mahu sesuatu yang pasti

jadi dia ada tendercy untuk mengenali org lain. tapi aku punyai hati dan rindu yang masih pada dia sahaja.

ignore. tak perlu jaga hati siapa-siapa. cuma jadi diri kau. mungkin juga itu terbaik. mungkin benar dia bkn jodoh itu. tak apa lah.
beri ruang. beri masa. mungkin berjauhan jalan terbaik.
aku sayang kau. masih. tapi tentang rasa kau, aku kurang pasti. kau kata dulu sayang. tapi kau tak beritahu tentang sekarang. telah lenyap kerana mungkin silap aku. tak dipupuk. aku terus pergi dulu. tinggalkan engkau tanpa sebarang penjelasan. mungkin benar silap maku. benar juga aku menyesal. tapi semua telah berlaku. sekali lagi tak apalah.
aku harap aku dapat kerja baru itu. keluar dari kuala lumpur. jauh dari kenangan itu.semoga allah memurahkan rezeki aku. semoga dengan rezeki itu hidup aku turut berubah. mungkin jua ini sebuah lagi rancangan allah yang maha mengetahui. amin€

Monday, July 18, 2011

Psychology~

  1. When someone laughs too much even on stupid things, be sure that person is sad deep inside.
  2. When someone sleeps a lot be sure that person is lonely
  3. When someone doesn't talk much and if he/she talks, he/she talk fast, be sure that person keeps secrets.
  4. When someone asks about you, although that person is busy, be sure that she/he loves you.

Thursday, July 14, 2011

Tolong Cik Hati?

wahai cik hati
tolong beritahu aku tak rindukan dia
siksa semakin tersiksa

Wednesday, July 13, 2011

Maafkan~

Maafkan aku kerna rasa itu masih ada
Maafkan aku kerna rindu itu masih ada
Maafkan aku kerna cinta itu masih ada
Maafkan aku kerna gagal mengawal hati sendiri
Maafkan aku kerna menganggap semua itu telah pergi
Ternyata aku tersalah tafsir kemampuan diri
Mungkin hadirmu kembali bukan jalan yang terbaik untuk aku
Bila ternyata aku masih mengharapkanmu
Untuk kembali seperti dulu
Jadi mungkin berdiam diri cara terbaik

Betul Salah?

Terkadang terfikir
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati ?
(sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya)
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi atau beralih hati?
atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?

Kerana hakikatnya
kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita
dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan.
Untuk mengetahui makna manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya. Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...

Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita,
merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu
tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita:
'akan kekurangan diri kita sendiri.'

Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab. Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah, Untuk kita belajar sesuatu darinya. Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.

Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman. Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita. Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh. Bersabar, dan teruslah berdoa. Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

Tentang Ujian Kehidupan

Pertamanya kita mesti faham bahawa hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga.

sesuai dengan Firman Allah S.w.t yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214

Mengapa kita diuji?

Firman Allah S.w.t,

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30

Walaubagaimana pun, Allah amat menyintai orang2 yang sabar menghadapi ujianNya. FirmanNya,

“Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146

Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian2 yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”– Surah AlBaqarah : Ayat 286

Koleksi hadith-hadith
* Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – Hadith riwayat Imam Tirmizi
* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi
* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: “Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). ” - Hadis riwayat Imam Bukhari
* Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “ Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir”. – Hadith riwayat Muslim
* “Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.” - Hadith riwayat Muslim
“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” – Hadis riwayat Thobrani
“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
“Ujian yang paling berat adalah bagi para nabi, kemudian berikutnya dan berikutnya, seseorang diuji (oleh Allah) sesuai dengan kadar agamanya. Maka tidaklah musibah menimpa seseorang sehingga ia berjalan di atas bumi dan tidak ada dosa padanya.” – Hadith riwayat Bukhari
“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.” (Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)
“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” - Hadis riwayat Bukhari
“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.” – Hadith riwayat Bukhari
* Dalam hadith qudsi Allah berfirman : “Siapa yang tak rela menerima ketentuanKu, silakan keluar dari bumiKu!”
.
Jenis-jenis kesabaran
Ibnu Qoyyim Aljauzi dalam kitab Madarijus Salikin mengatakan, “Sabar adalah menahan jiwa dari berkeluh kesah dan marah, menahan lisan dari mengeluh, serta menahan anggota badan dari berbuat tashwisy (yang tidak lurus). Sabar ada 3 jenis, sabar dalam berbuat ketaatan kepada Allah S.w.t, sabar dari melakukan maksiat, dan sabar dari ujian Allah.”
.
Syair Imam Syafie berkenaan sabar
Bersabar lah yang indah
Alangkah dekatnya kelapangan
Barangsiapa muraqabah (merasa dekat dengan) Allah dalam seluruh urusan, ia akan berhasil
Barangsiapa yang membenarkan Allah, tidak akan terbawa gangguan
Dan barangsiapa yang mengharapkanNya, Dia akan ada di mana orang itu mengharap
(Manaqib AsSyafie , AlBaihaqi 2/362)

Penutup
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk.” - Surah al-Baqarah, ayat 45

Doa Harian


Allah humma innii a’uu zubika minal hammi wal hazan, wa a’uu zubika minal ’ajzi wal kasasl,wa a’uu zubika minal jubni wal bukhl, wa a’uu zu bika min ghalabatid daini wa qoh rir rijaal.


“ Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kezaliman manusia.”
(HR Abu Dawud)

Tulang Rusuk Itu~

Belajar lah mencintai orang yang hari ini masih milikmu sebelum dia pergi dari hidupmu..
Hari ini mungkin dia masih mencintaimu
tapi mungkin esok tak kan ada lagi cinta untuk mu
dan mungkin esok kamu yang akan lebih mencintai dia saat dia telah pergi..
Jadi jangan pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi hatimu

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak

"Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak

"Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

~Moral of The Story~
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Tuesday, July 12, 2011

TheBeautyRemains~

he's back into list again
yes! I'm glad
thank god and Alhamdulillah
just hope everything will turns better then before

sometimes i wish life have a reset or initial button
Whenever things gone wrong
I just need to hit the button so it will be restarted
back to the start
fresh and without scars

I guess having u back in the list, wasn't a good idea
perhaps

kita tahu dan pasti apa yang kita mahukan
Tapi hidup bukan selalu seperti yang kita jangka
Hidup juga bukan selalu indah kerana kita sering diduga
Jadi aku selalu terkeliru...........

Just when i felt like giving up on us
you always turned around and gave me one last touch
that made everything feel better and even then my eyes got wetter..

Bila Islam itu Dipersenda, Bila Melayu itu Dicerca~

Melayu mahupun Islam...teruskanlah lalai dan tutup mata...sampai nnt suatu hari semua tergadai

Perjuangan Belum Selesai~

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad

Perumpamaan~

Seperti..
telah engkau memimpin tangan ku sehingga kita sampai menggapai bintang dan menikmati awan..
membawa aku menghayati dan mengamati keindahan di atas sana..
Kemudian itu apabila sudah berada di puncak itu..
kau menolak aku dari belakang
aku terus jatuh ke bawah dasar yang gelap..
aku terjatuh di dalam lembah kesedihan, sakit yang teramat..

Monday, July 11, 2011

Dear Malaysian~

Aku tak paham ade certain rakyat malaysia yang terlalu taksub dengan negara luar.
Padahal baru menjejakkan kaki beberapa kali di negara itu.
OOOooo..macam la kampung halaman dia pulak..
kadang-kadang bila mendapat sokongan dari negara luar, mereka seakan-akan mengiyakan apa yang negara asing itu lakukan terutama negara seperti erop, ame, aus dan sing.
tolong lah buka mata.
hujan emas di negara org, hujan batu di negara sendiri, macamana pun kau tetap asal usul sini jugak.
takyah nak taksub sangat dengan negara org.
bersyukurlah kau dapat tinggal di negara yang aman.
kau belum tahu lagi negara org
samada bagus atau tidak

Sunday, July 10, 2011

Bukan Meluat lagi Tp MENYAMPAH!

Semua org tahu pasal kempen kuning. Semua orang ingat tanggal 9 july 2011. Kononnya melaung-laungkan keinginan sebuah negara yg bersih. Lebih-lebih lagi tentang election. Dimana kita tahu kepala depan kepada kempen ini adalah org kafir yang menentang islam tapi ramai umat islam mengikut serta.

Ambiga:
sakkastiknya terhadap bangsa melayu dan agama islam sangat menyerlah
Kejatuhan Islam di Malaysia dilihat sebagai agenda perjuangannya

Namun ramai islam, melayu membuta tuli mendokong perjuangannya kali ini
.Mungkin kabur.
.Mungkin buta.
.Mungkin alpa.
.Mungkin emosi.
.Mungkin bodoh sombong.

Di mana ramai umat Islam di Malaysia menentang habis-habisan perjuangan Ambiga sebelum ini. Sehingga menyebabkan beberapa pejuang politik Islam diheret ke mahkamah dan dipenjara. Kenapa mereka dipenjara? kerana menentang perjuangan orang-orang yang menjadi suara IFC. Kita lupa? Ambiga ini penganjur IFC yang bertanggung jawab menerima memorandum menuntut perlaksanan Suruhan Jaya Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Yang mana "14 tuntutan IFC" ini jelas sekali mencabar dan mempersoalkan Islam serta bertentangan dengan Perlembagaan persekutuan.

Mungkin jua benar Melayu mudah lupa.

Suatu ketika dahulu ramai umat islam yang berhimpun di hadapan Masjid negara, mengadakan "Himpunan Sejuta Umat" untuk menentang Ambiga dan sekutu dalam kes Murtad Lina Joy. Ada di antara umat islam yang mengistiharkan JIHAD kepada Ambiga dan Majlis Peguam Negara. Dalam kes Lina Joy, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Adakah anda tidak ingat? Dia turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Mungkin Melayu kaya dengan sifat pemaafnya. Jadi menutup sebelah mata dan sama-sama menyokong Ambiga dan mengangkat martabat Si Ambiga ini sebagai ketua dalam demonstrasi haram yang diikuti ramai orang-orang melayu dan islam. tak buka mata ker?

Tetapi aku tulis entry ni bukan nak mengupas tentang arus politik di Malaysia tapi tentang perangai rakyatnya.

Bila bercerita tentang politik, semua pengikut parti tertentu naik syikh. Yang parti ini betul, pasti ini salah, parti ini tak telus, parti itu makan rasuah. Tapi bagi aku itu baru namanya politik. If nak baik, bersih, telus, itu kita panggil agama. Jadi politik takkan ada istilah 'bersih'. Itu propa pihak tertentu dengan agenda untuk kepentingan individu.

As long as we dealt with human, there's never gonna be 'bersih' pun. Terimalah hakikat bahawa kita tidak dapat mengubah manusia lain tapi kita dpt mengubah diri sendiri. Juga terima hakikat dimana, sebaik-baik manusia (jgn ckp la psl nabi, tak masuk ok) there's always have little tiny miney black dot in their heart. So, u couldn't expect that people will treating u nice. Tell me, wut gonna be tomorrow? ppl will becomes nice to each other? television will show the 'bersih' version of news..? kalau dengan sekali perarakan mcm ni bole mengubah segalanya. alolololloooo..then that's so cute! mcm tu kita kena buat perhimpunan mcm ni hari2 macam perhimpunan pagi isnin kat sekolah, then selasa, rabu, khamis....jumaat ade lagi??? durhhh...boring dah kot...

Bila dah start masa bahas-membahas sapa betul sapa salah. Mulalah, walau kawan pun mulut sama tak boleh blah. Nak tunjuk parti die betul. Siap nak perli2 org tanya

" kau jangan jadi berkilat kat luar berkarat kat dalam"

hey! suka hati aku la nak pilih parti mana. itu hak aku. dan aku pun tak influence ko ikot parti mana aku sokong. bagi aku nak berarak2 ni pun bukan one of cara org yg berpelajaran should act. ape yg aku tak sokong is perhimpuanan mcm ni. effect org2 yang taknak ambil tahu. ko pulak ape hal nak kecoh lebeh? undi aku undi aku la. ko nak sokong ape ko punya pasal!

"info mana ko dapat? dari arus perdana?"

lagi satu ko pun dapat info dari mane? ade ke duduk semeja bulat dengan ahli2 politik? ade bincang tentang hal negara dengan mereka? ade ko duduk mamak sambil lepak minom teh tarik dengan diorg then borak2 pasal negara???? ade????? ko denga kata org jugakkan? ko baca blog-blog yg belum tentu kesahihan nye kan? ko bace suratkhabar kan? yang mane suratkhabar pun pro parti tertentu jugakkan? so ape ko nak pertikaikan info yg aku dapt? same jela..kita cuma pemerhati, jadi buatla timbal balik mana yg benar. macam aku cakap xada satu pun yg betul2 telus dan bersih. setiap org ade stategi utk naik, samada cara baik atau jahat. jadi kita sebagai rakyat pilihlah yang mana kita anggap yang dapat memberi kepentingan kepada kita. wallahualam.

"mmg tol apa yg ko ckp tu. deorg ni xpk ke apa? bl wat perhimpunan camni..lg nmpk kn negara kiter ni terok.."

"Hurmm..itu la bila emosi dah melangkaui akal..itu lah jadinye.."

Betul aku tidak sokong "Bersih' ni sebab pendapat aku benda ni tak mengubah ape2 pun. Same mcm bersih 2007 ade ubah something major ke? Kalau x takkan ade version 2.0 plakkan? Haha..if betul ubah something yg kecik2 aje..then it will goes around again and again..ape yg takkan berubah is sejarah. ppls akan ingat tarikh ni sbgai ramai org berhimpun nak bersih tp menotorkan imej negara sebenarnya. Banyak lagi cara lain. Ini bukan cara org terpelajar punya tindakan. They shud noe the consequences but they dun care, sbb nakkan kepentingan sendiri. Ramai terhasut. Biar maruah negara tergadai asal puas.

SPR mengawal sistem demokrasi pilihanraya dalam negara. Jika benar SPR tak bersih. Kalau betul SPR tak adil. Ada tuduhan bahawa SPR itu berat sebelah. Gunakan akal fikiran mana mampu puak-puak Pakatan menang besar di PRU 12?

Fikirkan tentang logik lagi sekali apa yang pakcik ini katakan tentang perhimpunan bersih ni.... gunakan akal fikiran, jangan emosi melangkaui akal..




Aku pun bukan berkata-kata pro mana-mana parti. Tapi bila tiba pilihanraya kita perlu buka mata dan minda mana satu parti yang layak diundi, yang mampu memberi kemudahan kepada rakyat, yang mementingkan hak-hak dan perjuangan Melayu, serta tidak lupa yang tidak mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Dan sebagai umat Islam juga kita perlu memilih pemimpin dari kalangan Islam juga!

If u tried to voice out ur opinion then i'll respect that...BUT...bak kata pepatah "bahasa melambangkan bangsa" so please watch out wut u gonna spill from ur mouth..once u tried to put "dirty" words in ur sentence, sorry dude! i dun ave the enthusiasm to hear the rest. Just accept that different people ave different way of thinking and opinion. so take it or LEAVE it. u just cant change what ppl believe in.


Saturday, July 9, 2011

the hardest test in life

test 1
the patient to wait for the right moment

test 2
the courage to accept that what you've waited for nothing.

~---~
Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang
cukuplah cintai dia dalam diam
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya
kau ingin memuliakan dia
kau tak mahu merosak kesucian dan menjagaan hatinya
kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu
Kerana mungkin saja yang kau cinta juga adalah orang yang telah Allah pilihkan untukmu
Ingatlah kalian tentang kisah Siti Fatimah dan Ali.
Yg keduanya saling memendam apa ygmereka rasakan
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dlm ikatan suci nan indah
Kerana diammu tersimpan kekuatan
kekuatan harapan
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yg diam itu dapat berbicara dlm kehidupan nyata
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hambaNya yg berharap padaNya
Dan jika memang ‘cinta dalam diammu’ itu tak memiliki kesempatan utk berbicara didunia nyata
Biarkan dia tetap diam jika dia memang bukan milikmu
dengan izin Allah
melalui waktu akan menghapus ‘cinta dalam diammu’ itu
dengan memberi rasa yang lebih indah
dan orang yang tepat untukmu
biarkan ‘cinta dalam diammu’ itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu
menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu
kerana yakinlah
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi
atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari
bersabarlah dalam diammu

Penipuan

penipuan yang paling selalu aku buat..haha...it's always come naturally..sorry folks!

"can i ave ur phone number?"
"no. i won't give it to u."
"y? r u married"
"yes! i'm married. my hubby os now"
"ouhh..i c. sorry to interrupt. c yaa"

hahahahahha! best! tanpa rasa bersalah pun..keh3!

Thursday, July 7, 2011

Keliru: Apa yang Aku Mahu?

kita tahu dan pasti apa yang kita mahukan. Tapi hidup bukan selalu seperti yang kita jangka. Hidup juga bukan selalu indah kerana kita sering diduga. Jadi aku selalu terkeliru...........

kadang-kala
berada di tengah-tengah
bila tiada pilihan. bila tiada arah.
aku seakan-akan tidak tahu apa kehendakku
mungkin telah hilang semua
mata hati yang telah ditutup rapi
seakan aku tiada kemahuan
seperti tiada arah mahupun visi
adakalanya kuat keyakinan itu bahawa itu yang aku inginkan
dan
adakalanya hati terlalu lemah sehingga mengalah
adakalanya memberontak tidak mahu dan membiarkan
adakalanya juga hati berbisik rindu dan tak keruan

(*lupakan dan lost contact)
"arggghh..tak apalah..mugkin ada yang lebih baik. Jadi jom kwn ramai-ramai "

atau (*tanpa sebarang usaha dan lost contact)
"eh...xperlu kot buat begitu. kalau benar jodoh tak ke mana "

atau (*keep in touch tapi tanpa apa2 ikatan istimewa)
"bersabar mungkin suatu hari nanti dia kembali, cuma perlu sentiada berada di samping dia. tapi smapai bila? kalau dia kembali?kalau tak adakah berbaloi ini?"

Aku sering terkeliru
apa kemahuan sendiri
kadang-kala jua
terasa tiada tujuan dan arah lagi
Mungkin semua itu telah pergi bersama-sama yang terdahulu
hati terlalu cepat merasa takut
seperti tiada lagi kekuatan dulu
kekuatan menerima dikecewakan
jadi aku mudah berundur
oleh itu aku cepat menarik diri
adakah cinta itu telah hilang
kabur hanyut bersama-sama cinta yang terdahulu
adakah bakal tiba kegembiraan itu?
sepertimana mereka yang lain
bergembira kerana memiliki
sedangkan aku masih tercari-cari
selalu sahaja berjumpa yang salah
seringkali hati dikecewakan
seringkali air mata mengalir lalu membiarkan dia pergi
teman selalu berpesan
"Allah sengaja menemukan orang yang salah, supaya kita dapat belajar daripadanya"
namun sampai bila?
apakah pengajarannya dari hati dihiris-hiris berkali-kali??
supaya hati enggan mempercayai lagi?
supaya hati mudah mencurigai?
supaya hati merasa serik?
seperti aku sudah merasa buntu
seperti aku sangat keliru


next question will be
"can we pretend like nothing gone wrong? can u stay with me forever?"
*sigh*


Kecewa sikit tapi takpeeee~


"Life does not always work out as we plan, we always says that life is not fair, however, it always work out the way God knows is best for you."

heee^__^

Google ni sungguh menarik! aku ske giler ngn Google. Korg boleh Google everything, termasuklah org yang korg admire. Cuma dengan sedikit information

***druupppppppp***
tons of other info yang akan korg dapat
yeheyy!

Well, kan dalam entry yang sebelum ni aku ade cerita psl "Weirdly feelings, crush?" this one man who have caught my heart kan. Well, bukan dia pun yg caught my heart, tp kereta dia yang caught my eyes. huhu.. tp dari mata turun ke hati. cewaaaahhhh...

Today morning i saw his car, parked somewhere near to mine. So, bile i drive through his, aku jeling dlm keta, masih takde orang. mybe he's a bit late today kot. Sempat lagi aku usya n remember his plat number.



So sampai ofis straight away buat kerja tanpa henti, but then suddenly, teringat kat my jiran tu. Ape lagi google la plat kereta dia. druppppppppppppppppppp! wow! byk gile info psl dia.
> His full name; sampai Bin ape pun siap aku dpt tau youuuu!
>Where he came from: perak, ramai lak dr perak aku jumpe lately esp kat KL ni.
>Kerja mana, Uni mana, skolah mana..
>AND wedding dia kat mana n his wife name!

Anyway something yg frustrating jugak la bile tau dia dah berkahwin. hee..never mind. crush jer kan n suke pun secara senyap without aku shows any sign. Alhamdulillah, harap dia dan isteri bahagia dan berkekalan hendaknya. Amin..

Well, now its time to move on! Gear D please........

"When you stop chasing the wrong things, you give a right things a chance to catch you" 

However tak lah sedih sgt, senyum jer aku sepanjang hari. Well, bkn senyum sbb ape, tp sbb suke giler dapat collect info dengan senang sangat! hehehe..


YahoOooOooooooOoo~

yeay finally i did it!
its bad actually
but i'm glad i spill it out

"kenape aku call je ko mcm xnak cakap dengan aku je"

"hahahahaha...."

"ko xsuke aku cal ke?"

"haaaaaa.....tahu pun....."

"takpe lah.."
*tuttttttttttttt*

sorry man!
i just can't pretend
so as if u knew and understand.
thank a lotttttt!
so? whut r u waiting for?
bye bye......

Wednesday, July 6, 2011

Fikiran itu Melayang lagi~

fikiran itu melayang lagi..
bila malam ini aku sendiri
sambil menghirup tea o panas
seringkali pergi menyinggah engkau
seperti rasa itu semakin menebal
seakan rindu itu bertandang lagi
mahu engkau hadir
namun yang hadir cuma hampa
dan aku terus hampa

fikiran itu melayang lagi..
jauh pergi ke masa lalu
seakan dunia itu milik kita
wujud satu cinta dalam dua jiwa
walaupun aku hanya mampu menerima
bahawa kau adalah mimpi yang sangat indah
jadi aku sering tersedar ke alam nyata
benar! kau mimpi terindah
oleh itu aku tak mahu melewati mimpi tidur
kerna aku gembira dengan mimpi nyata
yang aku sendiri tak pernah mengerti
yang aku sendiri tak pernah percayai

fikiran itu melayang lagi
ke babak-babak permulaan cerita
cintamu indah, menyerikan kisah silamku
hadirmu bercahaya, menerangi hidupku yang gelap
terima kasih atas segalanya
aku bersyukur cinta itu pernah menjadi milik aku
walau seketika bila hadir dia
hati mula berkecai
kepercayaan yang cuba ku bina
hancur musnah berderai

fikiran itu melayang lagi
ke tanggal 21 may 2011
mungkin hari itu aku telah menghantarmu
munkin jua tanpa aku sedari
yang aku menghantar hatimu jua jauh dari aku
kerna sejak dari itu kau mula berubah
mungkin kau tak tahu yang aku sedari itu
dimana engkau sekarang?
engkau yang dulu cintaiku
pulanglah segera sayangku

Tuesday, July 5, 2011

Lagi-lagi meluat!

Baguslah dapat jadi lelaki
kau tidak mudah diukur tentang keimanan kau
boleh lah bila-bila aje ko nak bajet baik
bole jugak suke hati kau nak sembur orang
berlagak macam penuh keimanan terhadap Allah
tapi sebenarnya solat jumaat pun
kau tak pernah nak jejak kaki ke masjid

Baguslah dapat jadi lelaki
tidak mudah untuk kita mengukur keimanan kau
bukan seperti perempuan
yang pakai tudung itu baik, beriman
yang tak tutup kepala itu jahat, macam setan!

Baguslah dapat jadi lelaki
kau tak cukup solat lima kali sehari pun
ko leh nak pung-pang pasal islam
ko leh nak tazkirah org suke-suke hati kau
padahal ko tak buat pun
cuma tahu cakap aje lebih

Baguslah dapat jadi lelaki
betul..betul....betul ape kau cakapkan
memang aku tak boleh nak sangkal
sebab ape yang ko cakap memang fakta
mengikut Al-Quran dan sunnah
Tapi kita semua manusia biasa
sering terjerat dalam kesilapan
selalu terperangkap dalam keadaan
aku percaya bila tiba masanya
kau akan lakukan seperti apa yang aku lakukan
jadi bila aku berdepan ia sekarang
tak payah lah kau nak bagi solution yang kita takkan buat

baguslah dapat jadi lelaki
memang tak suka adat
memang tak suka budaya
tapi kita duduk di negeri mana? negara mana?
last-last nanti ko kawin berarak bersanding jugak
pepatah melayu berkata "cakap pandai, buat belum tentu lagi!"
Jadi jangan cakap tuh nak tunjuk macam kau baik sangat
islam tuntut bersederhana
berkata-kata juga bila perlu
itu ko ikut tak?

Baguslah dapat jadi lelaki
cakap pandai, buat tidak
cakap pasal wajib pandai, buat tidak
cakap pasal sunnah lagi pandai, buat pun pandai jugak
lagi-lagi bila cerita pasal kuasa mereka
lagi-lagi bila cerita pasal kawin 4
topik yang paling mereka suka
tapi bini yang satu tak terjaga pun
gatal nak berbini 2, 3, 4
Nasib baik malaysia dah gubal syarat lebih ketat
kalau tak...tak tahu la............................

Orang Ke-Tiga

samada wujud orang ketiga
atau
menjadi orang ketiga

Monday, July 4, 2011

Tak Tahu > Tak Suka > Serba Salah

3 kes pada seorang. Aishh.. camne aku nak buat ni?

Kes 1: Tak Tahu

Dulu aku suka dia. Tapi sekarang semua berubah. Mungkin benar dulu aku just crush pada dia aje. Sekarang aku tak suka bila dia telefon aku tak tentu masa. Sekarang aku tak berminat nak cal mahupun terima cal dia. kenapa? Aku betul-betul tak tahu...

Kes 2: Tak Suka

Dulu aku selalu menceritakan hari-hari aku. Dia pun ada selalu utk dengar semunya. Iye, aku kata aku suka dia dan semakin rapat. Aku tahu dia taknak komitment dan aku pulak taknak ia berlarutan. Sebab aku takut penyudah sama seperti yang lain. sebab tahu aku kena jaga relationship "professional" dengan dia dalam jangkamasa yang lama. Sebab juga aku takkan pernah ade relationship yang baik lepas jadi "ex". sbb nak avoid ni, i ask him to stop being too nice to me.

"Kau tahu tak perempuan ni kalau kau baik sangat dengan dia, dia leh mudah suka kat laki tu? So jangan baik sangat dengan'kawan perempuan' ko tuh!"

tapi lepas itu makin lama makin aku tak suka dia..hahahaha..... menjengkelkan rasanya.. mungkin betol dulu crush je kot. skrg dah tak suka! hahaha! rimas kot.

iye2.. aku tahu ko nak jadi kawan aku. Boleh nak berkawan. tapi kalau ko nak aku treat ko macam bestfriend, tak dapat la! actually bukan mudah perempuan nak ade bestfriend dari kalangan lelaki. tapi tak mustahil. Sebab aku ada bestfriend laki gak, tapi cuma seorang. itupun lepas 4 tahun kenal. dia tak treat aku sangat baik, just biasa-biasa je. tapi kita tahu dia seorang kawan yang baik bila dia cuba bantu ko waktu ko susah. Waktu ko takde duit, if ko cerita kat dia, dia cuba bantu seberapa boleh waktu ko memerlukan. Waktu ko sedih dan down dia cuba bagi kata-kata semangat. bila aku sakit demam, minta tolong dia hantar ke klinik, dia memekak bising tapi dah terpacak je kat depan rumah. bila aku banyak tanya sangat siaplah kena marah ngn dia. that's who i called bestfriend.

Bukan ko cal aku tiap-tiap hari je!then kita cerita psl kehidupan kita, kerja, dan interest kita. then nak claim ape ko buat tuh sebab ko nak jadi best friend aku. itu bukan the way of being bestfriend okey!

macam aku merepek dalam "Besties by trust~". Bukan senang-senang tetibe aku kenal ko, pastuh terus nak jadi bestfriend aku. Terus ko expect untuk aku ceritakan hidup aku kat ko, masalah aku kat ko, rahsia aku kat ko? salah ar! dulu lain la sbb aku suka ko.. sekarang tak suka... camne? haha.. macam aku cakap ------>>

i bet to find bestfriend took longer time rather than you find yourself fall in love!
so stop trying so hard dude!

Kes 3: Serba Salah

aduh lah saudara. aku ni jenis tak pandai nak berpura. menipu pun salu kantoi n teragak-agak. So aku tak reti nak pretend yang aku selesa dengan ko sekarang. So aku memang tak berminat nak angkat cal bile ko telefon. lagi pun selalu tak kena masa. dah lewat malam baru kau cal. pukul 9pm la, 10pm la, 11pm la, yang paling xbole blah 1 am! kadang-kadang on weekend serius ko tak professional!

even kalau ko cal siang pun aku tak berminat nak layan kerenah ko. aku biarkan aje die ringing sampai ade missed call. dan aku pun takkan reply ur cal. bukan bertindak kejam. tapi aku tak reti nak berlakon. serius! if aku tak suka orang aku akan show that i dun like u. aku ni bukan mudah tak suka orang tapi tak tau lah dengan ko ni apehal, aku pun serba salah, tapi serius aku tak pandai nak berlakon buat-buat suka.

"nanti aku datang kl, kita jumpa k"

waduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......... taknakkkkkkk! Boleh dikira dengan jari berapa orang laki yang pernah keluar berdua dengan aku. Most of them ofcos la bf/scandal kan yang sekarang semua dah ex, and sorg bestfriend laki aku tadi. huh! nak keluar ngn ko? urusan ape? aku rase semua urusan "profesional" kita dah settle kot. aduiiiiii. serba salah. alasan ape yg aku nak kasi ni? stakat nak lepak xpayah la...rimasssssss!

Saturday, July 2, 2011

Dah Penat, Lelah~

kadang-kadang
terasa sungguh penat dengan hidup
penat nak cheer diri sendiri
penat memujuk hati
penat menghadapi manusia
penat nak menjangka apa kehendak
penat mendalami hati fikiran
terlalu banyak perkara yang berlaku
aku dah penat
dan terasa sungguh lelah
ada rasa nak give up
rasa nak lepaskan semua
sangat letih nak motivate diri sendiri
kadang kala ada terlintas
jika tuhan ambil nyawa ini segera
jika aku sesat di alam lain
jika akuhilang kewarasan
jika aku tidak berhati
seperti terlalu banyak ujian
seperti terlalu banyak mengguris hati
seperti terlalu banyak menyakitkan
aku perlu menahan diri utk sabar
tapi hati memberontak
meronta-ronta tak mahu begitu
sering tertanya-tanya
sering berfikir
sering merasa
semua ini tidak adil
kenapa semua akhirnya begitu?
kenapa berulang-ulang?
kenapa bertimpa-timpa?
kenapa tidak putus-putus?
kenapa aku?
apa yang tuhan cuba tunjukan
apa perlu aku pelajari?
sedngkan hati cukup sakit perit
sabar lagi?
tapi sampai bila?
tahap mana?
Dah Penat, Lelah.....

Friday, July 1, 2011

yadiyadiyadaaaa~

.there's a story to tell. but still there's story never can be told. maybe its best to just keep it low. in the deepest place in heart. always keep it silence there. forever. some people might not want to hear. thou some people wants to noe. even if i told. it never leave any mark along they go. they went away and just forgot. people come and go. people change and so do i. i move forward, back and fourth. but guess my heart stand still here rigid.same place. same person.same face.same feeling. even its rigid, yet, my heart soft enough to mellow.but i just don't understand. it always mellow to the wrong way. maybe the temperature isn't right. hurmm. maybe i need to check the recipe. try a different one. for better life. for better people. for better love. but never better friends.

What do u see in your future?
i saw u

I can take the rain on the roof of this empty house.that don't bother me.I can take a few tears now and then and just let them out.I'm not afraid to cry every once in a while.even though goin' on with you gone still upsets me.There are days every now and again I pretend I'm okay but that's not what gets me.It's hard to deal with the pain of losin' you everywhere I go but I'm doin' it.It's hard to force that smile when I see our old place and I'm alone.Still harder gettin' up, gettin' dressed, livin' with this regret but I know if I could do it over.I would trade, give away all the words that I saved in my heart that I left unspoken.What hurts the most was being so close and havin' so much to say and watchin' you walk away and never knowin' what could've been and not seein' that lovin' you is what I was tryin' to do.

Rascal Flats

Wahai Anak-anak!

Macam mana aku nak cakap ni...
tapi aku sering nak cakapkan ini..

jika hari ini kau lihat hidup kau lebih senang dari dulu
mempunyai kereta
mempunyai rumah
mempunyai kerjaya

satu aku pinta
jangan kita lupa yang kita juga punyai MAK
jangan kita lupa yang kita juga punyai AYAH
mereka lah yang membesarkan kau dari kecil
menghantar kau belajar tinggi-tinggi
sehingga sekarang kau punyai "harta" sendiri

tak kisahlah bagaimana mereka membesarkan kau
samada kau suka atau tidak
tapi berbanggalah yang kau berjaya menjadi manusia berguna
berbangga tapi bukan mendabik dada!

dan jika kau merasakan kehidupan kau sempit
sentiasa berasa gusar
aku percaya ada perkara yang kau lupa nak lakukan

1.Bersyukur atas semua nikmat dan rezeki yang Allah SWT berikan kepada kau.

2. Bersedekahlah kepada ibu bapa kau!

Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata…….” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)”………nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi : “Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari

Huraian hadith:

- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2….tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh

Kesimpulannya

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..

Wassalam.

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA.
Insyallah hidup kau akan lebih mudah dan tenteram walaupun duit kau sikit! kau akan rasa dengan duit yang sikit itu masih cukup untuk kau sampai hujung bulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo