kita tahu dan pasti apa yang kita mahukan. Tapi hidup bukan selalu seperti yang kita jangka. Hidup juga bukan selalu indah kerana kita sering diduga. Jadi aku selalu terkeliru...........
kadang-kala
berada di tengah-tengah
bila tiada pilihan. bila tiada arah.
aku seakan-akan tidak tahu apa kehendakku
mungkin telah hilang semua
mata hati yang telah ditutup rapi
seakan aku tiada kemahuan
seperti tiada arah mahupun visi
adakalanya kuat keyakinan itu bahawa itu yang aku inginkan
dan
adakalanya hati terlalu lemah sehingga mengalah
adakalanya memberontak tidak mahu dan membiarkan
adakalanya juga hati berbisik rindu dan tak keruan
(*lupakan dan lost contact)
"arggghh..tak apalah..mugkin ada yang lebih baik. Jadi jom kwn ramai-ramai "
atau (*tanpa sebarang usaha dan lost contact)
"eh...xperlu kot buat begitu. kalau benar jodoh tak ke mana "
atau (*keep in touch tapi tanpa apa2 ikatan istimewa)
"bersabar mungkin suatu hari nanti dia kembali, cuma perlu sentiada berada di samping dia. tapi smapai bila? kalau dia kembali?kalau tak adakah berbaloi ini?"
Aku sering terkeliru
apa kemahuan sendiri
kadang-kala jua
terasa tiada tujuan dan arah lagi
Mungkin semua itu telah pergi bersama-sama yang terdahulu
hati terlalu cepat merasa takut
seperti tiada lagi kekuatan dulu
kekuatan menerima dikecewakan
jadi aku mudah berundur
oleh itu aku cepat menarik diri
adakah cinta itu telah hilang
kabur hanyut bersama-sama cinta yang terdahulu
adakah bakal tiba kegembiraan itu?
sepertimana mereka yang lain
bergembira kerana memiliki
sedangkan aku masih tercari-cari
selalu sahaja berjumpa yang salah
seringkali hati dikecewakan
seringkali air mata mengalir lalu membiarkan dia pergi
teman selalu berpesan
"Allah sengaja menemukan orang yang salah, supaya kita dapat belajar daripadanya"
namun sampai bila?
apakah pengajarannya dari hati dihiris-hiris berkali-kali??
supaya hati enggan mempercayai lagi?
supaya hati mudah mencurigai?
supaya hati merasa serik?
seperti aku sudah merasa buntu
seperti aku sangat keliru
next question will be
"can we pretend like nothing gone wrong? can u stay with me forever?"
*sigh*
No comments:
Post a Comment