Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Monday, October 15, 2012

Custom made shawl tunang atau nikah

Assalamualaikum beautiful!

harini nisa nak update pasal custom made shawl. Atas request kawan kepada adik Nisa, so Nisa setuju nak buat custom made untuk nadia. Tapi bukan free laaa! haha..

Nadia request nak buat 2 helai tudung, warna peach untuk majlis akad nikah dan warna kelabu untuk majlis resepsi. Seminggu nisa kejakan tudung tu. Sekarang yg warna peach dah siap dan dah serah kat tuan badan dah. Alhamdulillah, nadia puas hati :))))))


Ok here's tudung nyer, kesian tuan tak pakai lagi tapi nisa dah kasi korang tengok. Sorry Nadia..hahaha..Nadia ok kot..ekeke..


Ramai yang request nisa buat custom made shawl ni. Nisa tak dapat nak kasi harga terlalu murah sebab harga manik bukan murah. Nisa suke benda yang cantik dan berkualiti, jadi bila beli untuk awak semua nisa nak yang cantik jugak! haha.. And mostly yang cantik adelah mahal..hehe.. tapi nadia ckp harga Shawl nisa murah..hahahaha..-_-"


Ni baru sejenis manik, selalunyer nisa beli 3-4 jenis berlainan color & saiz.

Lagipun nak beli border lace Nisa kena pegi jln TAR, and parking kat sana SANGATLAH MAHAL! pernah cecah RM13.. huhuhu.. bak kata orang kedai Kain Osman, pejam mata jela bli kak..alahaiiiii..

Currently nisa still working on Nadia punya gray shawl. Lepas siap nak terus proceed dengan Syuhada dan adik for their engagement!


However, due to overloaded order, nisa ambil order custom made shawl untuk majlis selepas 11 Nov 12 shj.. Kalau boleh nak buat tp takut tak sempat..Thanks beautiful!


Custom Made Shawl
RM140 *include postage
---------------------------
Long shawl 2.0 x 0.5 meter 
*Nisa cuma provide tudung warna putih, cream dan hitam shj. Warna-warna yang lain, anda kena hantar kepada Nisa kain sepanjang 2meter. (harga sama) 
*Kalau nak lace baju matching dengan shawl, hantar lace anda, sekurang-kurangnya 0.6 meter panjang. (-RM20 dari harga diatas) 
*kalau hantar baju + shawl; boleh dapat harga istimewa. nak tahu? pm nisa.. 
*min order 2 weeks

Nak tempah? 

Jika anda berminat sila drop email ke 
atau visit our fb page 



updated on 6 Nov
Nadia wearing shawl made by meeeee!!!!! yehuu~


Selepas byk inquiry datang dari email and fb. 
Ni adalah shawl yang Nisa buat utk Butik pengantin Renzbridal Renz.

Ni tudung Nadia pakai ketika majlis resepsinya.

Haaaa..ni la nadia pakai tudung resepsi, cantikkan? makeup dia laaaa! superb kan? --- by Dyanatul Bridal House & baju by Renzbridal Renz

Ini pula tudung syuhada dari Melaka untuk hari pertunangannya

yang ini pula adik Syuhada, Atikah yang juga tempah tudung dengan Nisa utk majlis pertunangan.

Kalau minat isi borang order --->disini

atau drop email ke 
atau visit our fb page 




Selain Long shawl ade jugak type tudung lain



3 comments:

Lurfiera Boutique said...

Lawa gile nisa awak buat! creative sangat!! adore on how you make it.:)

::Sebaik-baik kehidupan:: said...

awk cmne nak beli lace mcm ni?
lace utk veil ni

:: NisaAlwy :: said...

Any inquiry please email to / sebarang pertanyaan email ke: nissarary@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo