Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Wednesday, July 6, 2011

Fikiran itu Melayang lagi~

fikiran itu melayang lagi..
bila malam ini aku sendiri
sambil menghirup tea o panas
seringkali pergi menyinggah engkau
seperti rasa itu semakin menebal
seakan rindu itu bertandang lagi
mahu engkau hadir
namun yang hadir cuma hampa
dan aku terus hampa

fikiran itu melayang lagi..
jauh pergi ke masa lalu
seakan dunia itu milik kita
wujud satu cinta dalam dua jiwa
walaupun aku hanya mampu menerima
bahawa kau adalah mimpi yang sangat indah
jadi aku sering tersedar ke alam nyata
benar! kau mimpi terindah
oleh itu aku tak mahu melewati mimpi tidur
kerna aku gembira dengan mimpi nyata
yang aku sendiri tak pernah mengerti
yang aku sendiri tak pernah percayai

fikiran itu melayang lagi
ke babak-babak permulaan cerita
cintamu indah, menyerikan kisah silamku
hadirmu bercahaya, menerangi hidupku yang gelap
terima kasih atas segalanya
aku bersyukur cinta itu pernah menjadi milik aku
walau seketika bila hadir dia
hati mula berkecai
kepercayaan yang cuba ku bina
hancur musnah berderai

fikiran itu melayang lagi
ke tanggal 21 may 2011
mungkin hari itu aku telah menghantarmu
munkin jua tanpa aku sedari
yang aku menghantar hatimu jua jauh dari aku
kerna sejak dari itu kau mula berubah
mungkin kau tak tahu yang aku sedari itu
dimana engkau sekarang?
engkau yang dulu cintaiku
pulanglah segera sayangku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo