tapi aku sering nak cakapkan ini..
jika hari ini kau lihat hidup kau lebih senang dari dulu
mempunyai kereta
mempunyai rumah
mempunyai kerjaya
satu aku pinta
jangan kita lupa yang kita juga punyai MAK
jangan kita lupa yang kita juga punyai AYAH
mereka lah yang membesarkan kau dari kecil
menghantar kau belajar tinggi-tinggi
sehingga sekarang kau punyai "harta" sendiri
tak kisahlah bagaimana mereka membesarkan kau
samada kau suka atau tidak
tapi berbanggalah yang kau berjaya menjadi manusia berguna
berbangga tapi bukan mendabik dada!
dan jika kau merasakan kehidupan kau sempit
sentiasa berasa gusar
aku percaya ada perkara yang kau lupa nak lakukan
1.Bersyukur atas semua nikmat dan rezeki yang Allah SWT berikan kepada kau.
2. Bersedekahlah kepada ibu bapa kau!
Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata…….” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)”………nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…
Berdasarkan Hadith Nabi : “Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari
Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2….tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh
Kesimpulannya
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..
Wassalam.
Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA.
Insyallah hidup kau akan lebih mudah dan tenteram walaupun duit kau sikit! kau akan rasa dengan duit yang sikit itu masih cukup untuk kau sampai hujung bulan.
No comments:
Post a Comment