kau tidak mudah diukur tentang keimanan kau
boleh lah bila-bila aje ko nak bajet baik
bole jugak suke hati kau nak sembur orang
berlagak macam penuh keimanan terhadap Allah
tapi sebenarnya solat jumaat pun
kau tak pernah nak jejak kaki ke masjid
Baguslah dapat jadi lelaki
tidak mudah untuk kita mengukur keimanan kau
bukan seperti perempuan
yang pakai tudung itu baik, beriman
yang tak tutup kepala itu jahat, macam setan!
Baguslah dapat jadi lelaki
kau tak cukup solat lima kali sehari pun
ko leh nak pung-pang pasal islam
ko leh nak tazkirah org suke-suke hati kau
padahal ko tak buat pun
cuma tahu cakap aje lebih
Baguslah dapat jadi lelaki
betul..betul....betul ape kau cakapkan
memang aku tak boleh nak sangkal
sebab ape yang ko cakap memang fakta
mengikut Al-Quran dan sunnah
Tapi kita semua manusia biasa
sering terjerat dalam kesilapan
selalu terperangkap dalam keadaan
aku percaya bila tiba masanya
kau akan lakukan seperti apa yang aku lakukan
jadi bila aku berdepan ia sekarang
tak payah lah kau nak bagi solution yang kita takkan buat
baguslah dapat jadi lelaki
memang tak suka adat
memang tak suka budaya
tapi kita duduk di negeri mana? negara mana?
last-last nanti ko kawin berarak bersanding jugak
pepatah melayu berkata "cakap pandai, buat belum tentu lagi!"
Jadi jangan cakap tuh nak tunjuk macam kau baik sangat
islam tuntut bersederhana
berkata-kata juga bila perlu
itu ko ikut tak?
Baguslah dapat jadi lelaki
cakap pandai, buat tidak
cakap pasal wajib pandai, buat tidak
cakap pasal sunnah lagi pandai, buat pun pandai jugak
lagi-lagi bila cerita pasal kuasa mereka
lagi-lagi bila cerita pasal kawin 4
topik yang paling mereka suka
tapi bini yang satu tak terjaga pun
gatal nak berbini 2, 3, 4
Nasib baik malaysia dah gubal syarat lebih ketat
kalau tak...tak tahu la............................
No comments:
Post a Comment