Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Wednesday, June 29, 2011

Wanita itu Mata Duitan~

Ini topic hangat. Ramai lelaki setuju. Ramai wanita membangkang. Tapi bagi aku ini lumrah alam. Lelaki tak setuju dengan perempuan. Perempuan membangkang apa yang dikatakan lelaki. Perkara ini berlarutan sehingga boleh menjurus kepada pertikaman lidah tapi jangan sampai pertikaman diri ye. Walau mereka tidak setuju antara satu sama lain, namun yang pasti mereka meng"iya"kan yang mereka saling memerlukan dan melengkapi.

Berbalik kepada topik asal. Mari kita fikir sejenak. Mengapa lelaki adanya fikiran sebegini? Dan mengapa perempuan ada keinginan sebegitu? Sebenarnya tiada apa yang betul mahupun salah. Macam aku kata ini lumrah. Ada manusia berperangai begitu tapi bukan semua prototype. Bukan prototype, faham?

Tapi sekarang aku cuba bercakap bagi pihak perempuan
Tapi tak tahulah samada semua perempuan fikir macam aku fikir

Perempuan bukan melihat lelaki dari kemewahan poket mereka. Tapi lebih kepada kemewahan kasih sayang yang berikan kepada seorang perempuan. Sebab aku tak dapat berfikir mahupun melihat bagaimana seorang wanita itu sanggup mendampingi lelaki itu semata-mata kerana nilai poket sahaja.

"mata duitan tu maksudnye lain.. mmg la nk kene cari laki yg berduit.. kalo x camane nk idup.. tp kalo nk ngepow pon agak2 la.. pikir la usaha penat lelah laki ni nk cari duit camane.."

Mungkin jua ada yang sebegitu. Itu kaki kikis, so cepat-cepat la tinggalkan, sebelum togel terus nanti. Pemikiran mereka dikaburi wang ringgit, mempunyai keinginan yang menggunung, namun mencari jalan pintas, oleh itu terperangkap dalam jerat sendiri. Actually kesian org macam ni. but it's her desire and she choose to be in dat route kan? so tanggung sendiri.

Tapi if you kaya then it’ll be bonus mark for you
but
it doesn’t make you at the top list.
As I said it just bonus.

Sebenarnya cukup sekadar lelaki tersebut bertanggungjawab. Bertanggungjawab lebar sangat skopnya, jadi aku (+) zoom kepada bekerja. Mesti tertanya-tanya, apa kena mengena tanggungjawab dengan kerja pulakan?

Iyelah.. Jika seseorang itu berusaha menyara kehidupan dia dengan usaha dan melalui titik peluh sendiri, bermakna yang dia bertanggungjawab kepada dirinya sendiri. Bukan mengharap ditanggung oleh mak bapak or orang lain. Fahamkan?

Tidak kira samada gaji lebih atau kurang. Tidak kira juga pangkat bos atau kuli. Cukup sekadar cukup makan, cukup gembira, cukup menghormati dan juga cukup jaga. Yang selebihnya kita timbal-balik bersama-sama. That's why we called komitment satu pasangan itu sebagai "relationship" = "equation".

E = mc²

I also don't care bapak you dato' ke, tan sri ker, menteri ker.. who i want is you. So tak payah war-war kan what type of house your family lived in. What type of car your dad driving, cause i just don't care.

Bagi aku di awal route to find chemistry between two mans, tak perlu ceritakan tentang "harta" ni. Yang penting what i want to know is "you", not "yours".

" Love never ask who are you...? Love only says you are mine... " Love never ask where are you...? Love only says you live in my heart.... " Love never ask do you love me....? Love only says “I LOVE YOU “

When you start talking about all this crap, she will found out that "yours" not her preferred choice. So, dia akan blah ke lelaki yang mempunyai poket yang lebih tebal. hahaha...

And ade kemungkinan juga cerita yang anda war-war kan tadi sangat menarik perhatian. Jadi perempuan akan mula berfikir yang anda mampu untuk "menaggung" dia. jadi macam-macam lah dia minta tanpa rasa serba salah. Ni lah dah start jadi cerita "oh, kekasihku mata duitan" hahaha.........

As i said it's relationship. Bila dia bayar duit makan, kita bayar tiket wayang. Saling berkongsi, if you wants to see future with him or her.

"Give and take sebetulnya."

So now let's talk about current situation. Nowadays, everything needs money. Even nak masuk tandas pun dah naik harga. Dulu seposen dah lepas hajat. Sekarang ni kena 30sen, ade jgk yang bedal sampai 50sen. Aduhhhh..

Jadi hidup memerlukan duit. Ini reality yang tidak boleh disangkal langsung. Perbelanjaan dan taraf hidup semakin lama semakin tinggi. Dahulunya kehendak dah menjadi keperluan. Tak percaya?

Dulu-dulu waktu zaman bapak-mak kita, kereta ada ke takda ke takpe kan? Pergi kerja jalan kali, kalau tidak pun mak aku selalu cerita dia pukul 5.30 am dah keluar dari rumah (segambut) pergi kerja naik bas mini ke tempat kerja (pusat bandar damansara). Jadi dulukala kereta cuma satu kehendak bukan keperluan. Tapi zaman sekarang sebuah keluarga sekurang-kurangnya mesti ada satu kereta. Dan purata sekarang satu isi rumah mempunyai 2 buah kereta. Isteri sebuah, suami sebuah. Realiti kan?

Handphone yang dulu hanya kehendak sekarang dah jadi keperluan. Purata rakyat Malaysia sekarang, memilikki sebuah telefon yang aktif. Dulu kala mak ayah kita bercinta semua hantar pakai surat siap letak bedak wangi. Mana ada telefon-telefon ni. Kalau ada pun zaman aku remaja dulu line telefon rumah, ujung bulan mak membebel bil tepon rumah banyak sangat. HAHAHA... Zaman sekarang budak-budak pun dah pakai Blackberry, mak ayah tak payah cakap la kan. Adik-adik sekarang pun tak tulis surat cinta lagi, if hantar kat awek pakai surat nnt awek ckp "isk.. you ni outdated btol larrrr..." jatuh standard, malu hoi! hahaha...

Jadi macam-macam perkara perlu dipertimbangkan. Wanita mempunyai pemikiran yang lebih ke depan, dimana dia gemar memikirkan kehidupan dia bersama lelaki itu 10-15 tahun di masa akan datang. Bagaimana untuk menyara hidup, anak-anak dan keluarga, jika mempunyai suami yang tak tentu arah? Bagi aku cukup aku cintai dia dan dia cintai aku dan dia memperlihatkan tanggungjawab ke atas diri dia sekarang. Jadi aku mampu membayangkan masa akan datang itu. Asalkan pada masa akan datang kita lalui bersama-sama.

Bagi mereka yang dah berkeluarga, Insyallah Allah SWT akan mempermudahkan segala jalan bila kita berusaha untuk memperolehi rezeki. Rezeki datang dengan usaha, bukan datang bergolek mahupun berlengang. Oleh itu, usaha tanpa henti dan sentiasa berdoa kepadanya kerana rezeki itu datang daripadaNya. Banyak juga aku dengar tentang kes penceraian melibatkan harta dan wang ringgit ini. Entahlah. Yang hal sebegini aku kurang pengetahuan. Apa sebenarnya yang dimahukan pasangan itu. Mungkin si suami langsung tidak bekerja dan mengabaikan nafkah zahir. Mungkin suami berjudi, berhutang dan menyusahkan keluarganya. Mungkin. Siapalah aku nak menghakimi. Wallahualam.


"Memang benar hidup perlukan duit tapi duit bukan segalanya~"

Individu 1: duit adelah segalanye pada zaman skang

Individu 2: Duit x bole bg bahagia pon kn lowie?

Individu 1: sape ckp duit xbley bg bahagia???

Individu 2: Ak ah cakap.. Ahahahaha

Individu 1: korg silap......byk kebahagiaan wanita zaman skang dibeli dengan duit......90% mmg kebykan pompan2 yg baru nk up sume demand....

Aku: itula namenyer komitment.. tp jgn la ko layan die g shopping LV ker, coach ker, guess ker...itu silap besar la...hahahah...

kemudian aku terima komen ini,

Individu 3: duit adalah segala2nye.. so jauhkan diri dr pompuan mata duitan sblm duit2 sume lesap kene sapu..
Aku: Hahaha...
Individu 3: ko suke ye nisa..
Aku: Kelakar..nak tau gak cane yg kaki kikis ni...adekah aku tergolong?haha..
Individu 3: Insyaallah masuk skit kot... gaye mcm nk ade je.. hahahaha..

"If you judge a book by its cover, you might miss out on an amazing story."

Manusia memang suka judge a book by its cover. Agak-agak minah tu rambut kaler, pakai branded, so kaki kikis lah yer? hahaha... Suke hati kau lah manusia. kau yang fikir macam tu. Aku tak dapat nak sangkal ape-ape.

Aku berusaha penuh sendiri. Sejak umur aku 15tahun, aku tak pernah nak minta duit untuk beli jeans kat emak aku. Cuma sekadar terima apa yang menjadi keperluan sahaja. Untuk beli barang branded ker, aku cari duit sendiri dengan bekerja pada cuti sekolah mahupun cuti semesta, menyara pelajaran cuma mengharapkan duit biasiswa serta ptptn.

Siapa tak suka kereta mewah?
BMW, Volkswagen, Honda, Toyota, Mazda, Mitsubishi, Mercedes?
Aku SUKA!

Siapa tak suka barang-barang mewah?
LV, Coach, YSL, Gucci, CK?
Aku suka!

Siapa tak suka rumah besar?
Mcm dalam deko idaman, Banglo, Panhouse?
Aku SUKA!

Siapa suka gadget terkini?
Apple, Blackberry, iphone, dslr, ipad, ps3?
Aku SUKA!

Semua aku suka dan aku percaya semua org begitu. Tapi apa-ape pun berbalik kepada diri sendiri. Menyukat di mana kemampuan kita bukan sahaja memuaskan keinginan nafsu sahaja. tapi dimana ada kemahuan di situ ada jalankan? Insyallah, kalau mahu usaha sendiri kerna rezeki itu di mana-mana.. Bukan bermaksud high demand tapi aku mampu. faham?

If fikiran kau dah macam itu, aku bidas macam-mana still ko fikir macam itu jugakkan? Kenali dulu bukan menunding jari mahupun mengecap.

As i said before dlm past entry aku dulu "Lelaki Pelupa~"

"Tapi lumrah bumi juga, tak semua manusia same. Setiap orang ade kelemahan dan kebaikan mereka. Jadi jangan hanya menilai seseorang dengan hanya pada kelemahan mereka. Takkan ada keperibadian, sikap mahupun sifat manusia di muka bumi ni 100% sama antara satu sama jantina itu... so its not fair la bila kita terus mengecap yang lelaki macam inilah, perempuan macam itulah (sbb adakalanya ada perangai perempuan ada dengan lelaki n vise versa.) Sikap seseorang is based on their background and cara bagaimana keperibadian mereka digilap."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo