“Arggghhh stresss...mcm takde topik lain..ahahahhahahaha! Lemau dh denga perkataan tuh.. jemmmmmmmm!!!Arggghhh...benci! Benci! Benci!”
Aku bukan terdesak sangat nak kawin ni. Duit simpanan pun tak ada lagi. Kadang-kala terasa diri belum mencapai tahap pemikiran utk berumah tangga. Tapi semakin hari menjadi-jadi rimasnye, asik-asik cerita pasal kawin, tunang, jodoh, rumahtangga, anak, suami lah! Hampir 85% kawan-kawan dah bertunang, berkahwin, berkeluarga dan ber’in relationship’. Cuma tinggal beberapa aje yang single. Aku pun termasuk lah yang single tuh. Susah benor nak cari yang betul-betul ikhlas. haishh........
"kau bila lagi nisa?"
1. 3S *Senyap+Sengih+Serabut*
2. Entah
3. Lambat lagi kot (sebelom 25 taun), belum ada jodoh (lepas 25tahun )
4. Wait until I found one, right now I still can’t find him, I bet he’s hiding somewhere in the world.
5. Takde bf cane nak kawin?
Soalan susulan dari jawapan no 5
"kalau macam tuh cari lah boipren"
"A ah kan (mcm tibe-tibe dapat ilham..haha!). Kalau cari bf tuh senang-senang macam pegi jalan ke pasaraya. Then, nampak lelaki kacak lalu bertanyakan kepada dia ‘you nak jadi bf i?’, and he said 'YES!!' (not make those wirdo face)..WOW! as simple as thatttt!!! Dah lama dah tak boring macam ni..hahahaha….."
Kadang-kala manusia berkata-kata ikut sedap mulut aja tanpa memikirkan perasaan org lain. kadang-kala jawapan tuh boleh difikirkan ikot'common sense' tp suka buat2 nak tanya soklan tuh. Bersyukurlah kerana Allah telah memberikan engkau jalan yang mudah bertemu jodohmu. Sedangkan aku tidak!
Hidup seperti pentas drama. Semua mahukan yang mudah dalam hidup. Semua mahukan kisah gembira. Tapi semuanya sering diluar jangkaan, diluar kuasa kita untuk menentukan. Alangkah mudah jika hidup seperti kisah dongeng yang sering berakhir dengan “Happily ever after”.
Cinta dan perkahwinan pula diibaratkan seperti sebuah perjudian. Kita tidak tahu ketentuan yang Allah SWT telah dan akan berikan. Kita akan berada di atas, kemudian di bawah, di atas, dibawah semula….. Belum tentu samada kita menang dengan kebahagiaan atau kalah teruk dengan kekecewaan. mungkin juga kedua-duanya sekali...
Yang penting sekarang aku benar-benar KELIRU..
(nxt entry pasal kekeliruan aku nih. tgk la bile free nak merepek)
No comments:
Post a Comment