Hari ini merupakan hari pertama menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Syukur Alhamdulillah masih lagi berkesempat menunaikan kewajipan rukun islam ke-3 ini.
Bagi aku, puasa tidak akan terasa puasa apabila kita tidak bersahur di pagi hari. Sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga akan bangun sebelum subuh seawal 4.30am setiap hari di bulan Ramadhan. Jadi, terbit rasa janggal jika tidak bersahur pagi berkenaan.
Tanggal 1 August 2011.
Alhamdulillah sekali lagi aku sempat bersahur bersama-sama mama, abah, dan Ili. Walaupun tidak keseluruh ahli keluarga bersama-sama bersahur pada pagi ini, namun aku masih rasa seronok dapat bersahur di rumah. Nasib baik kali ini mula puasa pada hari isnin, kalau tak.....haihhh..kena sahur sendiri di hari pertama.
Aku kalau dikira boleh dikatakan hampir setiap tahun bersahur pada hari pertama pastinya di rumah aku di Seremban, Negeri Sembilan. Iyalah, aku tak pernah masuk ke sekolah asrama waktu di sekolah rendah mahupun menengah. Waktu aku ditempatkan di matrikulasi dahulu di negeri Johor, dimana setiap tahun kerajaan negeri beri cuti pada hari pertama puasa. kemudian melanjutkan degree di Melaka, yang mana cuti juga hari pertama di bulan ramadhan. Cuma pada tahun lepas sahaja aku tidak dapat bersahur bersama keluarga. Itupun sebab waktu itu aku ditugaskan bekerja di luar. Jadi itu kali pertama tanpa sahur dengan mama..heee:)
No comments:
Post a Comment