Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesanan suruh aku terima kamu.
Hatiku rasa sesuatu.
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku.
Ku gelisah bedebar hati rasa tak menentu.
Kenakah rasa itu?
Bagaimana harus bersua?
Ku rasakan gementar tapi bahagia.
Perlukah kita cari peluang pertama?
Walaupun kita tak pernah berjumpa.
Banyak persoalan yang berada di minda.
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan tapi hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta?
Banyak soalan dan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja.
Setiap yang berlaku ada kebaikkannya.
Harus pejam mata dan cuba apa saja.
Pabila kau tenung tajam-tajam mata aku, ku rasakan sesuatu rasa yang ku tak tahu.
Ini mungkin cinta sejatiku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju.
Itu lah cinta yang satu, cinta di muka buku.
No comments:
Post a Comment