Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Tuesday, August 23, 2011

Jodoh lah Jodoh~

“If I can go back and regret all the mistake I made in the past, I wouldn’t, because that’s what made me who I am today.”

Tapi tak sure la siapa aku sekarang dapat dibangakan atau tidak-_-”

Kenapa bila ckp pasal "jodoh", fikiran aku menjalar ke dia? Kenapa bila hadir lelaki lain aku perlu compare kau dgn dia? Bila aku bersama org lain aku tak ingat dia, tp bila sendiri semula, dia selalu menjelma di fikiran.

Mungkin sbb tu Allah lambatkan aku bertemu dengan jodoh yang sebenar. Mungkin tidak adil bagi jodoh itu nnt bila aku masih lagi macam ini. Menyalahkan kesilapan dia dan samakan dengan lelaki lain, jadi peluang itu tertutup satu demi satu. Tapi dia mmg contoh suatu kekecewaan yang sgt baik. Kalau tak, tak mungkin aku dapat total damage mcm ni. Mungkin inilah yang org kata tamparan "first love” 5 tahun sangat lama tuh! Kenangan yang buat korg senyum, pastu dahi mula berkerut. Fahamkan? hehe...

Sudah lama aku let go dia, kalau tak dah lama dulu aku balik pada dia semula. Aku sedar yang dia sememangnya bukan untuk aku. Allah buat sesuatu itu bersebab. Maafkan dia Nisa! Benar aku dah maafkan...Takda nak berdendam pun. Sedangkan 1 month sebelum dia kawin, dia ada contact aku. Katanya "I menyesal. Maafkan i. U yg terbaik yang pernah i ada, tapi i sia-siakan semuanya".Tapi aku tak percaya cakap kau.

Kisah ini berlaku di awal bulan February lepas. Ingat lagi malam itu. Aku baru pulang dari Tesco beli barang. Agak lewat sampai rumah hari itu. Adalah dalam pukul 10.30 pm. Elok aja aku matikan engine kereta. Aku terima satu incoming call. Aku senyum sinis. No telefon tu dah lama aku delete dari simpanan. Tapi no yang akhir 27 itu sangat familiar aku tengok. Bertahun-tahun juga no maxis tu dia pakai, sejak masih bersama aku lagi dulu.

Kali ini aku jawab panggilan dia. Dengan menarik nafas panjang, aku cuba bersuara ceria. Iye! Dia terkejut dan suara kedengaran sangat gembira sebab selama selepas kami putus aku tak pernah nak jawab baik2 panggilan dia. Kadang-kadang aku biar je panggilan dia jadi missed call. Bila aku tengah free pun aku ckp "Eh..I busy ni.. Bye." trus aku matikan call tu. Nak kata berborak takda la. Stakat layankan ape dia cakap aje, itu pun aku dengar n ckp mcm nak-tak-nak aje.

Aku dah tahu dia kembali pada D (org ke-3 yg first buat aku putus dgn dia). So aku tulis entry "First Love : Biarkanlah~” Kemudian dapat tahu yang mereka ni bertunang. Aku skodeng kat page fb tunang dia (*ketika itu). Dah si tunang tak private, so lagi senang la keja aku. Sedih mmg sedih, bila kau lihat harapan kau dulu, impian kau dulu, cinta kau dulu, jasad yang dulu milik kau, dimilikki org lain. Tapi aku cuba terima dengan redho. Sesungguhnya, semua diluar kawalan aku, sudah tertulis. Itu kehendak Allah dan aku tak mampu untuk melawan.

Jadi bila dia call aku malam tu, aku cuba berbual dengan dia seperti mana dulu aku bercakap dgn dia, tetapi berbatas sebagai seorang kenalan lama.

Ape yang sangat kelakar, he tried to flirt dengan aku plak. Yang mana aku dah tahu dia dh jadi tunang org. Tapi aku rilek dlu, layan kan ape dia ckp. After an hour of conversation, aku Tanya dia soalan cepu emas!

“So ape perasaan sekarang dh jadi tunangan org?”

Dia terdiam kelu berbahasa, tanda terkedu. Lama juga, dalam seminit lebih. Kemudian terus menanjurkan soalan bertalu-talu..

“mane u tahu? Sape bagi tahu u ni? Sape ckp?...”

blablabla…..Aku cuma boleh tergelak aje dengan riaksi dia.

“I dengan u lama, S, 5 tahun..so takkan la I boleh lupakan u terus. Tak ambil tahu pasal u langsung? Ur Email I masih ingat, so I search u kat fb. Ur account private, so I xdapat nak tahu apa-apa. Tapi account D tak private, I tahu dari account dia la”

“Next month nak kawin dah kan. Anway, tahniah. But one thing je I mintak. Don’t u dare nak kasi kad or jemput I dtg kenduri u! mmg I pick up call n maki je u terus nnt..haha…n I’m serious!”

Then lepas tu kitorg berborak2 lagi..hampir 3 jam..sebab mungkin ini kali terakhir; Titik noktak buat semua yang ada. Ini kenangan, mcm tu la dulu2..Lepas matrik hubungan kita boleh dikatakan “hubungan jarak jauh” kita selalu call berjam-jam lamanya..topup rm10 habis, then topup lagi dan lagi.

“Serious I rindu suara u. Rindu borak-borak dengan u mcm dulu.”

Terus dia terhenti seketika seperti memikirkan sesuatu, kemuadian kedengaran suara dia yang sayup-sayup.

“Nisa jom kita kawin….”

Aku tak tahu la samada dia main-main atau tidak. Aku cuma menjawab serius dan tenang.

“S, hidup bukan senang mcm tu aje. hidup bukan selalu seperti mana yang kita rancang. Dulu I dah kasi u banyak peluang, tp u selalu nak cari yang lebih baik. Jadi I percaya D yang terbaik utk u.”

"D lain, dia tak macam u. Dia high demand. Lagipun banyak langau-langau mengacau. Dah tahu tunang org pun masih nak kacau!”

“Langau-langau tu biasala. Dah u nak isteri cantik, so u kena la jaga. The point now is siapa dapat D? u ke langau2 tu? U kan? So tell me whut r u worring for? Yang penting D milik u. Isnt it?”

“I menyesal. Maafkan i. U yg terbaik yang pernah i ada, tapi i sia-siakan semuanya"

Sekarang semua dah jadi macam out of topic, kisah kita tah jadi apa tah. Mungkin sbb dalam cerita asal heroin dah tarik diri. So sekarang dah jadi cerita lain. Hurmm...susah aku nak jelaskan sbb semua tak jadi seperti mana impian aku dulu. Mungkin Allah punyai rancangan yang lebih hebat untuk aku. Wallahualam~

"Kalau ada jodoh tak ke mana"
Tapi dia dah kawin. So, mmg takda jodoh la namenyer..maknanya jodoh pun entah dah kemana. hehehe :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo