Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Sunday, August 14, 2011

Siapa Mimpi Itu?

Aku tahu, kata orang mimpi itu mainan tidur. tp bagaimana bila ia terjadi pada malam ke 11 di bulan ramadhan? sering aku bermohon kepada Pencipta ku untuk menemui jodoh itu. mungkin kah? aku kurang pasti. 

Mimpi itu tentang majlis pertunangan, seakan ia tiada persiapan kerana si perempuan cuma bersiap ala kadar sahaja. Mimpi itu seakan-akan sedang benar-benar berlaku. Dalam suasana yang sungguh meriah. Kemudian, mimpi menjadi kelakar apabila tiba acara menyarung cincin, si ibu lelaki mengeluarkan sekotak cincin dan diberi kepada perempuan memilih mana satu cincin yang disukai perempuan. Namun semua cincin berbentuk sgt mengarut dan sangat tidak sesuai dijadikan cicin tunang. Keadaan menjadi tegang dan waktu itulah aku terlihat seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu. Keadaan rumah sama seperti berada di dalam rumah 137, Jalan Bunga Raya 16. Jadi dia berdiri di luar di hadapan sliding door sambil menghadap perempuan. tapi dia menundukkan kepalanya. Susuk badannya kurus dan tinggi, kulitnya agak cerah. Dia memakai jacket berwarna biru. Jaket itu seakan jacket bermaterial nilon. Lalu apabila si perempuan memandangnya kerana berasa agak tegang tentang kejadian cincin tadi, si lelaki mengangkat mukanya dan memandang tajam si perempuan, mukanya sungguh tenang. Lalu memberikan ketenagan kepada perempuan. Aku tersentak, wajah lelaki itu sempurna dan agak kacak. Mukanya jelas ketika itu tetapi kemudian apabila sedar aku tak dapat mengingati dia. Benar aku tidak kenali dia. Siapa dia? Selepas itu si perempuan berkata ' tak apa, cincin apa pun boleh, cincin sebagai tanda, nnt kemuadian baru cari cincin lain"

Ok aku pun terjaga!

Aku pernah mengalami mimpi mcm ni tp kalau aku tak silap waktu itu aku berumur 16 tahun. Aku bermimpi tentang perkahwinan. pasangan itu hampir menjadi suami isteri, namun akhirnya si perempuan sambil menangis dan suara teresak-esak mengambil keputusan utk tidak meneruskan ikatan itu dengan berkata "Sy tidak mahu kawin dulu, saya nak sambung pelajaran." Lalu aku terjaga.

Iye aku tahu mimpi itu cuma satu mainan tidur. Mungkin juga satu alamat, yang pastinya aku masih tidak tahu apa yang tersirat di sebaliknya. Mungkin juga sebab terlalu memikirkan sangat tentang hal ini, sehingga terbawa-bawa ke mimpi.

Ada kwn2 yang meyakinkan aku yang dia ada. mungkin Allah cuba menguji sebelum memberi hadiah yg bagus. mungkin. aku pula ckp " mybe suami aku dh kena lanyak kat trailer kot" akaka..OK! tak funny pun :(

Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah. Insyallah. apa pun aku perlu yakin dengan ketentuan Allah yg Maha Esa.

Wallahualam~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo