Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Friday, August 26, 2011

Kisah Rantai

Kisah malam semalam di Uptown Danau Kota. Aku dengan sahabat pegi la cuci-cuci mata dekat sane. Sampai dekat satu kemah ni, seorang kakak sedang menjual aksesori yang cantik tp die jual murah giler 3 item cuma RM10. Aku pun apa lagi…borong la kasi habis..ekekekek..

Sebelum nak melangkah masuk ke tmpt berniaga tu, adalah dua org pakcik ni berdiri menghadap tengah-tengah pintu masuk. Bagaimanapun kehadiran diorg berdua kat situ tak mengganggu customer lain utk membeli belah sebab mereka berdiri tidaklah dekat sangat. Dalam fikiran aku ketika itu mungkin pakcik-pakcik ni tunggu bini diorg borong kat kedai akak ni jugak kot….

Apabila melalui mereka berdua ni, aku terdengar perbualan mereka.

Pakcik A: Iskk..tah sapa lah nak pakai rantai panjang-panjang macam ini.

Pakcik B: Itulah..zaman kita dulu mana ada macam ni

Pakcik A: Iyalah..memeng tak ada yang nak pakai pun.. Orang asli aje yang pakai rantai macam ni.

Rupanya diorg ni tengah menatap rantai2 yang labuh tergantung dekat atas entrance tu. Mungkin dah takde keja ye pakcik-pakcik sekalian. Sampai rantai pun nak komen.
Orang kata cakap siang pandang2, cakap malam dengar2. Ikot suka dia ja nak ck papa naaa..Aku pun apa lagi! Pandang semacam la kat pakcik-pakcik ni. Ikut sedap dan dia ja nak ckp ape (ofcos la aku touching! Aku pakai kot mase tu rantai jenis mcm tu..grrrrr..hot btol!ekekeke). Dah tambah nasi, pastu di tambah lauk pulak pakcik2 ni. Tapi yang lain aku malas nak dengar lagi. Kang buat sakit hati, jiwa dan raga aja..ekeke..so baik aku bershopping sakan naaa…

Isteri kepada pakcik tadi pun dah bayar, barang-barang yang dia beli. Kemudian bila dia nak melangkah keluar dari kemah tersebut, isteri pakcik baru perasan rantai panjang tergantung di atas tu.

Isteri Pakcik A: Eh kak, berapa harga rantai ni kak?

Kak peniaga: RM 10 je dik.

Isteri Pakcik A: ehh..murah la bang..Kak, saya nak satu lah kak.

Aku (senyum sinis) ekekekekekekekekekekekekekeke! (dalam hati berkata) isteri pakcik org asli kaaaaa????ekekekeke…

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, August 25, 2011

Mencari Dia~

Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.

Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.

Pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.

Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.

Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.

Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.

Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar dirimu dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.

Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.

Pernahkah kau terfikir?
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertimu,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.

Buat kau yang bernama diri,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.

Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertimu?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh.

Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.

Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki.

- Artikel iLuvislam.com

Wednesday, August 24, 2011

Wut a Day T_T

I'll feel good if there's someone standing beside me when everything went messed up.

Tuesday, August 23, 2011

Jodoh lah Jodoh~

“If I can go back and regret all the mistake I made in the past, I wouldn’t, because that’s what made me who I am today.”

Tapi tak sure la siapa aku sekarang dapat dibangakan atau tidak-_-”

Kenapa bila ckp pasal "jodoh", fikiran aku menjalar ke dia? Kenapa bila hadir lelaki lain aku perlu compare kau dgn dia? Bila aku bersama org lain aku tak ingat dia, tp bila sendiri semula, dia selalu menjelma di fikiran.

Mungkin sbb tu Allah lambatkan aku bertemu dengan jodoh yang sebenar. Mungkin tidak adil bagi jodoh itu nnt bila aku masih lagi macam ini. Menyalahkan kesilapan dia dan samakan dengan lelaki lain, jadi peluang itu tertutup satu demi satu. Tapi dia mmg contoh suatu kekecewaan yang sgt baik. Kalau tak, tak mungkin aku dapat total damage mcm ni. Mungkin inilah yang org kata tamparan "first love” 5 tahun sangat lama tuh! Kenangan yang buat korg senyum, pastu dahi mula berkerut. Fahamkan? hehe...

Sudah lama aku let go dia, kalau tak dah lama dulu aku balik pada dia semula. Aku sedar yang dia sememangnya bukan untuk aku. Allah buat sesuatu itu bersebab. Maafkan dia Nisa! Benar aku dah maafkan...Takda nak berdendam pun. Sedangkan 1 month sebelum dia kawin, dia ada contact aku. Katanya "I menyesal. Maafkan i. U yg terbaik yang pernah i ada, tapi i sia-siakan semuanya".Tapi aku tak percaya cakap kau.

Kisah ini berlaku di awal bulan February lepas. Ingat lagi malam itu. Aku baru pulang dari Tesco beli barang. Agak lewat sampai rumah hari itu. Adalah dalam pukul 10.30 pm. Elok aja aku matikan engine kereta. Aku terima satu incoming call. Aku senyum sinis. No telefon tu dah lama aku delete dari simpanan. Tapi no yang akhir 27 itu sangat familiar aku tengok. Bertahun-tahun juga no maxis tu dia pakai, sejak masih bersama aku lagi dulu.

Kali ini aku jawab panggilan dia. Dengan menarik nafas panjang, aku cuba bersuara ceria. Iye! Dia terkejut dan suara kedengaran sangat gembira sebab selama selepas kami putus aku tak pernah nak jawab baik2 panggilan dia. Kadang-kadang aku biar je panggilan dia jadi missed call. Bila aku tengah free pun aku ckp "Eh..I busy ni.. Bye." trus aku matikan call tu. Nak kata berborak takda la. Stakat layankan ape dia cakap aje, itu pun aku dengar n ckp mcm nak-tak-nak aje.

Aku dah tahu dia kembali pada D (org ke-3 yg first buat aku putus dgn dia). So aku tulis entry "First Love : Biarkanlah~” Kemudian dapat tahu yang mereka ni bertunang. Aku skodeng kat page fb tunang dia (*ketika itu). Dah si tunang tak private, so lagi senang la keja aku. Sedih mmg sedih, bila kau lihat harapan kau dulu, impian kau dulu, cinta kau dulu, jasad yang dulu milik kau, dimilikki org lain. Tapi aku cuba terima dengan redho. Sesungguhnya, semua diluar kawalan aku, sudah tertulis. Itu kehendak Allah dan aku tak mampu untuk melawan.

Jadi bila dia call aku malam tu, aku cuba berbual dengan dia seperti mana dulu aku bercakap dgn dia, tetapi berbatas sebagai seorang kenalan lama.

Ape yang sangat kelakar, he tried to flirt dengan aku plak. Yang mana aku dah tahu dia dh jadi tunang org. Tapi aku rilek dlu, layan kan ape dia ckp. After an hour of conversation, aku Tanya dia soalan cepu emas!

“So ape perasaan sekarang dh jadi tunangan org?”

Dia terdiam kelu berbahasa, tanda terkedu. Lama juga, dalam seminit lebih. Kemudian terus menanjurkan soalan bertalu-talu..

“mane u tahu? Sape bagi tahu u ni? Sape ckp?...”

blablabla…..Aku cuma boleh tergelak aje dengan riaksi dia.

“I dengan u lama, S, 5 tahun..so takkan la I boleh lupakan u terus. Tak ambil tahu pasal u langsung? Ur Email I masih ingat, so I search u kat fb. Ur account private, so I xdapat nak tahu apa-apa. Tapi account D tak private, I tahu dari account dia la”

“Next month nak kawin dah kan. Anway, tahniah. But one thing je I mintak. Don’t u dare nak kasi kad or jemput I dtg kenduri u! mmg I pick up call n maki je u terus nnt..haha…n I’m serious!”

Then lepas tu kitorg berborak2 lagi..hampir 3 jam..sebab mungkin ini kali terakhir; Titik noktak buat semua yang ada. Ini kenangan, mcm tu la dulu2..Lepas matrik hubungan kita boleh dikatakan “hubungan jarak jauh” kita selalu call berjam-jam lamanya..topup rm10 habis, then topup lagi dan lagi.

“Serious I rindu suara u. Rindu borak-borak dengan u mcm dulu.”

Terus dia terhenti seketika seperti memikirkan sesuatu, kemuadian kedengaran suara dia yang sayup-sayup.

“Nisa jom kita kawin….”

Aku tak tahu la samada dia main-main atau tidak. Aku cuma menjawab serius dan tenang.

“S, hidup bukan senang mcm tu aje. hidup bukan selalu seperti mana yang kita rancang. Dulu I dah kasi u banyak peluang, tp u selalu nak cari yang lebih baik. Jadi I percaya D yang terbaik utk u.”

"D lain, dia tak macam u. Dia high demand. Lagipun banyak langau-langau mengacau. Dah tahu tunang org pun masih nak kacau!”

“Langau-langau tu biasala. Dah u nak isteri cantik, so u kena la jaga. The point now is siapa dapat D? u ke langau2 tu? U kan? So tell me whut r u worring for? Yang penting D milik u. Isnt it?”

“I menyesal. Maafkan i. U yg terbaik yang pernah i ada, tapi i sia-siakan semuanya"

Sekarang semua dah jadi macam out of topic, kisah kita tah jadi apa tah. Mungkin sbb dalam cerita asal heroin dah tarik diri. So sekarang dah jadi cerita lain. Hurmm...susah aku nak jelaskan sbb semua tak jadi seperti mana impian aku dulu. Mungkin Allah punyai rancangan yang lebih hebat untuk aku. Wallahualam~

"Kalau ada jodoh tak ke mana"
Tapi dia dah kawin. So, mmg takda jodoh la namenyer..maknanya jodoh pun entah dah kemana. hehehe :D

Friday, August 19, 2011

Dia Pilihan

Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..

Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?

Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba

Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..

Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..

Pembunuh Sel Kancer

Daun pokok Durian Belanda adalah ubat kanser yang terbaik. HPA telah membuat ujikaji ini pada tahun 1997 bersama seorang Prof di ITB (Institut Teknologi Bandung). Khasiatnya adalah 10 kali ganda daripada perawatan secara Kimoterapi. Ianya lebih berkhasiat lagi jika dicampurkan dengan pegaga dan rumput mutiara.. Direbus dan diminum airnya. Ianya dapat membunuh sel kanser.

Thursday, August 18, 2011

Pre&Post Couple

L: ye! abg dh lme tnggu saat nie!
P: abg nk tngglkn syg ke?
L: mestilah x? tolong jgn fkir mcm 2. xmngkin trjadi!!
P: abg cntakn sygkan?
L: ye,tiap hari.
P: abg prnh tipu syg x?
L: X! nape syg sllu tnye cm2?
P: abg akn selalu kluar dengan syg tk?
L: stiap kali ada pluang abg tk kan lepaskn.
P: abg akn pkul syg?
L: giler ke?abg bkn llaki cm2!
P: bleh ke syg prcyekn abg?
L: yaa!
P: syg!

SELEPAS COUPLE:
baca dari bawah hingga atas pulak
(BOLEH KE MCM NI?)

Tuesday, August 16, 2011

Impian~

Just wanna share..

Aku taknak jadi Engineer sampai ke tua. I wish to setup my own business. Tapi bisness ni mmg lari dari kerjaya aku sekarang. Actually i love arts, beauty and fashion. Aku percaya mata aku dapat menilai sesuatu yang cantik. Aku sangat into weddings. hehe. bercita-cita nak jadi wedding planner suatu hari nnt mcm Ris Suzana atau Lynda Rahim nama yang tak asing lagi dalam bidang ni. Tak tahu lah boleh jadi kenyataan ke tak ye..ekeke..berangan-angan dulu.

Mungkin patut dulu aku amik Associate Degree in Fashion & Apparel Design kot. Ni dh terambil engineering. hurmm..takpe go on je dlu. Once dah settle down baru fikir tentang ni.

^_____^

Akhirnya Tenang~

Alhamdulillah syukur..

Resah itu telah hilang. Mungkin benar dia bukan jodoh itu.

Sunday, August 14, 2011

Siapa Mimpi Itu?

Aku tahu, kata orang mimpi itu mainan tidur. tp bagaimana bila ia terjadi pada malam ke 11 di bulan ramadhan? sering aku bermohon kepada Pencipta ku untuk menemui jodoh itu. mungkin kah? aku kurang pasti. 

Mimpi itu tentang majlis pertunangan, seakan ia tiada persiapan kerana si perempuan cuma bersiap ala kadar sahaja. Mimpi itu seakan-akan sedang benar-benar berlaku. Dalam suasana yang sungguh meriah. Kemudian, mimpi menjadi kelakar apabila tiba acara menyarung cincin, si ibu lelaki mengeluarkan sekotak cincin dan diberi kepada perempuan memilih mana satu cincin yang disukai perempuan. Namun semua cincin berbentuk sgt mengarut dan sangat tidak sesuai dijadikan cicin tunang. Keadaan menjadi tegang dan waktu itulah aku terlihat seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu. Keadaan rumah sama seperti berada di dalam rumah 137, Jalan Bunga Raya 16. Jadi dia berdiri di luar di hadapan sliding door sambil menghadap perempuan. tapi dia menundukkan kepalanya. Susuk badannya kurus dan tinggi, kulitnya agak cerah. Dia memakai jacket berwarna biru. Jaket itu seakan jacket bermaterial nilon. Lalu apabila si perempuan memandangnya kerana berasa agak tegang tentang kejadian cincin tadi, si lelaki mengangkat mukanya dan memandang tajam si perempuan, mukanya sungguh tenang. Lalu memberikan ketenagan kepada perempuan. Aku tersentak, wajah lelaki itu sempurna dan agak kacak. Mukanya jelas ketika itu tetapi kemudian apabila sedar aku tak dapat mengingati dia. Benar aku tidak kenali dia. Siapa dia? Selepas itu si perempuan berkata ' tak apa, cincin apa pun boleh, cincin sebagai tanda, nnt kemuadian baru cari cincin lain"

Ok aku pun terjaga!

Aku pernah mengalami mimpi mcm ni tp kalau aku tak silap waktu itu aku berumur 16 tahun. Aku bermimpi tentang perkahwinan. pasangan itu hampir menjadi suami isteri, namun akhirnya si perempuan sambil menangis dan suara teresak-esak mengambil keputusan utk tidak meneruskan ikatan itu dengan berkata "Sy tidak mahu kawin dulu, saya nak sambung pelajaran." Lalu aku terjaga.

Iye aku tahu mimpi itu cuma satu mainan tidur. Mungkin juga satu alamat, yang pastinya aku masih tidak tahu apa yang tersirat di sebaliknya. Mungkin juga sebab terlalu memikirkan sangat tentang hal ini, sehingga terbawa-bawa ke mimpi.

Ada kwn2 yang meyakinkan aku yang dia ada. mungkin Allah cuba menguji sebelum memberi hadiah yg bagus. mungkin. aku pula ckp " mybe suami aku dh kena lanyak kat trailer kot" akaka..OK! tak funny pun :(

Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah. Insyallah. apa pun aku perlu yakin dengan ketentuan Allah yg Maha Esa.

Wallahualam~

Saturday, August 13, 2011

kisah kita~

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesanan suruh aku terima kamu.
Hatiku rasa sesuatu.
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku.
Ku gelisah bedebar hati rasa tak menentu.
Kenakah rasa itu?
Bagaimana harus bersua? 
Ku rasakan gementar tapi bahagia.
Perlukah kita cari peluang pertama? 
Walaupun kita tak pernah berjumpa.
Banyak persoalan yang  berada di minda.
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan tapi hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta?
Banyak soalan dan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja.
Setiap yang berlaku ada kebaikkannya.
Harus pejam mata dan cuba apa saja.
Pabila kau tenung tajam-tajam mata aku, ku rasakan sesuatu rasa yang ku tak tahu.
Ini mungkin cinta sejatiku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju.
Itu lah cinta yang satu, cinta di muka buku.

Friday, August 12, 2011

Ma'Cik Briyani @TheCurve

11Ramadhan1432: Ma'Cik briyani ni located dekat 1st Floor, The Street, The Curve, Mutiara Damansara. Actually tak plan pun nak buka dekat sini, but my friend pick this place untuk berbuka  laju  puasa. Ok la. Rating kesedapan 6/10. 
Harga minuman kat Ma'Cik Briyani kira boleh tahan mahal jugak la, air laichee kang tu je dah RM 4.90. Yang kwn aku die order Ice lemon Tea.


Appetizer pulak tauhu sumbat. RM 9.80. Tauhu Kering, disumbat dengan sayur fresh mcm timun yang disagat. Then die curahkan kuah rojak (kuah yg salu diletakkan pada rojak buah) dan ditabur kacang tumbuk.

We tried the lamb and chicken nasi briyani. Uniknya cara presentation makanan ni. They serve the nasi briyani in a pot. Tapi bagi aku yg ta best sbb di bahagian bawah nasi tu ade mcm kerak nasi. Lamb n ayam di timbus dalam nasi tu.
Aca nenas dan aca timun dimakan bersama dengan nasi briyani.









Thursday, August 11, 2011

Hatiku~

Kenapa cinta selalu saja diduga?
Bagai ada tak merestui berdua bersatu.
Atau mungkin kau dan aku hanya ditakdir untuk berpisah?
Maafkan aku sekiranya tak termampu untuk mencurahkan semua isi hatiku.
Ternyata tak terkata rinduku padamu.
Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang sedaya.
Ku sedar ku tak seberapa jika dibanding mereka yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias hanyalah hati yang ikhlas
Namun ku tetap berjanji akan masih mencoba untuk memujuk hatimu mencintai aku kerna semua yang ada hanyalah untukmu.
Sejenis perasaan ku abaikan membawa sejuta harapan menagih cinta teragung darimu.
Nafasku terhenti bila melihat dirimu dan terasa batas degupan jantungku.
Mungkinkah hatimu milikku jua?
Ku sayang padamu
Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati?
Pernahkah engkau mengerti akan diriku ini?
Di hatiku bergetar sejuta rasa.
Betapa hebatnya cintamu memberiku sejuta pilu.
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa.
Betapa agungnya asmaramu membuatku terpaku.
Namun sukar untuk aku meluahkan ku masih cinta padamu
Seringkali ku mendengar patah tumbuh hilang berganti
Tetapi hati ku tidak mahu cinta selain dari dirimu
Kan ku abadikan dikau sebagai suatu kenangan yang manis yang tak mungkin aku lupa untuk selamanya
Kan kucoretkan kenanganmu dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah di dalam hidupku ini
Bagai bahtera yang dilanda badai Gelora cintamu mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai Jika denganmu salah, Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah, Biarlah ku tercalar
Jika denganmu kabur, Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut, Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut, Ku sanggup kerna ku mampu
Walaupun melawan arus, adakah akan berdua bersatu?

Wednesday, August 10, 2011

Can i b a BOY?

If I were a boy even just for a day

  • I'd roll out of bed in the morning and throw on what I wanted and go drink beer with the guys and chase after girls.
  • I'd kick it with who I wanted and I'd never get confronted for it cause they stick up for me.
  • I think I could understand how it feels to love a girl
  • I swear I'd be a better man
  • I'd listen to her cause I know how it hurts when you lose the one you wanted cause he's taking you for granted and everything you had got destroyed
  • I would turn off my phone and tell everyone it's broken so they'd think that I was sleeping alone.
  • I’d put myself first and make the rules as I go cause I know that she’ll be faithful, waiting for me to come home, to come home.
But you're just a boy.
I bet you just don't understand how it feels to love a girl.
You don't listen to her
You don't care how it hurts
Someday you wish you were a better man
Until you lose the one you wanted
cause you're taking her for granted and everything you had got destroyed
It's a little too late for you to come back.
You say it's just a mistake, think i'd forgive you just like that?

Tuesday, August 9, 2011

Tunjuk Gigi di Ptg hari

4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi. Seorang warga Amerika seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia.

Sedang dalam perjalanan warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok. Semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata " its ok.. too many DOLLARs in Amerika".

Tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia. Di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap. Tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, why?? Si Kongo menjawab, there is too many cigars in Kongo".

Si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td. Belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap. Dengan slamber berkata "nevermind... too many Bangla in Malaysia".

. . .HeHeHeHeHeHeHeHeHeHeHeHeHeHeHeHe. . .

Tuesday, August 2, 2011

pulanglah~

Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada
Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu
Aku dah bingung


Ya Hayyu Ya Qayyum

Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara.
Sebaik-baiknya bacalah doa berikut selepas selesai berzikir Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali.


~Bismillahirahmannirahim~
Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup, Engkaulah yang memberi nyawa dan memberi kehidupan kepada yang hidup.
Yang Hidup dan Yang Mematikan yang hidup. Yang Hidup, tidak ada sekutu bagi-Mu. Allah yang Maha Hidup, aku meminta dengan Hayat-Mu bersaksikan semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang memberi nyawa kepada semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang mematikan semua yang hidup.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang Maha Memiliki Keagungan, selesaikanlah segala masalahku, kabulkan permintaanku, berilah cahaya kepada jiwaku, cukupkanlah segala kekuranganku. Yang Maha mengetahui keadaanku dan tidak pernah kekurangan dari apa yang kupohon, tiada kuasa melainkan Engkau.
Ya Hayyu Ya Qayyum, perkenankanlah permintaanku dan hajatku dengan segera, kabulkanlah doaku. Permudahkanlah rezekiku, dan permudahkanlah segala urusanku dengan hamba-hamba-Mu. Berilah daku rezeki yang banyak dan berkekalan, lanjutkanlah usiaku agar daku dapat beribadat kepada-Mu. Sudahilah hayatku dengan iman yang sempurna dan Husnul Khatimah.
Daku telah menyeru-Mu dengan nama-nama-Mu yang terdahulu. Berilah kejayaan kepada mereka yang inginkan kejayaan, dan berilah kemusnahan kepada mereka yang berbuat kerosakan.
Ya Hayyu Ya Qayyum (11 kali)
Kabulkanlah permintaanku, lepaskan kami dari kebimbangan sebagaimana Engkau membebaskan orang-orang mukmin.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya dan perlindungan kepada mereka semua. Segala puji bagi Allah Pencipta Alam Semesta.


khasiatnya seperti berikut:

a) Orang akan mematuhi kata-kata anda dan mengikut perbuatan anda

b) Anda akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan

c) Anda akan menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan anda. Ini tentu dapat membantu orang lain melupakan kesedihan mereka.

d) Perlindungan dari bencana-bencana seperti gempa bumi, banjir, kemalangan, terkandas ketika pelayaran di laut, Isteri terkandas, Anak-anak tidak menurut kata, ataupun masalah perniagaan atau kewangan dan sebagainya.

e) Di hindari dari ditipu, diperguna dan dielakkan dari musuh.

f) Di sukai orang

Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man.

1Ramadhan

Syukur Alhamdulillah selesai melengkapkan hari pertama. Satu hari yang amat memenatkan fizikal dan minda.

Macam yang aku ckp dalam entry Ramadhan1432H di awal pagi aku dapat bersahur bersama-sama keluarga. Kemudian terus bersiap-siap pulang ke Petaling Jaya. Aku tiba awal di ofis semalam, perkara yang agak rare aku buat. seawal 8.50am aku dah terpacak di hadapan ofis. hehe...

Ketika berada di ofis, masa berlalu begitu pantas. well bukan apa, projek tengah dalam keadaan agak genting skrg. dah nak hampir due date. So, macam-macam benda lah yang bos ni suruh buat, bos yang itu suruh tuka. Aku ni yang terkontang-kanting. Mana taknya, diorg ni asik bercanggah pedapat aje..hehe..dugaan jugak semalam, bila bos yang baru balik OS tetiba nak handle projek ni. macam-macam dah aku buat yang dia tak tahu. So penat gak nak explain ngan dia ni. Nasib baik bos lagi satu aku tuh ade kat ofis. Bos yang balik OS ni plak nak cakap macam nak marah-marah pulak. aiiishhh...nak rase kena marah plak ke ngan orang bawahan macam aku ni? kang tak pasal aje..iyela, aku buat kerja ikut arahan, so jgn nak bising-bising kat aku, bising kat yang bagi arahan. Tapi disebabkan hari ini hari puasa, so sabar aje ye Nisa..hee:)

Seawal pukul 6.10pm aku dah beredar dari ofis, bercita-cita nak pergi ke bazar ramadhan kat TTDI. Bila cari bazar, mindset dah fikir tempat tu mesti sesak dan susah nak cari parking. Ramai orang kata bazar tu besar. Tapi bila pegi sana, tak la besar mana pun, aku rasa besar lagi bazar ramadhan kat Tmn Paroi Jaya, Seremban. orang yang datang pun tak la berapa ramai, mungkin jugak sebab first day puasa kot, ramai yang berbuka di luar. Makanan wajib yang mesti aku jamah pada bulan puasa adalah "MURTABAK" & air tebu. favorite! tapi melihatkan orang beratur panjang untuk membeli murtabak jadi aku batalkan niat untuk berbuka dengan murtabak pada hari pertama. Lagipun jam dah 6.55pm. So aku just beli nasi briani ayam sebagai pembuka nnt.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terima panggilan telefon yang membuatkan emosi aku tak berapa tenteram. maaf aku tak dapat cerita disini. Tapi serius lepas aku terima call aku jadi sangat down, marah dan sedih. tak apalah anggap ni dugaan Allah kepada hambanya.

Aku sampai dirumah elok-elok je azan maghrib berkumandang. Segera panjat tingkat 4, masuk ke rumah, segera mencapai sebuah bekas plastik berisi buah kurma. Aku makan tiga, bancuh air ribena dan teguk semua. Lepas tu mandi-mandi dan makan yang dibeli tadi. Di sebabkan hati yang kurang tenteram, jadi aku bersiap menziarahi masjid untuk melakukan solat sunat tarawikh secara berjemaah.

Alhamdulillah...semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam....amin ya rabbalalamin...

Doa buat Kekasih

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Monday, August 1, 2011

Hati lepas takkan jadi sekarang

" When u missed the best scene in a movie, you have the intention to replay it"

Pukul 3:09:50 PM bila tengah sibuk-sibuk men"check" contact number satu client ni dalam email contact, aku ternampak satu IM msg yang ditinggalkan oleh seseorang. Dia ni no telefon, fb, ym, semua berkenaan dia dah lenyap dari aku.. Cuma tinggal beberapa entry dalam blog ni yg masih tertulis tentang dirinya.. Rupanya dari tengahhr tadi dia cuba menyapa aku.

08/01/2011 1:29:48 PM
Bila teringat kisah dulu pasti sebak jugak. tapi.............

ble nk kawen?
hahaha...u tuh yg wajib kawin dlu..ke u dh de tarikh n calon dah? nak kasi kad ke ni?
eh pesal plak..
gf u yg lecturer, ade 2 master 1 phd and nak sambung 1 phd kat scotland, anak menteri tu siap ade driver jemput balik, mane?
iskk..i pon xingt..dh lmae single ni..
truk ah u ni..klu pun dh jd ex xkan la xingat. hahaha..
i ingt u sorg je
hahhahhahahah...u ingat i xbiase ke denga sume ni?
ahhaa dh bese ea..bgosla..dpt experience
mmg pun dah terlebih2 dah experience
mesti dh byk kali kecewa ni
hahahahahahahahahahhahaha..bole la..boring dah kot, rilek dlu skrg..malas nak pikir semua ni..org yg kita harap dpt bagi komitment tp lastly tahu yg rupenyer die ade awek la, pasang dua tigala..susah nak predict laki ni.
i ade u xnk
u xyah la
pesal plak
dlu i nak u, u nak org lain..srg i dh xnak..hahahah!
i nk u gak kan
xpayah la..banyak pompuan cantik skrg ni, u pilih je..lagi2 u duit byk skrg, sape xnak engineer kan?so u leh petik je nak sapa. cari je yg muda2 lagi tu,lg best kot.
ble nk jmpe i?
sape plak ckp nak jumpa u?
i nk jmpe u
tak payah la, buang masa aje.
nape plak? ke u xsnggup nk jmpe ni? tkot nanges ea?
hahaha...xde makna nyer.. dah lame kot dh jadi history
so bleh la jmpe kan...nape u xnk?u xnk ingt kisah lame?
hahahah...buat ape nak ingat?ske ati u la,u ckp la ape pun, dh u nak fikir mcm tu...i xley nak wat pape pun..
next 2 weeks k? i blnje, u ckp je u nk mkn pe.


takpe2, xperlu bazir duit kat i..baik u blanja org lain..
nape bzir plak??duet byk2 pon bkn leh bwk g kubur..nnti kte jmpe k..

........aku? end of conversation..baik aku buat keja, susah ckp ngn org yg xnak trima kenyataan ni..hahaaha....

Sekali-sekala tembak ex tentang kesilapan dia dulu pun seronok jugak. Dulu tak sanggup nak tembak or even bercakap pedas dengan dia sebab fikir nak jaga hati dia, skrg ni aku tak kisah la. Dah dulu ko dah dapat yang terbaik dan kau pilih yang terbaik tu. so buat ape nak pandang yg kat belakang ni? buat ape nak pick yg leftover ni? buat ape nak kat yang org tiada keistimewaan ni? bila semua dah berlalu, tiada apa yang dapat diundur.


Ape pun semua dah berlalu. tak mungkin aku kembali~

What we shud noe

What women should know :
A man who truly loves you will never let you go, no matter how hard the situation is.

What men should know :
A woman who truly loves you will be angry at you for so many things, but will stick around.

Ramadhan1432H

Hari ini merupakan hari pertama menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Syukur Alhamdulillah masih lagi berkesempat menunaikan kewajipan rukun islam ke-3 ini.

Bagi aku, puasa tidak akan terasa puasa apabila kita tidak bersahur di pagi hari. Sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga akan bangun sebelum subuh seawal 4.30am setiap hari di bulan Ramadhan. Jadi, terbit rasa janggal jika tidak bersahur pagi berkenaan.

Tanggal 1 August 2011.

Alhamdulillah sekali lagi aku sempat bersahur bersama-sama mama, abah, dan Ili. Walaupun tidak keseluruh ahli keluarga bersama-sama bersahur pada pagi ini, namun aku masih rasa seronok dapat bersahur di rumah. Nasib baik kali ini mula puasa pada hari isnin, kalau tak.....haihhh..kena sahur sendiri di hari pertama.

Aku kalau dikira boleh dikatakan hampir setiap tahun bersahur pada hari pertama pastinya di rumah aku di Seremban, Negeri Sembilan. Iyalah, aku tak pernah masuk ke sekolah asrama waktu di sekolah rendah mahupun menengah. Waktu aku ditempatkan di matrikulasi dahulu di negeri Johor, dimana setiap tahun kerajaan negeri beri cuti pada hari pertama puasa. kemudian melanjutkan degree di Melaka, yang mana cuti juga hari pertama di bulan ramadhan. Cuma pada tahun lepas sahaja aku tidak dapat bersahur bersama keluarga. Itupun sebab waktu itu aku ditugaskan bekerja di luar. Jadi itu kali pertama tanpa sahur dengan mama..heee:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo