Sesungguhnya ISLAM itu indah
Sesungguhnya tiada tuhan melainkan ALLAH
Sesungguhnya para nabi dan rasul serta junjungan Nabi MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH
Tapi sememangnya manusia itu ada jahilnya
Sering salah tafsir dan buat provokasi
Sering mengikut cara sendiri bukan seperti yg disuruhnya
Kitab Al-Quran itu sememanya petunjuk kehidupan
Namun mengapa masih ada yg alpa?
Kenapa manusia buta?
Atau hati dan otak telah membeku?
Iya.. Didalamnya ada tertulis..
"Buat mereka yang berFIKIR"
"Allah hanya memberi petunjuk kepada mereka yang dikehendakiNya"
Wallahualam...
Iya sering kita baca di dada2 akhbar.
Melayu Islam MURTAD!!
Salah siapa? "Iya! Kita"
Aku sering perhatikan
Ulama dengan kata kesat
Ulama dengan kata perlian sambil mentertawa
bagi aku tiada iramanya
Mungkin kedengaran sedikit sumbang
Sehingga kita hilang minat mendengarnya.
Bukankah tadi aku kata Islam itu indah?
Iya..
Tapi kenapa kita tidak mahu mendengarnya?
Mungkin liriknya betul tapi iramanya ade "kureng".
Erhhhh?
Ramai kafir mengucap dua kalimasyahadah dengan cara Rasullulah SAW.
Iya aku tahu tu.
Kenapa tidak digunakan walaupun dah tahu?
Entahlah..
Sekali lagi Islam itu indah.
Sesama Islam cuma perlu memahami apa terkandung dalam kalimat Allah.
Pernah kita fahami Al-Quran??
Banyak janji Allah di dalamnyaa.
Kita sebagai islam jgn terlalu leka dan jgn pula terlalu mengkaji.
Sedangkan telah Allah berfirman bererti setiap yang rosak dimuka bumi ini dimurkai Allah, balasan neraka baginya. Barang siapa melakukan kebaikkan maka ganjaran syurga, sesungguhnya Allah menyukai mereka yang melakukan kebaikkan.
Biarlah Allah yang menghukum dan memberi ganjaran.
Sedangkan kita hanya manusia yang belum tentu martabatnya di sisi Allah.
Akhir kata, ikutlah coretan tertulis dalam Quran Al-Qarim..Insyaallah akan kau temui jawapanya dan kemudian hatimu akan berasa begitu tenang dan damai..
Ternyata bukan mudah untuk menjadi seorang Muslim yang baik
kerana Muslim yang baik perlu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
berpesan-pesan atas perkara yang haq
dengan penuh kesabaran dan hikmah
Jadi janganlah kamu menghakim keindahan Islam itu dari umatnya.
kerana tiada manusia di dunia tidak melakukan kesalahan
namun Islam itu sendiri hadir untuk menjadi pembimbing kepada manusia
Ketahuilah bahawasanya Islam itu begitu indah
Wallahualam.....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment