Alhamdulillah, Syukur Kehadrat Illahi kerana masih bernafas di atas muka bumi-Nya ini dan diberi peluang berjumpa hari 'Asyura' (عاشوراء) sekali lagi..
Actually aku ingat langsung pasal Asyura ni. Tapi aku tahu kewujudan "Asyura" sebab waktu sekolah menengah dulu SMK Pendeta Za'aba ada adakan sambutan hari ini dengan memasak bubur Asyura secara bergotong-royong. Memang sedap bubur Asyura ni..
Tapi aku tidak pula tahu tentang "Asyura" sebenar (betapa jahilnya aku sebagai Islam). However, aku terima satu bbm dari seorang sahabat semalam:
Actually aku ingat langsung pasal Asyura ni. Tapi aku tahu kewujudan "Asyura" sebab waktu sekolah menengah dulu SMK Pendeta Za'aba ada adakan sambutan hari ini dengan memasak bubur Asyura secara bergotong-royong. Memang sedap bubur Asyura ni..
Tapi aku tidak pula tahu tentang "Asyura" sebenar (betapa jahilnya aku sebagai Islam). However, aku terima satu bbm dari seorang sahabat semalam:
So aku mention issue ni kat mama dan mama mengiyakan hari itu. Aku pun segera check tarikh samada betul ke hari berikutnya tu 9 Muharram sebab selalu sangat terjadi info yang diorg circulate oleh bbmers ni salah.
Memang betul esknya (Isnin, 9 Muharram). Jadi disebabkan mama dah siap-siapkan bekal lauk untuk aku bawa ke KL, so aku pun berniat berpuasa hari ni sempena hari yang mulia ni.
Pagi tadi terjaga pukul 5.05 am, masak nasi, so sahur aku pagi tadi nasi panas dgn daging masak kicap! mmg mengancam! waktu mengantuk pun masih berselera makan..ekeke..
Memang betul esknya (Isnin, 9 Muharram). Jadi disebabkan mama dah siap-siapkan bekal lauk untuk aku bawa ke KL, so aku pun berniat berpuasa hari ni sempena hari yang mulia ni.
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
Nawaitu Sauma 'Asyura Lillahi Ta'ala
Nawaitu Sauma 'Asyura Lillahi Ta'ala
"Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
Pagi ni sempat aku google serba sedikit pasal sambutan Hari Asyura ni. Rupa-rupanya banyak lagi perkara sunat yang digalakkan supaya kita kerjakan dihari mulia ni. Perkara-perkara yang sunat dilakukan pada Hari Asyura:
1. Puasa Sunat Asyura
2. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri
3. Memuliakan fakir miskin
4. Menahan marah
5. Menunjukkan jalan yang lurus kepada orang sesat(terpesong akidah dan akhlaknya)
6. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
7. Bersedekah
8. Memelihara kehormatan diri
9. Mandi Sunat dengan lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
10. Bercelak
11. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
12. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
13. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
14. Menjamu orang berbuka puasa
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)
Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)
Peristiwa BESAR yang terjadi pada 10 Muharram ialah:
1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Hari Allah menjadikan ‘Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Allah menciptakan Nabi Adam.
8. Allah mengampunkan kesalahan Nabi Adam setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
9, Nabi Idris diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Allah melabuhkan bahtera Nabi Nuh di Bukit Judi (ada sandarannya – hadis riwayat Imam Bukhari). Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim diselamatkan daripada api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf dibebaskan daripada penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaaqub pulih daripada buta ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Penyakit Nabi Ayyub disembuhkan.
16. Nabi Musa diselamatkan daripada tentera Firaun di Laut Merah dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa.
18. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
19. Allah ‘mengangkat’ Nabi Isa ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
20. Saiyidina Hussin syahid di medan Karbala (disahkan oleh para sejarahwan)oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
21. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
22. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.
Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha' berkaitan 'Asyura'.
1. Bilakah 'Asyura'?
Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram. Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.
2. Bila Sunnah Puasa?
Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.
3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.
4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.
5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.
6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).
7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.
8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.
9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.
10. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."
Wallahu A'lam~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment