Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Wednesday, November 30, 2011

Password yg paling mudah digodam!


Here is compiled by SplashData:
1. password
2. 123456
3.12345678
4. qwerty
5. abc123
6. monkey
7. 1234567
8. letmein
9. trustno1
10. dragon
11. baseball
12. 111111
13. iloveyou
14. master
15. sunshine
16. ashley
17. bailey
18. passwOrd
19. shadow
20. 123123
21. 654321
22. superman
23. qazwsx
24. michael
25. football

Last year, Imperva looked at 32 million passwords stolen from RockYou, a hacked website, and released its own Top 10 "worst" list:

1. 123456
2. 12345
3. 123456789
4. Password
5. iloveyou
6. princess
7. rockyou
8. 1234567
9. 12345678
10. abc123

Tuesday, November 29, 2011

Bahasa Isyarat: Ucapan Ringkas

Assalamualaikum
Tangan kanan 'A' sambil ibu jari dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan.

Walaikumsalam
Tangan kanan 'W' sambil jari telunjuk dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan.

Hello
Tangan kanan 'B', hujung jari dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan.

Diam Orang Mukmin Itu Ibadah

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.



Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).



Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang.

Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, baginda menjawab: "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan samada kerana usia atau pangkat. Anas r.a, pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur, kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini?" (Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW: "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'Diam', usah gusar dilabel sebagai 'Manusia Yang PenDiam'.

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh seluruh umat manusia dan jin serta SeKalian Makhluk ALLAH SWT di Bumi & di Langit, manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka ALLAH SWT (Naudzubillaahimindzalik).

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh ALLAH SWT itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa, Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap,
takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu,
menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,Yang telah dibuat,
supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula dalam ingatan.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM.
1. Sebagai Ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah SAW mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim).

"Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim).

"Barangsiapa diam maka dia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tirmidzi).

Banyak Diam tidak semestinya jahil, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang jahil yang banyak bicara. Menasihati orang yang melakukan kesilapan, tidak salah. Yang salah memikirkan kesilapan orang. Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berkata-kata ke arah perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih lagi mulia serta terpuji yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri seseorang manusia itu.

Bila Adam & Hawa memilih~

LELAKI NAK CARI AWEK ↓

• Tak kisah laa dia freehair atau bertudung
• Pakai seksi dan ketat satu kelebihan
• Nak yang kulit putih jer , muka cantik tu paling dia nak
• Tak kisah dia perangai macamana pon. Notty lagi dia suka
• Boleh keluar rumah anytime , anywhere.
• Nak yang gedik sana , gedik sini. Boleh pegang-pegang, sedap-sedap.
• Ada DARA ke takde ke tu belakang cerita. Kalau takde DARA , tu satu peluang baik punye !

__________________________________________________________
LELAKI NAK CARI ISTERI ↓

• Nak yang ALIM dan menutup aurat tu WAJIB !
• Reti hormat orang tua
• Nak yang pandai dekat dapur. Reti masak-masak
• Tak kisah cantik ke tak janji sejuk je mata memandang
• Nak cari yang pandai jaga maruah ! Tak boleh ada lelaki lain sentuh
• Cari yang pandai jaga diri. Tak curang bila dia kerja
• Nak yang SUCI jer ! Ada DARA tu WAJIB !

PEREMPUAN NAK CARI PAKWE

ø Rambut mau pacak..
ø Pakai baju fit badan..badan berotot satu kelebihan
ø Nak yang kulit putih, Kulit gelap akan dipertimbangkan..
ø Tak kisah dia perangai macamana pon. Janji pandai mengayat
ø Boleh keluar rumah anytime , anywhere.
ø Nak yang macho. Boleh teman anytime ~

*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*

PEREMPUAN NAK CARI SUAMI

ø Nak yang ALIM.Berjanggut dan jambang tu pakej !
ø Reti hormat orang tua
ø Nak yang pandai buat semua kerja(serbaneka). Rajin kerja..
ø Tak kisah hensem ke tak.
ø Nak cari yang pandai jaga melindungi ! Tak sudi berpoligami
ø Cari yang pandai jaga isteri. Tak curang bila dia kerja
ø Nak yang BAIK jer !

Thursday, November 24, 2011

Dhia

"Hati wanita manakah yang mampu menahan duka dan lara tatkala dilanda badai ujian dan dugaan tanpa henti?"

We never know what Allah's plans and what's in store for us. Everything happen definitely for a reason dan ujian tu kadang-kadang takkan berhenti sampai kita rasa macam dunia ni tak adil pada kita tapi insyallah yakinlah bahawa di penghujung jalannya pasti sesuatu yang indah. Percaya kepada takdir. Mungkin ada sesuatu di masa hadapan yang kita sendiri tak tahu.

Menjaga Pandangan

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan".

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". (Surah an-Nur ayat 30-31)

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Juara Bolasepak Sukan Sea ke-26

‎"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about." - Ong Kim Swee.


Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana misi menebus maruah MALAYSIA berjaya! Tahniah kepada pasukan Harimau Muda yang bertempur di final Sukan Sea ke-26 menentang pasukan Indonesia di Jakarta semalam. Setelah menghadapi pelbagai kesukaran, provokasi, double standard serta penghinaan daripada pihak tuan rumah serta penyokong Indonesia khususnya, Pasukan Harimau Muda yang dipimpin oleh Ong Kim Swee akhirnya berjaya mematahkan sayap Garuda serta menrobek kebongkakan Indonesia dengan mendapat pingat Emas dalam penentuan penalty 4-3 setelah terikat dengan keputusan 1-1 (untuk masa 90 minit +30 minit).

Detik kemenagan: Harimau Muda bersorak kegembiraan apabila sah Emas milik Malaysia

**ehemmmmm ehemmm... uhuk ermmmm...**

Dh macam bunyi editor newspaper bahagian sukan lak ak neh..ekeke...ala, subjek ni kita kasi ayat serius sket la..mane tau Badrol ke, Khairul Fahmi ke, Ong Kim Swee ke terbaca, faham jugakla depa nak baca..akaka...

Anway aku dah terpacak kat gerai mamak dekat ngn rumah aku, semangat gilerrr! and gile kentang aku seorang perempuan, duduk meja sorg posisi paling dekat dgn tv, kedai mamak yg dipenuhi lelaki. Dan aku pakai jersi Malaysia warna biru sambil duduk depan skrin besaq! Wahahahaha...gilo apo aku neh-_-" blasah laaaaa...

But then thenks kat kawan aku ni yg bile nak start je game final, dia dh terpacak jugak kat mamak teman aku tgk bola..phewwww -__-"...nasib bek name dia terlintas kat kepala aku, klu tak keras aku tgk bola scr solo neh, sbb xley nak over la maaaakkkkk! dah ade mmbr aku ni ape lg, jerit la sekuat hati...hahaha...

Perlawanan yang dijadualkan bermula pada 8.30pm (waktu Malaysia) itu, dilihat rentak permainan Malaysia agak goyah di awalnya. Indonesia dengan tanpa berlengah-lengah telah cuba mengasak pertahanan Malaysia dan dilihat mendominasi permainan pada awalnya. Sehingga pihak tuan rumah berjaya membolos gawang Malaysia dengan tandukkan dari pemain pertahanan mereka, Gunawan Dwi Cahayodan yang menyumbang kepada gol pertama mereka pada minit ke-5.

Frust jugak aku tgk cara Malaysia main mase mula-mula tu. Aku pasti mereka merasa amat tertekan pada malam itu. Syukur juga Indonesia score sangatlah awal, so masih banyak lagi masa untuk Harimau Muda untuk bangkit semula melawan. Diakui Harimau muda tidak mudah patah semangat dan mempunyai kekuatan mental yang tinggi. Aku sangat bangga akan attitude anak muda seperti mereka ni. Mereka kemudian seolah-olah bangkit daripada mimpi lena dan menyusun semula rentak permainan mereka dan mula mengatur serangan. Hantaran bola dilihat semakin tersusun dan mereka mula bermain seperti dalam perlawanan terdahulu yang menang ke atas Indonesia pada peringkat kumpulan.

Pada minit ke-16 kita dikejutkan lagi dengan satu jaringan gol oleh Titus bonai, namun dinafikan jaringan itu oleh pengadil FIFA dari Jepun, Toto Minoru kerana dianggap offside. pergghhh...cuak mase tu, kalaulah Indonesia dapat score ke-dua waktu itu, pastinya agak sukar bagi anak buah Ong Kim Swee untuk megejar mereka.

Alhamdulillah, pada minit yg ke-33, gol yang ditunggu-tunggu oleh aku dan 28,334,134 rakyat Malaysia lainya, disumbangkan oleh Asrarudin Putra Omar, atas hantaran cantik oleh Badrol walaupun dia telah diasak dan diserang beberapa kali dan hampir jatuh, namun dengan azam yang tinggi beliau berjaya membawa bola menghampiri gol diluar patak penalti sebelum dihantar kepada Asra. yeayyyyy!!! GOLLLLLLLLLL! sekali gus telah menyepikan seluruh Stadium Gelora Bung Karno.

Tabik ar lu bro! Rakyat Malaysia yg sungguh tegar!

First half berakhir dengan score 1-1. Pada masa ke-2, kedua2 team tidak dpt menjaringkan apa-apa gol dan permainan berlarutan sehingga masa tambahan 30 minit; yang juga tidak menyumbang apa-apa gol. Kini masa penentuan sepak penalti.oh khairul fahmi....aku tau kami bole harapkan anda!!!!!!!! 

Kejayaan Malaysia dikecapi apabila bola sepakan Baddrol yang di tampan penjaga gol indonesia, akhirnya bergolek menerjah gawang pihak lawan. Siapa kata rezeki tidak datang bergolek...kan..kan.. kan...?

Bagi aku inilah match game yang paling stress pernah aku tgk..fuhhhh...dengan 4 gol "offside"; 2 malaysia dan 2 indonesia. Namun akhirnya kejuaraan milik kita. Alhamdulillah Malaysia berjaya mengekalkan pingat emas dan mematahkan keegoaan tuan rumah.

Pada akhir perlawanan 3 orang pemain Harimau Malaya iaitu Asrarudin Putra, Baddrol Baktiar dan Zubir Azmi pula diarahkan menjalani ujian doping. Ini menunjukkan ketidakpuasan hati pihak tuan rumah keatas kejayaan Malaysia kerana selalunya ujian ini dilakukan sebelum perlawanan bukan SELEPAS! Bagaimanapun Alhamdulillah semua pemain Malaysia bebas dari semua itu.

Terima kasih indonesia kerana :

01. atlit negara lain keracunan makanan
02. layanan atlit yang sakit di hospital macam rawat kambing
03. tak benarkan penyokong malaysia masuk stadium
04. tak benarkan wartawan malaysia buat liputan
05. pembukaan sukan sea yang tak best langsung
06. sikap penonton yang sangat PANDAI menghormati tetamu
07. perlawanan silat yang SUPER menarik dan sangat bermaruah
08. kereta kebal untuk pasukan malaysia
09. membuka mata dunia, realiti sebenar krisis malaysia - indonesia
10. malaysia dah ada 'geng'
11. mengurangkan satu jalur putih pada bendera malaysia, akibat kekuragan kain putih!

Walaupun Malaysia bukan juara keseluruhan pungutan pingat Sukan Sea ke-26 ini, namun kita semua (rakyat Malaysia) telah menarik lafas lega atas kemenangan ini; dimana ia dianggap sebagai "Ibu segala Pingat". Apabila kita berjaya menewaskan pasukan tuan rumah yang sememangnya kita tahu, "duri dalam daging" Malaysia selama ini. Lebih merasa berpuas hati kerana kita berjaya mengalahkan pasukan Indonesia di hadapan lautan merah putih, iaitu hampir 100 ribu penyokong fanatik yang mahukan pasukan mereka menang keatas Malaysia.

"Winning is important but it isn't everything. Certainly there must be honour and respect. Open hatred towards your guests is totally unacceptable and a total disgrace."

Pengajaran penting yg kita dpt drp kejayaan HM tersimpul dlm hadis Nabi saw: Allah bila nak beri kebaikan kpd hambaNya, d mulai dgn musibah. Pasukan HM mengharungi ujian getir bermula dgn jadual perlawanan di ubah2, tempat latihan terlalu jauh, d hina media tempatan, d ganggu dlm perjalanan ke Gelora Bung Karno, etc. Justeru, jika ada d antara kita yg hadapi sebarang masalah atau ujian, besabarlah, betulkan niat n amal, doa yg kudus, buat yg terbaik n tawakkal kpd Allah. Kejayaan insya Allah menunggu kita. Wassalam.

sumber gambar: Zuhairi Firdaus

Monday, November 21, 2011

Anger

In the life, we sometime didn't know the reason why we can't manage anger, too much emotion etc. That maybe caused by our blood type...




Myth : I shouldn’t “hold in” my anger. It’s healthy to vent and let it out.
Fact  : While it’s true that suppressing and ignoring anger is unhealthy, venting is no better. Anger is not something you have to “let out” in an aggressive way in order to avoid blowing up. In fact, outbursts and tirades only fuel the fire and reinforce your anger problem.

Myth : Anger, aggression, and intimidation help me earn respect and get what I want.
Fact   :  True power doesn’t come from bullying others. People may be afraid of you, but they won’t respect you if you can’t control yourself or handle opposing viewpoints. Others will be more willing to listen to you and accommodate your needs if you communicate in a respectful way.

Myth  : I can’t help myself. Anger isn’t something you can control.
Fact   : You can’t always control the situation you’re in or how it makes you feel, but you can control how you express your anger. And you can express your anger without being verbally or physically abusive. Even if someone is pushing your buttons, you always have a choice about how to respond.

Myth : Anger management is about learning to suppress your anger.
Fact  : Never getting angry is not a good goal. Anger is normal, and it will come out regardless of how hard you try to suppress it. Anger management is all about becoming aware of your underlying feelings and needs and developing healthier ways to manage upset. Rather than trying to suppress your anger, the goal is to express it in constructive ways.

Tuesday, November 15, 2011

Apa yg menjadi peganganku?

Aku tersedar
Satu perkara yg aku belum tahu
Telah khatam Al-Quran ketika 13
Tapi hanya membaca tanpa pengertian
12 tahun berlalu
Baru kini ku sedar
Bahawa aku tidak tahu apa yg telah dibaca
Pasti kita pernah mendengar
"Al-Quran itu petunjuk hidup, pegangan buat yg beragama Islam"
Tapi apakah kita tahu apa yg tercoret di dalamnya?


Firman Allah
“…maka apabila kamu membaca al-Quran, hendaklah kamu memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam” [An-Nahl :98]

Isti'azah ialah semua lafaz-lafaz atau bacaan-bacaan untuk meminta perlindungan kepada Allah samada ta'awwuz atau lain-lain.

Ta'awwuz ialah lafaz
"A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim".

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, “Bahawasanya Rasulullah S.A.W menyebut a’uzubillahi minasy syaitonir rajiim sebelum membaca al-Quran”.
(Hadith riwayat Abdur Razzaq dalam Al-Musannaf dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Irwa’).

Kalimat

Kalimat-kalimat yg harus dbiasakan.

1.Bismillahirrahmanirrahiim:
Setiap kali apabila hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah:
Bermaksud "segala puji untuk(mu) Allah". Sebutlah setiap kali selepas habis melakukan sesuatu.

3.Astaghfirullah:
Jika telah melakukan, memikirkan dan bercakap tentang sesuatu yg buruk.

4.Insya Allah:
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah:
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun:
Jika melihat/menghadapi musibah.

7.Lailaha illallah:
Bacalah siang & malam sebanyak2nya.

8. Masya'Allah:
Menyatakan penghargaan, kegembiraan, pujian atau kesyukuran untuk sesuatu perkara atau orang.

9. Subhan'Allah:
Bermaksud "Maha Suci Allah".

10. Allahu Akbar :
Bermaksud "Allah Maha Besar".Sebutlah ketika melihat kebesaran Allah SWT.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, November 14, 2011

Nama saya ebab!


yehuuuu...comel tak die ni..huhu..

Friday, November 11, 2011

Master of Engineering

Hola! and good day..

Out of a sudden, i thought of writing this entry. Yup! It's about persuing studies in Master of Engineering. However, due to my financial constrain, i was unable to reached  this dream for now. 
I know people would say "you already have your Degree aite? and now you're working as an engineer, then for what you persue a master?"

For me it's all for my self-satisfactions and of course a great gift to my beloved parents :)

Well, due to lack knowledge on how to apply studying abroad, i only undergo and finished my Degree in a local university; i mean in Malaysia, and it was two years ago. wow, two years? i believe time passes us too fast then. Studying abroad always be one of my dream. I always wish that one day i able to realise the dream.

Britain or England would be the best place to study abroad. Followings are the best University in England and the world. My favorite tooooooo xoxo!










If i've reached my age of 30's and still haven't married, i would want to quit my job, then persue my study abroad. Insyallah...

A survey conducted and here is the link of top 50 best university ranking in Engineering and technologies -->Top 50 Engineering and Technologies Universities 2010-2011 

PRU13

Clean the electoral roll
Reform postal voting
Use of indelible ink
A minimum campaign period of 21 days
Free and fair access to mainstream media
Strengthen public institutions
Stop corruption
Stop dirty politics

Salurkan pendapat anda mengenai kaedah terbaik bagi memantapkan lagi sistem pilihanraya melalui Emel:

jkpilihanraya@parlimen.gov.my atau portal www.myideas.my

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, November 10, 2011

Chocolate Dipped Strawberry

Yummmyumm...

name tajuk pun dah terliuq kan..hahaha..well, aku buat ni last weekend. Cuti 3 hari sbb raya haji, so makan jela keja aku..huhu.. well, makanan ni senang giler nak buat, apepun mmg menjilat pinggan..errkk! jgn, jilat jari sudah lerr..huhu..

Bahan-bahan:
1 bar          Cadbury Milk Chocolate
10 pcs        Strawberry segar

itu jerrr? yup! dats all whut u need..

Cara-cara:
1. Patahkan atau potong coklat into smaller pieces.


Aku pilih coklat cadbury sbb aku suke coklat ni. Its milky, soft n sweet enough, tak perlu nak tambah itu ini! So, if korg suke coklat brand lain bole jgk kalau nak guna. Aku suggest korg pakai coklat yang dah diproses ni, lebih sedap dan lebih berkhasiat. Cooking coklat boleh jugak kalau nak pakai, tp bagi aku cooking coklat ni kurang rasa skit dia, then ia tak berapa bagus sgt utk dimakan dalam kuantiti banyak. 


2. Masukkan coklat yang dah di potong kecil tadi ke dalam microwave untuk dicairkan. Korg boleh jugak kalau nak guna double boiler. Aku suke pakai microwave sbb senang giler.


3. Basuh strawberry. Kalau nak lebih sedap, sejukkan strawberry dalam peti ais..mmg mengancam strawberry sejuk dicicah dengan coklat cair yang panas.

***tadaaa***

Bole la dihidangkan utk family mase minum petang..confirm lebih cpt habis drpd cekodok mak..hahaha!

Selamat mencuba~

Chinese Herbal Tea

Hye everyone. Hepi Thursday semua..erkk...

Cptnye masa berlalu, dah khamis dah? urmm..takde benda sgt nak share today. Just nak cerita pasal Chinese Herbal Tea ni. Tadi aku rase cam tak bape nak sedap badan neh, strees kot melayan kerenah bos ni. Dok la tukar sane sini, suruh aku buat double triple job. ok! Mmg serius tak suke gile kalau kena buat kerja dua tiga kali ni. Terus naik angin kepala aku neh. Cepat-cepat aku cabot kang aku g skolahkan bos tak pasal pulak nnt..hahaha...

Anway tea ni suggested by clerk aka tea lady kat ofis aku ni. Dia yang pegi beli kat kedai sensei dekat dgn ofis aku. Dia ckp tea ni bagus untuk buang panas dalam badan and dia mention tea ni rasa dia agak pahit. but never mind sbb aku dh malas nak makan panadol or ubat-ubat "dadah" lagi, so aku pun give a try la.

Rendam tea bag tu dalam air yg mendidih selama 2-5 minit. tapi sbb aku makan lunch secara slow motion jadi dah lebih 20 minit tea tu terendam. blakang packaging tu ade mention "Brew teabag for about 2 minute or longer for a stronger brew". So ok la kot..hehe..


Bau dia memang mengancam giler! bau herba la..name pun tea herba kan..hehe..bile rasa.....pahit? tak sangat pun..aku rs tea BOH or lipton lagi pahit kalau tanpa gula.. so aku habiskan secawan, pastu tambah lagi air panas, n teguk lg..sedap pulak..huhu..

One package ni clerk aku mention dia bli RM 1.30 per pkt. Ok la takde mahal pun, tp bkn pakai duit aku; duit kampeni..hehehehe...So lain kali kalau sakit ke nak demam ker minumla tea herba ni..tak perlu makan dadah komersial  aka Penadol or Paracetamol tu lagi..huhu..

below ni gamba permandangan kat lua ofis aku..menarik kan? depan tu je LDP..hehe..saje je nak share.. takde ape-ape pun..

tu plak Sime Darby Medical Center kalu sakit g situ je, lagipun panel Prudential tu..



Okey! sooooo loooong guys!

Wednesday, November 9, 2011

Rara Zikry


Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri or more likely to be known as Rara Zikry, born 4th Oct 1988. . She was energetic, inspire, and beautiful young lady and fashion student at Limkokwing University. Serius! She was blessed with good looking figure and face. However, this poor lady was attacked by a mild asthma a year ago that have changed her whole life into 360° since then.


Mungkin ramai dah tahu kisah Rara. Her news was everywhere. As far as I know the story has spread widely throughout the net including youtube, tv news, tv shows (WHI TV3), blogger, even her aunt create a charity page for her in Facebook..

Okey! i noe i'm a bit delayed with this, yeah! It was happened a year ago, tapi tak kisah lah i masih nak tulis pasal Rara. Sebab ape? Actually i don't even know her in person.


Dear Rara, i don’t know you at all but i do feel for you and your loved ones. I always pray may someday Allah brings some miracles to you. May you get well soon. Hope one day you would know that your story brings "consciousness" to us who are still "conscious" at these moment. Apa yang terjadi pada Rara sangat menyentuh hati dan mendatangkan keinsafan di sudut hati aku. Secara zahirnya, dia makhluk dan ciptaan Allah SWT yang Masyalah sangat-sangat cantik dan bagi aku cukup sempurna dari segi zahirnya. Namun semua yang ada di bumi dan di langit adalah milikNya yang mutlak........Innalillah, last year March, God tested her, she went into comma for two months, and waking up to a Hypoxic Ischaemic Encephalopathy.

Hypo : Less
Oxia : Oxygen
Encephalo : Brain
Pathy : Disorder

Thus conclude us with a condition named Brain Disorder due to Less of Oxygen. Or a condition in which brain tissue is deprived of oxygen and there is global loss of function. The longer brain cells lack oxygen, the more damage occurs. Rara was cut off from any oxygen for about 7 minutes, right after she fainted causing her to be under state of coma.

What was really happened to her? On 19th of March 2010, she was cycling with her best friends and suddenly has difficulty to breathe, asked her friend to get the car to drive her to the hospital. Her friend was still talking to her in the car when she suddenly is quiet, her friend turned around to see her bestfriend foaming around the mouth and when she reached the hospital, doctor pronounced she is in a coma. *jaw drops*
"On that date, 19th March 2010, Lanie, Rara and kawan-kawan yang lain plan nak spend time together. Alaaaa, biasala hujung minggu. Ada yang pergi camping, ada yang pergi shopping, ada yang pergi clubbing, but they choose to go for cycling. Diorang pergi kat area Mahkamah Shah Alam tak salah aku. Ada orang cakap tempat tu keras. Tak tahu lah, orang cakap. Semua tempat kat Shah Alam pon keras, nak nak rumah teres kat Seksyen 2 tu. Melayu buat terok sungguh. Eh, tapi Lanie pon pernah cakap tempat tu keras. Okay, back to our topic. Diorang pon enjoy cycling kat situ. Out of sudden masa tengah have fun, Rara terduduk and sesak nafas. Yes, diorang sedia maklum tahu yang Rara ada asthma, dan mungkin ni asthma attack yang normal. Rara minta hantar dia pergi hospital terus sambil tahan sesak nafas tu. Masa kelam kabut tu, Lanie suruh kawan dia ambil kereta while Lanie tanya Rara nak dia buat CPR tak memandangkan Lanie tahu how to do it. Tapi Rara cakap tak payah and terus ulang minta hantar dia kat hospital. Masa dalam kereta Lanie sempat cakap-cakap lagi dengan Rara but then, Rara diam and mulut dia dah berbuih-buih. Sampai je hospital, doktor cakap dia dah koma."- Azyerahs Ilazahg


Sebagai masyarakat sekeliling, mungkin tak banyak yang dapat kita bantu. Namun kita masih mampu sedekahkan sedikit doa supaya Rara diringankan kesakitan yang ditanggung dan kembali pulih. Semoga sahabat dan keluarga terdekat serta Rara sendiri kuat semangat menghadapi ujian daripada Allah ini. Betul la kata org, kecantikan dan sumua yang ada pada kita, semua nya milik yang mencipta kita. Ustaz pernah berkata, kita diduga kerana Allah sayangkan kita. Maka bersyukurlah, tentu Allah sayangkan dia. Anggaplah semua yang terjadi ada hikmah di sebalik ujian Tuhan ini. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Hanya pada Engkau sajalah yang dapat memberi ketabahan pada hati mereka dan Engkaulah ubat segala penyakit.

Rara with her mom

Diriwayatkan Imam Muslim dan Imam Bukhari dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW bersabda:
"Tidak satu musibah pun yang menimpa diri seorang Muslim, baik berupa kesusahan dan penderitaan, kesediihan dan kedukaan, maupun penyakit. Bahkan sepotong duri yang mencocok anggotanya, kecuali dihapuskan Allah itu sebagian dari kesalahan-kesalahannya."


Antara artis-artis yang aware dan datang melawat Rara:

Zizan Rajalawak

Wardina

"On 19th of March 2010, Zarith Nadhira went into coma for 2 months due to a mild asthma. Initially she was admitted at Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam, subsequently referred to Subang Jaya Medical Centre, was admitted in ICU. Alhamdulillah she woke up from coma but was unable to speak or communicate with her parents, relatives and friends. She needs to be fed through a tube at her lower abdomen. Her hands & legs were stiff until today and she needs further medical treatment from specialists at University Hospital. Her diagnosis is Hypoxic Ischaemic Encephalopathy, in simple explanation : brain injury due to lack of oxygen because she had difficulty breathing."- Contribution for Rara Zikry's medical expenses Facebook Page.

It is sad to know such a young and pretty girl suddenly fell in such handicapped state. But Rara is so lucky to have so many loving people around her, I mean just look at all the youtube vids, the facebook page and various blog posts made in tribute to her, searching for help by any means. Unfortunately I can’t afford any contribution but my prayers are with her.

Hospital cost for the treatment at Subang Jaya Medical Centre came about RM80,000.00 not to include the cost at DEMC and later some other cost incurred at Sunway Hospital. This time her follow up treatment at Hospital University require intrathecal medications for her spastic episodes which would involve:
1) EDM Lumber Drainage Kit, Qty 1 costing RM900.00 per unit
2) IT Baclofen test doses 1ml/vial (50mcg/ml) Qty 3 costing RM115.00 per unit
3)Intrathecal Drug Delivery Package
i.e Synchromed Programmable Pump, Two piece catheter kit, Tunnel rod Qty 1 costing RM45,000.00
4)IT Baclofen 20ml/vial (500mcg/ml) Qty 1-2 vials /mth costing RM670 per unit

This time the cost would be about RM47,000.00 excluding hospital fees.

The treatment were so costly as such we hope donations from you will lighten the burden that Nadhira's parent had to bear. Thank you for your kind donations and may Allah bless you.

Maybank Account Details
Account Holder Name: Zarina Binti Amir
Account Number: 112183147486
SWIFT CODE MBBEMYKL

Please contact Zarina Amir (Nadhira’s mother) @ 012-3603509 or email zarinazikry@gmail.com for further infos.

Updated on 2nd Dec 2011:
Innalillahiwainnailaihirojiun.........
Rara left us yesterday on December 1st at 10 pm at Sunway Medical Center. Jenazah berada di 90, Jalan USJ 6/2B Subang Jaya. Jenazah akan dibawa dari rumah ke masjid SS 19 Subang Jaya dalam pukul 8 pagi harini. Insya Allah jenazah akan disempurnakan dan akan dikebumikan sebelum solat jumaat.. AL-FATIHAH to her & salam Takziah to all family member ..



Semoga ALLAH swt bless her soul, forgive her sins, make her grave a garden and grant her the highest level of paradise. May ALLAH grant her eternal peace and may her soul be placed amongst the pious and chosen believers. Amin..

Tinted Kereta

Dua minggu lepas, aku pergi ke sebuah kedai tinted kat area Cheras utk tinted kereta baru aku; Tint Garage. Appointment pkol 12 pm, tapi as usual la, aku mesti lambat sampai ke tempat kejadian..ahaks!

Actually diorg ni ade branch dekat Kota Damansara dekat skit dengan rumah aku tu, tapi disebabkan schedule yang ridiculously tersangat pack kat Kota Damansara tu. Then, aku agreed utk berjalan jauh semata-mata nak tinted cermin kereta sbb dah tak tahan tgk tangan yang semakin hitam..akaka...so manage to slot in a 12am job on a Saturday. Padahal br seminggu pakai keta, tp serius panasssss! The weather these days has not been kind and the sun if at an all time murderous level with its UV and sun rays. Even when I driving the car back from the showroom to my house, without tinting, you can feel the heat on the skin even through the car is cooling.

Bile aku sampai sane dah almost pkol 1 pm, tp they ave told me kalau dh buat appointment takpe if lambat pun. Then aku pun tak la worry sangat. Korg tau la jalan kat kl ni, kita tak dapat sangat nak predict tempoh perjalanan, even dekat pun salu ambil masa yg lama untuk sampai tempat yang dituju, kalau tak jam tak sah. My GPS plak tunjuk jalan cross pusat Bandar KL, hah! Mmg lagi lambat lah..hahaha!

Waktu sampai tu ada seorg perempuan dan seorg lelaki yang mereka berbangsa India. I pun pasang telinga la denga penjelasan sorg amoi ni kat dua org tu. Sibukkknye sayeee… Kesian cik amoi tu dok la explain tak la paham2 mereka ni. Aku yg duduk at the corner tu sengih jela tgk dua org tuh konpius..haha.. Well, mmg susah untuk kita faham sesuatu perkara yang baru dengan sekali penjelasan. Kalau aku pun mungkin aku konfius, tp dat day I was well prepared. A day before, I dah buat few reaserch pasal tinted film ni. Bukan apa pasal kereta ni pompuan salu kena tipu, so nak elakkan di“kencing” merata-rata aku pun g kat google dan menaip “tinted kereta” .

So skrg aku nak kongsi ilmu yang aku dh faham melalui apa yang dah aku dapat dari melawat amoi tu dan melawat few website kat internet.

Film tinted = filem plastic jernih / laminate metallic yang dipasang pada mana-mana cermin samada cermin tingkap rumah atau kereta bertujuan untuk mengurangkan bahang cuaca panas, suasana privasi dan untuk tujuan kecantikkan.

Menurut akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.


Terdapat 3 perkara atau keyword yang kita kena fahami iaitu VLT (Visible Light Transmission) , UVR (Ultra-violet Rejection) dan IRR (Infra-red Rejection). Tanpa memahami ketiga-tiga perkara ni, confirm korg akan ternganga denga salesgirl tu “berbual”. Hehe..

1. VLT bermaksud ketelusan cahaya. Ikut undang- undang JPJ, cermin depan mesti boleh tembus cahaya lebih 70% dan cermin lain 50%. Makin gelap filem tu bermakna makin kuranglah cahaya boleh masuk dan makin tinggi risiko untuk kena saman masa JPJ buat roadblock.

2. UVR bermaksud kadar pemantulan cahaya UV. Makin tinggi percentage makin bagus dan brand yang bagus biasanya boleh memantul sehingga 99% cahaya UV. Sinaran UV boleh menyebabkan kanser kulit dan mempercepatkan proses penuaan.

3. IRR bermaksud kadar haba, wap atau kepanasan. Semakin besar percentage bermakna makin sejuklah kereta anda nanti. Semakin tinggi nilai IR ni, harganya pun semakin mahallah.

So kita actually tak perlu aware sangat tentang VLT dan UVR.

Selalunya salesgirl akan terus suggest film yang JPJ compliance where diorg cuma akan kasi film yang lebih gelap if its requested by the customer. Tapi kalau ter"dapat" surat cinta dr Abe2 JPJ sendri tanggung la.

Kebanyakkan brand tinted film dah didatangi dengan cirri-ciri UVR sehingga 99% pantulan. In case la ur salesgirl tu suggest less, korang dah boley tinggalkan kedai tu serta merta. Cari kedai lain yang mana korg bole dapat 99% tanpa ade perbezaan pada harga tinted film tu.

Yang kita perlu aware adalah IRR. Di mana salesgirl tu dah buat demo kat aku pasal percentage IRR ni. IRR ni tak mengubah kegelapan tinted film tersebut tetapi jika percentagenya semakin tinggi, aku dapat rasakan bahang kepanasan semakin berkurang. Jadi if korg nak pastikan kereta korg sejuk je memanjang, walaupun kat lua tuh panas kedengkang! So pilihlah IRR yang lebih tinggi tapi harga pun maikn tinggi jugaklah youuuuuuu……Huhuhuhu..

Terdapat dua jenis tinted film:
1) Solar Tint Film
2) Safety Tint Film.

Solar tint merupakan tinted jenis biasa dijual di kedai-kedai, iaitu ia mempunyai ciri-ciri menapis haba dan cahaya. Manakala Safety Tint pula selain mempunyai ciri menapis haba dan cahaya, ia juga memberikan ciri-ciri keselamatan kepada pemandu dimana ia mempunyai kadar tahan hentakkan kepada cermin kereta.

Aku pilih Safety Tint untuk kereta baru aku..wuuu~

Memang la harganya agak mahal sedikit daripada solar tinted, tapi memikirkan psl kejadian jenayah pecah tingkap akhir-akhir ni. Kes curi kereta pun banyak terjadi area KL ni, pasal kes pecah cermin dan rompak pun boley tahan gak. Takot larr! Selain tu memandangkan aku selalu balik lewat malam dan selalu driving sorg-sorang dan aku “perempuan!”, so I’ve decided pasang safety tint ni. Biar berjaga-jaga, mahal skit pun takpelah, asal selamat….


“Safety film is composed of incredibly strong, optical-quality clear or metallized polyester, high-grade ultraviolet inhibitors, special laminating and mounting adhesives, and scratch-resistant coating. The product is retrofit to interior glass surfaces for glass breakage protection. When events such as natural disasters, vandalism or bomb blasts cause glass to break, the film’s flexible construction and pressure-sensitive mounting adhesive help hold the shards on the film. This reduces the potential for personal injury and property damage. Safety film is also referred to as anti-shatter film, glass fragment retention film, blast mitigation film and Mylar.”- SolarGuard

Safety Tint didatangi denga beberapa ketebalan yang diukur dalam unit Mil. 3 mil adalah lebih nipis jika dibandingkan dengan 5mil. Jadi Mil yang lebih tinggi iaitu film lebih tebal dan lebih tahan retakkan maka harga akan semakin mahal..

“Mil is a unit of length for 1/1000 of an inch (.001”). Used in expressing thickness of films. 1 MIL = 25 microns.”

We might have been taken advantage of our legal rights in the past without us knowing it. Your car broken into and damaged at a shopping mall, being overcharged for a repair, received unjustified summons, or salaries being witheld... Legal advice and support would be a big help in scenarios like these…

*****tadaaaaaa****
makin ensem bumblebee ku bila dh ditinted..hua3!

Perkara yang tak boleh dibuat selepas tinted! wajib tahu..kalau buat dosa...errrkkkkk! takla cuma menjaga kualiti tinted korg supaya tak tertanggal kemudian hari..tak kira jenama apa sekali pun samada Ecotint, 3M, Vkool, Ray Tech, Rike Cool, Llumar, etc. semua kena ikut rules yang sama spy dapat hasil yang memuaskan hati..

1. Jangan gunakan tingkap yang baru ditinted sekurang-kurangnya 48 jam atau 2 hari selepas ditinted untuk membiarkan tint film melekat dengan sempurna pada cermin. Kalau korg jenis yang sabar mcm aku (grrr..perasan!) biarkan selama 2 minggu. Maknanya kalau sampai kat tol tu korg bukak pintu untuk bayar tol, dala kl ni jalan skit tol, jalan skit tol! hahaha...tp aku manage tak guna tingkap langsung selama 2 minggu. PFT!


2. Jangan sental bahagian dalam tingkap dalam masa 2 minggu. Kalau korg bawak kereta g cuci, jgn lupa inform kat mat bangla tu jgn lap tingkap bahagian dalam.

3. Jangan lekat apa-apa pelekat atau sun visor pada bahagian dalam cermin.

harapnya info dan carutan aku ni berguna buat semua..Ape pun have fun dgn kereta baru anda! chill guys:)

Friday, November 4, 2011

Amazing Magic Image

Lets test your eyes <3

1. Stare at the red star on the girl’s nose for 30 seconds
2. Turn your eyes towards the wall/roof or somewhere else on a plane surface
3. Keep blinking your eyes!
4. Tell me what you see!




Thursday, November 3, 2011

Hatimu Berubah~

Pernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi "manusia lain"? Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumahtangga sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu, jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa.

Itu semua gara-gara warna sebenar (true colours) pasangan kita mula terserlah. Satu demi satu wataknya yang tersirat mula tersurat. Mengikut kajian pakar perkahwinan, hanya setelah usia lima tahun perkahwinan, barulah masing-masing (suami dan isteri) mengeluarkan semua sikap dan perangai mereka yang tersembunyi.
Pernah kita baca di dada akhbar  bagaimana kelohan seorang isteri yang telah disimbah asid oleh suaminya. Katanya, "setelah tiga bulan berkahwin barulah saya sedar bahawa suami saya sebenarnya seorang yang panas baran." Ironinya, mungkin pasangan itu telah bercinta (berpacaran) tiga tahun sebelum mereka berkahwin. Bayangkan, tiga tahun bercinta tanpa mengenal diri kekasih yang sebenar. Benarlah cinta itu buta.
Cinta kerana nafsu memang buta. Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat dan betul. Selama tiga tahun bercinta mungkin yang kita 'gunakan' cuma nafsu dan emosi bukan fikiran dan hati. Hasil, setelah tabir perkahwinan mula diangkat, tabir percintaan pun berlabuh. Realiti tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian.

Masa bercinta, warna sebenar – true colours pasangan kita tidak akan ketara. Dia boleh bermuka-muka dan rela mengikut selera, minat dan jalan hidup kita. Dan kita juga rela mengikut segala kehendaknya. Kita dan dia mabuk cinta! Namun semakin lama berumah-tangga, maka semakin ketara kelemahan dan kekurangan. Apakah dia umpama bulan yang dipuja dikejauhan oleh Sang sastrawan tetapi botak dan berlopak di mata seorang angkasawan?

Pada tahap ini, ramai yang mula menyesali diri. Mengapa dia yang ku pilih? Tanpa sedar bahawa pada masa yang sama, dia juga mungkin berbisik mengapa kita yang dipilihnya? Inilah bibit-bibit yang boleh meruntuhkan sebuah rumahtanga. Yang nekad, rela berpatah arang lalu menempuh jalan penceraian. Yang penakut, menunggu dengan resah memendam perasaan,tanpa ada lagi keceriaan. <----i hate dis sentence! Mereka (yg berumahtangga) bukan penakut tapi percaya pada Allah yang telah menjanjikan surga dan kebahagiaan.



Manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Untuk kita mengenal manusia (termasuk pasangan kita) kita terpaksa mengenali perubahan itu. Ah, ini suatu yang sangat sukar. Masakan tidak, untuk mengenal hati sendiripun acapkali kita tidak mampu, inikan pula hati orang. Sukar diduga dan ditebak.

Akibatnya, ramai orang yang berkahwin dengan orang yang 'tidak dikenalinya'. Bukan rupa zahirnya tetapi wajah batinnya. Disangka permata, rupanya kaca. Cuaca rumah tangga mula berubah. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Situasi inilah yang banyak berlaku dalam rumahtangga kini hingga menyebabkan (mengikut kajian) setiap lima belas minit berlaku satu penceraian!

Apakah cara mengenal manusia yang serba kompeks ini? Bagaimana menentukan dengan pasti bahawa pasangan yang bakal kita pilih itu baik orangnya? Ya, ada tiga cara:

1. Jadi orang baik.
Maksudnya, kita sendiri cuba sedaya upaya menjadi orang yang baik, Insya-Allah kita akan dikurniakan orang yang baik sebagai pasangan hidup kita. Ini janji Allah. Menjadi orang yang baik perlu diutamakan berbanding 'mencari' orang yang baik. Ia lebih mudah kerana menjadi orang baik bermula dengan diri sendiri.
Perlu diingat, janji mendapat pasangan yang baik bagi orang yang baik, bukan hanya berlaku pada awal perkahwinan. Mungkin pada awalnya pasangan orang yang baik itu belum begitu baik namun berkat didikannya, pergaulannya dan doanya maka pasangannya  itu berubah menjadi baik selepas mereka berkahwin.
Jadi, jangan putus asa sekiranya pada awal perkahwinan kita lihat pasangan kita belum benar-benar baik seperti yang kita harapkan. Sebaliknya, teruskan usaha untuk menjadi orang yang baik sambil mendidik dan mendoakan pasangan kita itu. Ingat, setelah berkahwin dengan kita, pasangan kita itu adalah cerminan akhlak dan keperibadian kita. Siapa mereka sebelum berkahwin dengan kita kurang penting berbanding siapa mereka setelah berkahwin dengan kita.
Justeru, tidak kira siapa dia sebelum berkahwin dengan kita, tetapi sebagai suami atau isteri kita komited untuk merubah diri kita sendiri terlebih dahulu seiring usaha merubah dirinya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka dengan apa yang kita dapat. Caranya, ialah dengan merubah diri kita terlebih dahulu, dan insya-Allah perubahan itu akan merubah pasangan kita ke arah yang sama.

2. Ikut pilihan orang baik.
Ada orang yang menyerahkan hak membuat pilihan kepada orang-orang yang dianggapnya sangat baik dalam hidup ini. Mereka meminta ibu-bapa, ustaz-ustaz, ulama-ulama atau sesiapa sahaja yang dianggap baik untuk memilih jodoh buat mereka. Mereka pasrah dan menyerah sahaja. Tetapi dengan satu keyakinan: Orang yang baik pasti akan memilih orang yang baik sebagai pasangannya.
Ibu-bapa, para ulama dan orang yang baik-baik sekali-kali tidak akan menganiayai kita dengan memilih orang yang 'jahat' sebagai pasangan hidup kita. Kaedah ini telah dipraktikan oleh anak-anak muda zaman dahulu yakni ketika nilai-nilai agama belum dicabar oleh nilai Barat yang kononnya menyanjung hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.
Pada pilihan orang yang baik, ada keberkatannya. Walaupun tidak ada cinta sebelum berkahwin, tetapi cinta selepas berkahwin jauh lebih suci dan indah. Cuba kita renungkan, betapa seringkali rumah tangga ibu-bapa yang berkahwin mengikut pilihan orang tuanya lebih kekal dan harmoni berbanding rumah tangga anak-anaknya yang kononnya berkahwin atas dasar cinta.
Inilah kaedah yang dipraktikan oleh Zainab yang berkahwin dengan lelaki yang menjadi pilihan bapanya (Rasululllah saw). Zainab akur atas pilihan itu kerana yakin akan sifat kasih sayang, amanah dan kebijaksanaan ayahnya. Dia yakin hanya orang baik (Rasulullah saw) mampu mengenal orang baik dan memilih orang baik sebagai pasangan hidup anaknya.
Justeru, sekiranya kita terlalu sukar untuk mengenali seseorang secara tepat, maka serahkan sahaja tugas itu kepada orang yang lebih arif untuk mengenalnya. Jangan cuba membuat penilaian sendiri. Bermuzakarahlah dengan orang yang baik-baik dan dirikan solat istikharah – pinta petunjuk daripada Allah setelah pilihan itu diserahkan ke tangan kita. Tidak akan kecewa orang yang bermuzakarah dan beristikharah!

3. Cintai Allah yang Maha Baik.
Kita tekad sahaja untuk mencintai Allah. Jangan pandang cinta manusia lagi. Buru cinta yang utama dan pertama (cinta Allah), insya-Allah cinta kedua, ketiga akan memburu kita. Apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan bila Allah telah mencintai kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita. Rasulullah saw telah bersabda:


"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)


Untuk mencintai Allah, kita wajib mencintai Rasulullah saw. Antara langkah-langkah menyintai Rasulullah saw itu adalah dengan banyak berselawat kepadanya, menegakkan sunahnya, menziarahi makamnya dan lain-lain lagi. Ini adalah ubat yang mujarab bagi isteri yang dikecewakan suami atau suami yang dipinggirkan oleh isteri. Jangan menagih cinta makhluk sampai kita derita dan sakit hati dibuatnya. Merajuk pada yang kasih, merayu pada yang sudi.Siapa lagi yang terus kasih dan sudi mencintai kita ketika semuanya telah berpaling kecuali Allah?
Ya, burulah cinta itu. Cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku, justeru tapak cinta itu di hati, bukan lagi di 'body'. Biarlah cinta pasangan kita berubah (walaupun kita terus berdoa agar tidak begitu), tetapi kita tidak akan berubah daripada menyintai Allah.
Yakinlah jika pasangan kita juga menyintai Allah, pasti dia dan kita akan disatukan-Nya semula. Jika tidak, relakanlah perpisahan itu. Jangan bersedih, kerana sesuatu yang tidak memanfaatkan pasti tidak boleh memudaratkan! 


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo