Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Juara Bolasepak Sukan Sea ke-26

‎"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about." - Ong Kim Swee.


Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana misi menebus maruah MALAYSIA berjaya! Tahniah kepada pasukan Harimau Muda yang bertempur di final Sukan Sea ke-26 menentang pasukan Indonesia di Jakarta semalam. Setelah menghadapi pelbagai kesukaran, provokasi, double standard serta penghinaan daripada pihak tuan rumah serta penyokong Indonesia khususnya, Pasukan Harimau Muda yang dipimpin oleh Ong Kim Swee akhirnya berjaya mematahkan sayap Garuda serta menrobek kebongkakan Indonesia dengan mendapat pingat Emas dalam penentuan penalty 4-3 setelah terikat dengan keputusan 1-1 (untuk masa 90 minit +30 minit).

Detik kemenagan: Harimau Muda bersorak kegembiraan apabila sah Emas milik Malaysia

**ehemmmmm ehemmm... uhuk ermmmm...**

Dh macam bunyi editor newspaper bahagian sukan lak ak neh..ekeke...ala, subjek ni kita kasi ayat serius sket la..mane tau Badrol ke, Khairul Fahmi ke, Ong Kim Swee ke terbaca, faham jugakla depa nak baca..akaka...

Anway aku dah terpacak kat gerai mamak dekat ngn rumah aku, semangat gilerrr! and gile kentang aku seorang perempuan, duduk meja sorg posisi paling dekat dgn tv, kedai mamak yg dipenuhi lelaki. Dan aku pakai jersi Malaysia warna biru sambil duduk depan skrin besaq! Wahahahaha...gilo apo aku neh-_-" blasah laaaaa...

But then thenks kat kawan aku ni yg bile nak start je game final, dia dh terpacak jugak kat mamak teman aku tgk bola..phewwww -__-"...nasib bek name dia terlintas kat kepala aku, klu tak keras aku tgk bola scr solo neh, sbb xley nak over la maaaakkkkk! dah ade mmbr aku ni ape lg, jerit la sekuat hati...hahaha...

Perlawanan yang dijadualkan bermula pada 8.30pm (waktu Malaysia) itu, dilihat rentak permainan Malaysia agak goyah di awalnya. Indonesia dengan tanpa berlengah-lengah telah cuba mengasak pertahanan Malaysia dan dilihat mendominasi permainan pada awalnya. Sehingga pihak tuan rumah berjaya membolos gawang Malaysia dengan tandukkan dari pemain pertahanan mereka, Gunawan Dwi Cahayodan yang menyumbang kepada gol pertama mereka pada minit ke-5.

Frust jugak aku tgk cara Malaysia main mase mula-mula tu. Aku pasti mereka merasa amat tertekan pada malam itu. Syukur juga Indonesia score sangatlah awal, so masih banyak lagi masa untuk Harimau Muda untuk bangkit semula melawan. Diakui Harimau muda tidak mudah patah semangat dan mempunyai kekuatan mental yang tinggi. Aku sangat bangga akan attitude anak muda seperti mereka ni. Mereka kemudian seolah-olah bangkit daripada mimpi lena dan menyusun semula rentak permainan mereka dan mula mengatur serangan. Hantaran bola dilihat semakin tersusun dan mereka mula bermain seperti dalam perlawanan terdahulu yang menang ke atas Indonesia pada peringkat kumpulan.

Pada minit ke-16 kita dikejutkan lagi dengan satu jaringan gol oleh Titus bonai, namun dinafikan jaringan itu oleh pengadil FIFA dari Jepun, Toto Minoru kerana dianggap offside. pergghhh...cuak mase tu, kalaulah Indonesia dapat score ke-dua waktu itu, pastinya agak sukar bagi anak buah Ong Kim Swee untuk megejar mereka.

Alhamdulillah, pada minit yg ke-33, gol yang ditunggu-tunggu oleh aku dan 28,334,134 rakyat Malaysia lainya, disumbangkan oleh Asrarudin Putra Omar, atas hantaran cantik oleh Badrol walaupun dia telah diasak dan diserang beberapa kali dan hampir jatuh, namun dengan azam yang tinggi beliau berjaya membawa bola menghampiri gol diluar patak penalti sebelum dihantar kepada Asra. yeayyyyy!!! GOLLLLLLLLLL! sekali gus telah menyepikan seluruh Stadium Gelora Bung Karno.

Tabik ar lu bro! Rakyat Malaysia yg sungguh tegar!

First half berakhir dengan score 1-1. Pada masa ke-2, kedua2 team tidak dpt menjaringkan apa-apa gol dan permainan berlarutan sehingga masa tambahan 30 minit; yang juga tidak menyumbang apa-apa gol. Kini masa penentuan sepak penalti.oh khairul fahmi....aku tau kami bole harapkan anda!!!!!!!! 

Kejayaan Malaysia dikecapi apabila bola sepakan Baddrol yang di tampan penjaga gol indonesia, akhirnya bergolek menerjah gawang pihak lawan. Siapa kata rezeki tidak datang bergolek...kan..kan.. kan...?

Bagi aku inilah match game yang paling stress pernah aku tgk..fuhhhh...dengan 4 gol "offside"; 2 malaysia dan 2 indonesia. Namun akhirnya kejuaraan milik kita. Alhamdulillah Malaysia berjaya mengekalkan pingat emas dan mematahkan keegoaan tuan rumah.

Pada akhir perlawanan 3 orang pemain Harimau Malaya iaitu Asrarudin Putra, Baddrol Baktiar dan Zubir Azmi pula diarahkan menjalani ujian doping. Ini menunjukkan ketidakpuasan hati pihak tuan rumah keatas kejayaan Malaysia kerana selalunya ujian ini dilakukan sebelum perlawanan bukan SELEPAS! Bagaimanapun Alhamdulillah semua pemain Malaysia bebas dari semua itu.

Terima kasih indonesia kerana :

01. atlit negara lain keracunan makanan
02. layanan atlit yang sakit di hospital macam rawat kambing
03. tak benarkan penyokong malaysia masuk stadium
04. tak benarkan wartawan malaysia buat liputan
05. pembukaan sukan sea yang tak best langsung
06. sikap penonton yang sangat PANDAI menghormati tetamu
07. perlawanan silat yang SUPER menarik dan sangat bermaruah
08. kereta kebal untuk pasukan malaysia
09. membuka mata dunia, realiti sebenar krisis malaysia - indonesia
10. malaysia dah ada 'geng'
11. mengurangkan satu jalur putih pada bendera malaysia, akibat kekuragan kain putih!

Walaupun Malaysia bukan juara keseluruhan pungutan pingat Sukan Sea ke-26 ini, namun kita semua (rakyat Malaysia) telah menarik lafas lega atas kemenangan ini; dimana ia dianggap sebagai "Ibu segala Pingat". Apabila kita berjaya menewaskan pasukan tuan rumah yang sememangnya kita tahu, "duri dalam daging" Malaysia selama ini. Lebih merasa berpuas hati kerana kita berjaya mengalahkan pasukan Indonesia di hadapan lautan merah putih, iaitu hampir 100 ribu penyokong fanatik yang mahukan pasukan mereka menang keatas Malaysia.

"Winning is important but it isn't everything. Certainly there must be honour and respect. Open hatred towards your guests is totally unacceptable and a total disgrace."

Pengajaran penting yg kita dpt drp kejayaan HM tersimpul dlm hadis Nabi saw: Allah bila nak beri kebaikan kpd hambaNya, d mulai dgn musibah. Pasukan HM mengharungi ujian getir bermula dgn jadual perlawanan di ubah2, tempat latihan terlalu jauh, d hina media tempatan, d ganggu dlm perjalanan ke Gelora Bung Karno, etc. Justeru, jika ada d antara kita yg hadapi sebarang masalah atau ujian, besabarlah, betulkan niat n amal, doa yg kudus, buat yg terbaik n tawakkal kpd Allah. Kejayaan insya Allah menunggu kita. Wassalam.

sumber gambar: Zuhairi Firdaus

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo