Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Tuesday, November 15, 2011

Apa yg menjadi peganganku?

Aku tersedar
Satu perkara yg aku belum tahu
Telah khatam Al-Quran ketika 13
Tapi hanya membaca tanpa pengertian
12 tahun berlalu
Baru kini ku sedar
Bahawa aku tidak tahu apa yg telah dibaca
Pasti kita pernah mendengar
"Al-Quran itu petunjuk hidup, pegangan buat yg beragama Islam"
Tapi apakah kita tahu apa yg tercoret di dalamnya?


Firman Allah
“…maka apabila kamu membaca al-Quran, hendaklah kamu memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam” [An-Nahl :98]

Isti'azah ialah semua lafaz-lafaz atau bacaan-bacaan untuk meminta perlindungan kepada Allah samada ta'awwuz atau lain-lain.

Ta'awwuz ialah lafaz
"A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim".

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, “Bahawasanya Rasulullah S.A.W menyebut a’uzubillahi minasy syaitonir rajiim sebelum membaca al-Quran”.
(Hadith riwayat Abdur Razzaq dalam Al-Musannaf dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Irwa’).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo