Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Monday, September 5, 2011

Ungkapkan "Maaf"

"Minta maaf kalau ada salah dan silap"

Perkataan maaf sungguh susah untuk kita luahkan. Terutama pada mereka yang pernah melakukan kesilapan kepada kita. Yang mana kesalahan mereka dulu, menjadi duri dalam hidup kita. Menjadi titik tolak perubahan pada kehidupan kita. Ungkapkan perkataan 'maaf', nescaya setiap kesalahan itu akan menjadi seperti kabus yang hilang pabila terbitnya sang mentari.

Bermaaf-maafan adalah jalan terbaik. Bermasam muka cuma merugikan kita. Allah murka, tapi shaiton bersorak sakan. Bukan niat nak menjadi talam dua muka, cuma hidup akan menjadi lebih indah jika kita lupakan kesalahan lama.

Bulan Syawal merupakan masa paling ideal untuk bermaaf-maafan. Iye btol, aku tidak sangkal yang kita juga boleh bermaaf-maafan tidak kira apa masa dan di mana-mana sekali pun, bukan hanya pada bulan Syawal sahaja.

Kenapa bulan Syawal aku kata waktu ideal untuk bermaaf-maafan? Kerana aku faham, sama juga seperti aku, kita ada hati yang kecil serta perasaan malu, ada juga terselit keegoan. Kadangkala tidak la marah sangat dengan individu tersebut. Cuma disebabkan ada perasaan itulah kita tak berani nak minta maaf di hari-hari biasa. Kadangkala bila dah buat silap, kita cuba menjauhkan diri dari org yag kita benci dan tidak ada niat langsung nak minta maaf. kadang-kadang buat tak tahu dan tak faham aje-_-"

Memang tradisi masyarakat melayu, apabila tibanya hari raya, kita akan bermaaf-maafan jika bertemu, Jadi mmg sangat ideal la detik ni kita gunakan sebaiknya. Sekurang-kurangnya, perasaan janggal tadi berkurangan, dan mungkin juga sbb dah jadi 'Kisah lama', so ok dah kot..hehe...

Sudah nyata lagi jelas, setiap insan yang lahir ke dunia, tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Jadi maafkan semua, sedangkan Allah terima taubat hambanya. Siapalah kita, manusia kerdil di samping Allah untuk menghakim. bak kata seniman Malaya "buang yang keruh ambillah yang jernih". Jadi mari kita berbaik-baik sesama mausia, agar hati menjadi lebih tenang dan aman.

Buat kenalan yang dulu rasa aku benci pada kamu, bertegur sapa lah dengan aku yaaaa….bukan apa, aku ni jenis yg agak berat mulut orgnya (kalau face to face). Jadi kalau korg tegur aku, Insyallah, aku akan balas dengan senyuman (sengihan aku..ekeke). Iyela, org tegur takkan aku buat tak tahu je kannnn?? Buat kenalan baru, Salam perkenalan di hulurkan :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo