Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Thursday, October 28, 2010

Appreciate

Ada seorang wanita memberikan cadangan kepada kekasihnya untuk hidup tanpa dirinya; dimana wanita itu meinta kekasihnya untuk tidak berkomunikasi antara mereka selama sehari..

Dia berkata pada kekasihnya..

"kalau kamu dapat melewati itu, aku akan mencintai kamu selama nya.."

Kekasihya pun setuju, dia tidak sms mahupun menghubungi wanita itu seharian..

Namun, tanpa dia ketahui bahwa teman wanita hanya memiliki 24 jam untuk hidup..Wanita itu mengidap penyakit kanser..

Keesokan harinya teman lelaki pergi ke rumah wanita. Air matanya pun tiba-tiba menitis melihat wanita itu terbaring dengan surat di tangannya yang tertulis..

"Kamu Berhasil Sayang..
Bolehkah kamu lakukan itu setiap hari?? I LOVE YOU.."

Moral of the Story ^_^"

Don't Ever lost contact with someone you care, you'll never know what's gonna happen the next day, or the day after that. Even a single "hi" or a "good morning" Before you know that someone is no longer there....One day i might leave dis world too, but i'll leave without forget 2 tell all of u how much that i love and appreciate u all...i really do!

Love ♥

Monday, October 25, 2010

Percaya

Aku percaya ini bukan cinta!

Bila masa banyak terluang kita tends untuk mencari teman. Naluri aku kuat mengatakan aku bukan pun jatuh cinta dengan dia. Cuma itulah, dia yang mudah untuk aku dampingi. So, bile aku boring aku cari dia lah. Itulah reality.

Tapi seperti yang aku kata dahulu, cinta dapat hadir jika dipupuk, so itulah yang aku risau sekarang. Ini yang membuatkan aku macam cacing kepanasan. Aku dah tak boleh duduk diam.

Sekarang mahu mencari kegiatan yang boleh diisi bila waktu-waktu takde keja. Bisnes? Bisnes ape nak buat?

Aku juga sudah mencari-cari tempat kerja baru kerana tempat kerja sekarang ni banyak masa terluang and agak boring. Aku nak cari kerja yang buat aku lebih busy n gaji pun lebih masyuk!!haha…bile la aku nak dapat berdamping dengan kekasih hati jepun aku ni, ohhh si honda city…hehe..bile gaji dah mencecah 3k I amik g u kay! Hahaha…


"Malam ini ku lihat bulan tak terjatuh lalu terurai. Ku nggak ngerti apa yang harusku lakukan. Hari ini aku putuskan untuk jauh ku langkahkan kaki untuk pergi dari dirimu. Biarkanlah kan kubawa sejuta harapan yang indah yang pernah kita lalui saat bersama. Ku harap kau bisa mengerti cinta kita tak direstui. Malam ini harus rela ku pergi. Maafkanlah kekasih, ku harus tinggalkanmu meski ku tahu ini menjadi kau sakit hati. Relakanlah kekasih tutup air matamu. Semua ini aku lakukan untuk kebaikanmu."


Misconception

♥When a man treat a woman good, doesn’t means that he love that woman.
Namun, wanita sering jatuh hati dengan lelaki yang berbuat baik dengan mereka. So, man! Please take note! Kalau you bukanlah suka kat sorang perempuan tuh, jangan terlampau baik sangat dengan dia. Wanita pantang diberi perhatian dan suka dilayan dengan baik. Mereka akan jatuh cinta!

♥When a man introduce a woman to his family, doesn’t means that that he love that woman.
Kita selalu percaya bahawa bila lelaki itu, memperkenalkan seorang perempuan kepada ahli keluarga, saudara terdekat dan kawan-kawannya, itu bermakna lelaki tersebut mengambil serius dalam perhubungan mareka. Ini adalah mitos yang paling teruk. Lelaki itu belum tentu benar-benar serius dalam perhubungan. Tapi kalau boyfriend kamu tidak mahu memperkenalkan langsung kamu kepada family nya, hahaha..Baik kamu berjaga-jaga sebab kamu mungkin girlfriend ke-2 or ke-3 dia =P

♥When a man make swear to a woman, doesn’t means that that he what he said is true.
Lelaki ni mereka menganggap perkataan "sumpah" sebagai suatu yang berat. lelaki never simply say "i swear" if it isnt true. Tapi dalam keadaan terdesak sgt, diorang ni tetap jugak menggunakan perkataan ni untuk mendapatkan kepercayaan si gadis untuk erita-cerita rekaan mereka. So, pandai-pandailah korang nak menilai kebenaran sesuatu 'Claim' lelaki ni yer...huhuhu..

Wednesday, October 20, 2010

Kalbu

Ku genggam semilir malam tika rembulan menyinari. Lalu, ku menadahkan kata cinta nan suci dan akan ku hembuskannya tika malam syahdu. Kerana dalamnya kasih sedalam lautan, setinggi mentari tak mampu digapai oleh khayalan insani cuma di naluri. Katakan bara melecur diri, bisa memercik jalan nan luka dengan selasih balut pedih ngeri, tiada berpaling setia. Adalah sejarah jadi saksi bulan bintang menghangat kasih suci. Kita pun terpaut dan bersatu dalam bebayang mimpi berseri. Ku layarkan asmara di pelabuhan setia, akan ku rentangkan sang pelangi suci yang pastinya anggun di hati bertamu di kalbu.

♥♥ Jaclyn Victor ♥♥

Tuesday, October 19, 2010

First Love: Biarkanlah~

"The first drop of dew on an untouched leaf, of the feeling makes it special and unforgettable."

First love is something so special to all of us, both emotionally and physically that it touches our lives and enriches them forever. Hurmm.. So that's y lah cinta pertama sukar untuk dilupakan. One could fall in love many times during the course of a lifetime, but the first rush of love always holds a special place in our heart.

I thought I boleh lupakan die totally but I’m wrong. Tiba-tiba rase sebak rasanya melihat diorang. Dia yang dulu milikku namun kini dimilikki orang lain, kata-kata manis nya yg dulu milik aku telah diberikan kepadanya. Tak ada apa lagi yang tinggal untukku, hatinya pun telah diberikan jua..

"Akhirnya mereka bersama..Biarkan lah~"

Mungkin sebab pernah bercinta lama dengan dia. Lima tahun merupakan tempoh kami menjalin cinta. Dah la 1st love. Mungkin sebab tuh masih terkenang..

"The memories of long love gather like drifting snow, poignant as the mandarin ducks who float side by side in sleep."

Namun semuanya telah berlalu pergi. Kita tak dapat nak paksa org untuk always syg kita. Aku takada kuasa magic utntuk buat dia menyintai aku sepenuhnya dan selamanya..

Macam-macam komen yg aku terima..

"Huhu...ko ni...tak payah amek tau de. orang gila tuh.."

Walau apa pun dia tetap pernah jadi sebahagian daripada aku. Kami pernah bercinta, berkongsi hati, harapan dan kasih sayang. Dia pernah menjaga aku dengan baik suatu ketika dahulu ketika cintanya masih milik aku. Tidak adil bagi orang lain untuk berkata begitu.

"No love, no friendship, can cross the path of our destiny without leaving some mark on it forever."

Ada juga kadangkala aku teringatkan bibit-bibit cinta bersama dia. Sangat indah sekali. Namun, keindahan itu sementara dan aku selalu percaya bahawa dia bukan yang tercipta untukku. Kenangan itu akan sentiasa bersama aku. walaupun dia tidak lagi bersamaku, walaupun cintanya tiada lagi untukku.

Waktu aku tahu cintanya bukan lagi untuk aku, memang sakit kerana takda siapa yang tidak mahu kekalkan relationship. Tapi itulah nak buat camna kita sering mahu mencari yang lebih baik, tak pernah rasa cukup dengan apa yang telah dimiliki.. itu lumrah dunia..

Teruk jgk aku dlu tp kwn2 byk tlg.. setiap kali kecewa, kawan-kawan suka bawa aku jalan-jalan. Pernah sekali waktu kecewa, kawan bawa aku jalan pegi Jusco di Melaka. Waktu tengah makan aku menagis teresak-esak...hahaha..

Sepanjang percintaan kami selama 5 tahun, dia sering berikan hatinya juga kepada wanita lain. Aku sering mengalah dengannya. Aku tak pernah menghalang kalau dia nak tinggalkan aku untuk bersama wanita yang lain dan kemudian kembali kepada aku. Sebab bagi aku cinta tidak boleh dipaksa, jika dia adalah untukku, dia akan kembali kepada aku. Namun sering juga aku pikirkan..

"Macam mana kalau sudah kawin? Bagaimana kalau dia
jatuh cinta lagi dengan wanita lain?
Apa akan terjadi pada aku nanti?
Mcm mana kalau bile dh ada anak pula nanti?"

Lps telah bertekad untuk meninggalkan dia, aku selalu berdoa lps solat supaya hilangkan rs syg dekat dia. Alhamdulliah.. doa aku termakbul. Namun, bbrp bulan lepas tuh dia cari aku semula tp aku tak dapat nak terima dia lg sbb dh takde cinta utk dia lg. T_T

Selepas itu, telah berkali-kali dia mengajak aku untuk bertemu. Tetapi setiap kali itulah aku menolak. Aku takut jikalau aku bertemu dengannya, aku akan jatuh hati semula dengannya, macam dahulunya. Sehinga suatu hari atas nasihat seorang teman, aku tekad untuk berjumpa jua dengannya untuk face to face ceritakan yang sebenarnya dan selesaikan semuanya.

Aku masih ingat lagi suasana malam itu. Dia bawa aku pergi ke Mydin, Melaka. Kemudian, kami ke Subaidah, sebuah restoran mamak yang terkenal di Melaka. Satu soalan yang ditujukan kepada aku..

"U sayang i x?"

Aku cuma tundukkan muka sahaja sambil makan dan berkata

"Tak.."

"kalau betol, kenapa u tunduk? pandang muka i n cakap"

Air mata dah mula menitis...dengan sgt deras sebab itu aku masih tak memandang ke arah dia...ramai orang tengok i menagis sambil menyuap makanan

"Tak..dah tak ada rasa itu lagi..dah hilang..dah takda cinta untuk u lagi.."

"Tengok i..Mana u tahu? u tipu kan?"

Sambil air mata deras menjurai, aku tenung tepat ke matanya..

"Tak! memang dah tak ada..dulu i selalu teringat kan u..mcm bila i bau perfume lelaki lain, i selalu teringat u..tp skrg dh xde lagi..bila i nampak perangai lelaki lain macam perangai u, i selalu senyum sendiri teringat kat u...n mcm2 lagi..tp semua tuh dah tak ada..maafkan i.. tak sangka ini pengakhiran bagi hubungan kita..i tak mahu semua ini jadi mcm ni..u yang buatkn i buat keputusan mcm ni..sekarang dah terlambat..maafkan i.."

Itu adalah kali terakhir kami bertemu. Kadangkala ada juga dia menghubungi aku. Tapi tah lar, bile terima cal dia, aku rasa mcm tak nak angkat jer. Bila angkat pun i tak rase mcm nak ckp dengan dia. Rase macam meluat pun ade. Kalau dulu, mmg aku tunggu-tunggu dia telefon. Mungkin benar sayang atau cinta untuknya telah tiada lagi. Cuma yang tinggal hanya kenangan indah.

"i dun miss him. I just miss who i thought his was."

Sekarang dah hampir 2 tahun kami dah tak bertemu n i believe we have moved on ^_^ The heart is the place where we live our passions. It is frail and easily broken, but wonderfully resilient. There is no point in trying to deceive the heart. It depends upon our honesty for its survival.

We are not living if we are not moving foward. You can remeber everything so clear as it seemed but that was the past. If you stay stuck in the past, you can't move on into the present because you r too insecure or sad and you won't be able to have a future, in which case your life is just in pause. We r all growing older, and our life passes us by. So please guys! Enjoy your life cause life is short!

"Bila cinta kini tak lagi bermakna yang ku rasakan kini hanya lah nestapa ditinggalkan cinta masa lalu. Dulu kau tawarkan manisnya janjimu dan ku sambut itu dengan segenap hati ku hingga kau pergi tinggalkan ku. Hilangnya cintamu menusuk hatiku hingga ku memilih cinta yang fana. Perginya diri mu merobek jantungku hingga ku terjatuh dalam harapan."

Monday, October 18, 2010

Trouble

Love can be a many splendor thing. We can't deny the joy it brings likes a dozen roses, dreams for sale and fairy tales. It will make you hear a symphony and you just want the world to see. But love is like a drug that makes you blind, it'll fool you every time.


Now I was once a fool, it's true, I played the game by all the rules but now my world is a deeper blue. I'm sadder, but I'm wiser too. I swore I'd never love again and I swore my heart would never mend to say love wasn't worth the pain but then I hear it call my name, again.

Every time I turn around, I think I've got it all figured out. My heart keeps calling and I keep on falling over and over again. This sad story always ends the same, where me standing in the pouring rain. It seems no matter what I do, it tears my heart in two.

The trouble with love is it's in your heart. It's in your soul. It can tear you up inside. It makes your heart believe a lie. It’s stronger than your pride. It doesn't care how fast you fall, you won't get no control. You can't refuse the call. See, you got no say at all!!!!

Wednesday, October 13, 2010

Jangan Ego Sangat!


Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku,

“Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…"

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia.”

Itu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu.

“Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau.”

Hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis

“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”

Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya..

“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf.”

Pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?”

Jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok.”

Ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?”

aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi.”

Pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Tuesday, October 12, 2010

Dia~

"Love is as much of an object as an obsession, everybody wants it, everybody seeks it, but few ever achieve it, those who do will cherish it, be lost in it, and among all, never ever forget it."

Dulu waktu zaman study, waktu tuh I belum pakai kereta, so I always travel by bus. Well korang tau lah, bile gune bas ni kena lar ikot schedule diorang. Kengkadang cepat n kengkadang lewat sampi berjam-jam. Huhu! So untuk mengisi masa yang terluang waktu itu adalah dengan memerhatikan gelagat orang yang ada di stesen bas. Warga Malaysia ni tak kurang hebatnya, macam-macam jenis gelagat orang dapat diperhatikan. ^.^

Aku duduk di suatu sudut sambil memperhatikan orang yang berlegar-legar dan sibuk dengan hal-hal sendiri. Kadangkala terlihat pasangan yang bercinta. Dari pasangan itu, sesekali ada juga si jejaka menoleh kearah aku. Seringkali juga aku terlihat jejaka yang berupa kacak dan aku perhatikan sahaja dia.

Dari situ terdetik sesuatu di dalam hati.

“Wujudkah cinta pandang pertama yang sering dikatakan org?”

Cinta itu wujudnya di dalam hati. Tapi bukan secara tiba-tiba. Ia dipupuk oleh perasaan dan perbuatan. Dan apabila cinta itu telah singgah di dalam hati, sungguh payah untuk ia disingkirkan.

Macam itulah lelaki dari pasangan tadi, kalau I pikat dia pun, dia takkan semudah itu terpikat dengan I dan meniggalkan kekasihnya, kan? Mungkin kalau I minta no telefon dan menghubunginya beberapa kali dan dia selesa dengan i. “Mungkin” selepas perasaan suka akan timbul tapi itu juga belum tentu dia mahu meninggalkan kekasih hatinya demi aku yang baru sahaja dikenalinya.

Untuk lelaki yang berwajah kacak pula. Walaupun dia kelihatan seorang tanpa ditemani sesiapa, siapa tahu hatinya telah dimilikki. Mungkin jua hatinya belum dimilikki, namun bukan mudah untuk seseorang jatuh hati dengan sekali pandangan.

Cinta bermula, cinta bersatu, cinta berkecai adalah dengan dua usaha. Cinta adalah antara dua hati. Ia adalah melalui dua usaha yang akhirnya menjadi satu. Bak kata perpatah, masakan bertepuk sebelah tangan berbunyi. Cinta itu bersemi indah bukan atas usaha satu pihak sahaja. Ia memerlukan dua usaha. Tanpa satu pihak lagi takkan terbuah hasilnya.

Begitu lah juga cinta yang berkecai. Cinta itu berkecai pula, bukan dengan mudah; ia mengambil masa dan melalui perbuatan. Jadi bila cinta itu sudah tiada, terimlah dengan redho kerana telah tertulis dia bukan milik kita. Biarkanlah cinta itu berlalu pergi bersama masa.

"Hands down there will never be another one. I been around and I never seen another one. Baby you the whole package and you keep it real while them other stay plastic. You're my wonder women call me mr. Fantastic. stop.. now think about it! I’ve been far away. Back home down in town but you always steal the show and just like that girl you got me froze like a Nintendo 64. If you never knew well now you know that beautiful girls all over the world, I could be chasing but my time would be wasted. They got nothin' on you baby. They might say hi and i might say hey but you shouldn't worry about what they say cause they got nothin' on you baby. Everywhere i go, I’m always hearing your name and no matter where i'm at, girl, you make me want to sing. Whether a bus or a plane or a car or a train, no other girls on my brain and you the one to blame."

Friday, October 1, 2010

Mine

I gained his trust but not his love,
I may have all his attention but not his affection,
lately I just realized that his love can never be mine,
so why would I try so hard forcing myself to someone,
If I already know that his the wrong one...

Sometimes when we met someone it's hard just to leave them behind, especially when we already love them. But why is it like that? Do we really have to meet them if their not really meant to stay with us?

"Kutuliskan kesedihan; semua tak bisa kau ungkapkan
dan kita kan bicara dengan hatiku...Buang semua puisi antara kita berdua...
Kau bunuh dia; sesuatu yang kusebut itu cinta...
Yakinkan aku Tuhan dia bukan milikku.. Biarkan waktu, waktu hapus aku..
Sadarkan aku Tuhan dia bukan milikku..
Biarkan waktu, waktu hapus aku..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo