Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Wednesday, September 28, 2011

4sqr pulak!

Oh! Perkenalan ini bermula pada 16 Sept 2011. Aku kenal dengan jejaka ni melalui 4sqr. Dia add aku kat 4sqr pada awal pagi 16 sept, so waktu aku terjaga pagi dlm pukul 9 am, aku just accept je dia as friend kat 4sqr.

Around 10.30am, aku bersiap-siap keluar untuk bersarapan di McD. So, aku pilih McD dekat area The Curve untuk melepaskan kegianan mkn Sausage McMuffin + Milo Ice. Mmg dah berminggu-minggu mengidam nak breakfast kat McD.

Selesai order makanan, aku pun mengusung tray makanan berisi makanan yang aku nak sgt makan tadi...huhu..hepi sgt2..Aku pilih satu corner ni sbb tmptnye agak tersorok, so xde la aku janggal sgt breakfst sorg diri..
Aku pun apa lagi, buat la rutin as usual, check in mane yang patot..then ade email masuk..... Guy yg aku accept frient td hantar komen pada check-in aku tadi.
Bermula dengan..
"Thanks u"

Kemudian berbalas-balas komen. Berlarutan sehingga ke Whatsapp pulak..rancak pulak kitorg berborak. Feelings? Xde la pulak, sbb currently aku 'tersuka' org lain. Aku terima siapa sahaja, tak kira siapa, mybe he's my 'future'. Siapa tahu kan. Tak salah berkawan n mencuba. Tapi kali ni aku cuba untuk behave
" Tak salah berkawan, tapi jgn cepat sgt jatuh hati..pesanan untuk kawan-kawan dan terutamanya utk diri sy sendiri"
Berkenal-kenalan as usual, dia sorg yg 
-buat marketing utk sebuah subsidiaries Petronas (checked!).
-Agak social org nye(Tetttt!), 
-not smoking(checked!), 
-don't go clubbing (checked!)
- don't get drunk (checked!) 
-don't take drug(checked!)
Dah ok dah dia ni..tp rilek dlu...
Around pkol 12.30 pm dia inform yg dia mintak diri dlu, katanya nak mandi n I believe dia nak pegi menunaikan Solat Jumaat. Bgs2..
Kemudian malam around 8.15 pm, dia menyapa aku kat Whatsapp lagi. Yup! I'm hepi, tapi jgn Hepi sgt Nisa! Haha..
Berborak-borak lanjut hingga ke pukul 2am. 
Tomorrow morning aku rasa mcm tak sedap hati, dia g check in kat AU2, keramat jaya which he told me that parents dia mmg asal sane. Aku macam nak sapa dia, tp aku kata pada diri sendri "Xapa, tunggu dia sapa aku, baru la respond."
Sampai tengahhr, dia tak sapa jugak. Fine! I should noe something. Aku pun check 4sqr, ade email add dia. Heeeee:D
Menjadi lebih senang kerja bila fb dia tak private wall. Then I saw this status "17Sept11". I looked at my watch, yup! It's today....hahahahaha..
U noe wat, dia Engaged hari ini (which 17Sept)..
OMG! I'm so shock! 

Mane tak aku terkejut, smlm bkn main rancak sampai ke 2 am. tuptup aku dpt tau dia tunang hari tu..hahaha..lelaki..lelaki..jahanam! hahahaha...
Bengang jugak la tp aku behave, iyela sape aku nak marah-marah kat dia pulakkan? huhu..so just shutup jela..tunggu dia sapa lagi..

Elok pukul 5.00pm, ringtone whatsapp kedengaran. haha. itu mesti dia!

Mmg betol pun. serious jahanam. hahaha...

"U buat ape u?"
" xde apa2. duduk rumah je  whole day. ade org dtg rumah. u plak g mane?"
"I kat kuantan ni"
"Eh buat ape kat kuantan? jauh berjalan? pegi kenduri kawin ke?"
" a ah u.. pegi kenduri kawin mmbr
" but dis morning saw u checked in kat keramat"
"Owhh..gather ngn mmbr kat keramat, kumpul kat sane, sekali gerak"

Perghhhhhh. see jawapan mamat ni. betol lah.. tp aku rilek lg, kitorg sambung borak lg. then ade satu conversation yang buatkan he request to play "truth or dare". mesti korg tau kan?




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 15, 2011

cinta akhir hayat

Sekali lagi hati bertanya lagi..
Bilakah agaknya dia akan hadir..
Aku langsung tidak kisah yg terdahulu
Yang terdahulu mengecewakan..
Aku cuma memikirkan kau yang pasti..
Akankah engkau hadir?
Adakah ada kau yang tercipta?
Atau engkau telah tinggalkan muka bumi ini terdahulu..?
Aku berharap dia ada..
Tp aku tidak tahu..
Aku tidak pasti..
Bukanlah paras rupa yang aku mahu
Bukan kekayaan dunia yang mahu ku milikki..
Tapi hadirmu di sisi dengan mencurahkan kasih sayang yang tak berbelah bahagi sehingga ke akhir hayat ku..
Dia yang mampu membimbingku dan bersama-sama aku mencintai Allah...
Ya Allah..
Kau ketemukanlah aku dengan jodohku..
Janganlah kau halang pandangan kami..
Kau bukalah cinta antara kami..
Dan kau kekalkanlah kasih-sayang kami..
Amin ya rabbalalamin...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, September 9, 2011

Kejadian.5.Sept

Surprise! Happy Birthday to you, Cik Jue Oh Jue!!!


Hari lahir kawan baik aku; cik Juliza Hartini Bt Johari. Dah tua setahun lagi cik kak tu..hehe..well, ini serba sikit gambar n kronologi kejadian tu..


Aku la punya idea 'kejadian 5 sept', Sue pulak pengikut terbaikkk...en Tal aka tunang jue, komplot terbaik!!! So mmg jadi la konspirasi kitorg..haha..paseh aka bf sue follower terbaik..

Actually xde pun plan nak buat surprise..aku dh nampak mlm tu somebody wish birthday kat jue, tp sebab kan aku letih sgt malam tu, iyela br lepas sampai Mutiara Damansara dari balik cuti raya di Seremban n esk pula dah start kerja. So aku teruskan niat tidoq tanpa wish birthday.

Keesokkan harinya, aku tgk semua org dah wish.. Tp aku tak sempat nak wish, sbb byk kerja.. N jue ckp die bengang sbb aku dok komen kat status org lain, tp xwish pun birthday dia..haha...teruk2 aku ni...ekeke...

Bile dah ade free time nak bukak fb dia..Then ternampak someone ni dah wish Jue..haiyaaa..aku yg dh lame kenal Jue pun tak wish lg..xley dah nak wish..tercabar siottttt! Ekeke...

So aku apa lg pick up fon, bbm sue..ajak sue celebrate birthday cik Jue oh Jue kita ni..hehehe...

Plan asal nak buat surprise kat Jue time die bersama tunang g dinner..tp biasa la plan surprise tak penah nak ikot real plan. So tukar plan B!

Terjah dia kat bawah blok rumah mrk kat Flat Tmn Melati blok C10.. Tunggu punya tunggu dari pukul 10.30pm sampai 11.30pm, tak sampai2 mrk ni..aku dh la whole day tak mkn pape lg..pastu dok tunggu di celah2 kereta..semakin lama semakin byk nyamuk, perut pun main muzik mengikut rentak irama cik nyamuk..haha...


Then around pkol 11.40pm, muncul dah kereta cik jue yang dipandu en tunang..haha..kitorg pun apa lg..cpt2 la menyorok sambil mecangkung di celah2 kereta..hahaha...Bila diorg dok sibuk nak punggah brg2 dr bonet kereta, aku pun terjah bw kek sambil nyanyi lagu 'hepi besday' hehe...yeahhaa..mission accomplished!


Finally kitorg g mkn kat oldtown white coffee kat area setapak near danau kota...perghhhh lapau..hehe..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Relationship

"In relationship, it takes 2 hands to clap, but one hand to slap."

Aku terluka. Sungguh ku sangka tak mungkin terjadi sekali lagi. Dulu kau kata tak mungkin aku kan kecewa kerna hatiku akan kau jaga. Pernah ku sangka, inilah cinta yang terindah dalam sejarah. Apakan daya aku yang menanti pelangi, mengharap engkau yang pasti dan aku menangis lagi. Apakan daya aku si bodoh yang percaya kata-katamu. Puas di depan mata terbukti engkau lah pendusta dan bagimu hatiku tiada makna. Kecewa untuk kesekian kalinya. Aku kecewa pedih dan tak mungkin dapat kau faham sakitnya. Ia punca segala, cinta kita kau persenda. Pergi kau pergi! Tinggalkan aku menangis lagi! Tapi luka aku tidak terus ratapi. Ada luka-luka kecewa dan aku tahu. Ku tahu dalam hatiku takkan bisa merubah segala-gala.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, September 5, 2011

Ungkapkan "Maaf"

"Minta maaf kalau ada salah dan silap"

Perkataan maaf sungguh susah untuk kita luahkan. Terutama pada mereka yang pernah melakukan kesilapan kepada kita. Yang mana kesalahan mereka dulu, menjadi duri dalam hidup kita. Menjadi titik tolak perubahan pada kehidupan kita. Ungkapkan perkataan 'maaf', nescaya setiap kesalahan itu akan menjadi seperti kabus yang hilang pabila terbitnya sang mentari.

Bermaaf-maafan adalah jalan terbaik. Bermasam muka cuma merugikan kita. Allah murka, tapi shaiton bersorak sakan. Bukan niat nak menjadi talam dua muka, cuma hidup akan menjadi lebih indah jika kita lupakan kesalahan lama.

Bulan Syawal merupakan masa paling ideal untuk bermaaf-maafan. Iye btol, aku tidak sangkal yang kita juga boleh bermaaf-maafan tidak kira apa masa dan di mana-mana sekali pun, bukan hanya pada bulan Syawal sahaja.

Kenapa bulan Syawal aku kata waktu ideal untuk bermaaf-maafan? Kerana aku faham, sama juga seperti aku, kita ada hati yang kecil serta perasaan malu, ada juga terselit keegoan. Kadangkala tidak la marah sangat dengan individu tersebut. Cuma disebabkan ada perasaan itulah kita tak berani nak minta maaf di hari-hari biasa. Kadangkala bila dah buat silap, kita cuba menjauhkan diri dari org yag kita benci dan tidak ada niat langsung nak minta maaf. kadang-kadang buat tak tahu dan tak faham aje-_-"

Memang tradisi masyarakat melayu, apabila tibanya hari raya, kita akan bermaaf-maafan jika bertemu, Jadi mmg sangat ideal la detik ni kita gunakan sebaiknya. Sekurang-kurangnya, perasaan janggal tadi berkurangan, dan mungkin juga sbb dah jadi 'Kisah lama', so ok dah kot..hehe...

Sudah nyata lagi jelas, setiap insan yang lahir ke dunia, tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Jadi maafkan semua, sedangkan Allah terima taubat hambanya. Siapalah kita, manusia kerdil di samping Allah untuk menghakim. bak kata seniman Malaya "buang yang keruh ambillah yang jernih". Jadi mari kita berbaik-baik sesama mausia, agar hati menjadi lebih tenang dan aman.

Buat kenalan yang dulu rasa aku benci pada kamu, bertegur sapa lah dengan aku yaaaa….bukan apa, aku ni jenis yg agak berat mulut orgnya (kalau face to face). Jadi kalau korg tegur aku, Insyallah, aku akan balas dengan senyuman (sengihan aku..ekeke). Iyela, org tegur takkan aku buat tak tahu je kannnn?? Buat kenalan baru, Salam perkenalan di hulurkan :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo