Love leaves for a reason, but never without a lesson...
Kelapan-lapan entry dalam blog nie i dedicate untuk dia. Entry yang ini pun untuk dia juga. Dulu kau pernah merungut yang aku tak pedulikan dirimu, seperti aku mahu memainkan diri mu. tapi kau tak tahu setiap degupan jantungku, kelibatmu sentiasa melintas difikiran aku. Juga setiap apa yang ku lihat disekeliling sering membuatkan ku mengenang dirimu. Cuma aku tak tahu bagaimana harus aku tunjukkan cintaku padamu, kerana aku takut, kerana aku tahu bahawa kau bukan milikku, kerana ku ragu akan cintamu....
Semua rasa ini akan ku kuburkan dalam hatiku, akan ku simpan jauh dari fikiranku. Cuma dengan mu ya Allah aku serahkan hidupku. Walau kau tak akan ada lagi untuk menjaga dan berada disisiku, akan slalu ku kenang mu dalam setiap doaku agar kau berubah. Aku tak mahu kau jadi begini, tak berarah, sesat dan terus sesat dalam kemahuan mu..
"Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi-mimpimu. Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku. Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi. Satu pintaku jangan kau cuba tanyakan kembali rasa yang kutinggal mati seperti hari kemarin saat semua disini.."
Mungkin suatu hari nanti aku akan melupakanmu, namun aku akan termimpikan kau dalam tidur malam ku. izinkan aku berbuat begitu..
"Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat belajar daripadanya"
Ini adalah kata-kata pujangga dari seorang teman, akan ku ingat setiap kali aku mengingati kau, setiap kali aku merindui kau, setiap kali aku menangis perpisahan kita, setiap kali berfikir bagaimana cinta mu beralih arah.
"kalau asik salah camno?"
Soalan yang ditujukan kepada aku dari seorang sahabat. Lalu aku menjawab.....
"Mungkin kita selalu berada di bawah tp percayalah Allah itu Maha Adil. telah dijanjikan jodoh itu, telah dijanjikan pasangan mu. Suatu hari nanti akan diketemukan cinta setia cuma bukan sekarang. kerana bumi berputar, suatu hari nanti pasti akan dikecapi kebahagiaan itu. Insyallah...."
Maaf jika nukilan ku membuat mu terasa dan berkecil hati. jauh sekali aku melakukannya untuk menyindirmu. Bukan niatku mahu menyatakan yang kau JAHAT..
"Sekarang i reveal semua supaya u tahu isi hati i yang sebenar"
Entry "Enough" i tulis betol-betol waktu lepas u decided spy kita jadi sekadar fren. "Enough" i tulis dengan hati yang amat kecewa dan air mata tak henti-henti mengalir ketika itu. Sekarang i reveal kasi u baca supaya u tahu bagaimana hati wanita yang dikecewa oleh lelaki..aku mahu kau hayati dan ingat selalu. Aku berkongsi dengan berharap agar tidak kau ulangi dan kecewakan mana-mana wanita lagi. Aku berharap kau dapat memahami erti kesakitan daripada kekecewaan yang ditanggung.
Mungkin selama ini i macam tak endah hubungan kita tapi jauh di sudut hati ku, aku benar-benar mencintai mu. Kalau boleh mahu ku lakukan setiap perkara bersama-sama mu..mahu ku hambakan diriku buat mu hingga ke akhir hayat ku..
Dulu waktu "10 Days", i menyimpan harapan akan hadir berita indah dilewat hubungan kita tp kini aku tahu semua itu tak mungkin kerna aku telah tahu "sebabnya".
Walau ku tahu sekarang kau memilikki seorang yang menjagamu tapi anggap lah apa yang aku kongsikan ini tanda aku mengambil berat terhadap mu seperti yang aku lakukan selalu.
"Bekas kekasih tak mungkin menjadi sahabat"
Sementara ini biarlah aku berpura menjadi sahabat baik mu. Bila tiba waktunya nanti, bila saatnya tiba jua diujung, akan aku tinggalkan diri mu. Tak akan aku cari dirimu lagi seperti mana aku lakukan pada ex-bf sekarang.
"benar kau bukan jodoh ku tapi akan ku temuinya suatu hari nanti dan dia tak mungkin seperti dirimu, kerana hanya kau satu dalam hidupku..."
dah menjadi lumrah dunia, kadang-kala bergembira, tapi kini ku sedih. Nanti aku gembira balik eh;)
"Setiap titis air mataku telah kuberikan untuk kisahku. Mengerti tapi tak dimengerti. Cintaku tlah diujung jalan…"
Perit sungguh hati ini
Melihat dirimu kini
Sakit sungguh hati ku
Mendengar berita dari mu
Perih sungguh hatiku
Mendapati perubahan mu kini
Hanya air mata yang berjurai menceritakan apa di hatiku
"Setiap kata dari bibirku kadang tak sama dalam hatiku. Tersenyum dalam hati menangis.
Cintaku tlah diujung jalan…"
Mungkin kau sering lihat ku tersenyum
Mungkin kau sering nampak ku gembira
Mungkin kau sering perhatikan ku gelak ketawa
Mungkin kau sering mendengarku berceloteh
Kau rasakan diriku bahagia
Dan kau mahu menjadi aku
Tapi kau tak mengerti rasa ini
Sering aku sorokkan hatiku sebenar
Sering kali ku lakonkan perasaan ku
Bagiku hidup umpama pentas drama
Tidak ada siapa mahukan kisah sedih
Semua mahukan kegembiraan
Ku buat semua itu agar kau rasa dirimu dihargai
Aku buat segalanya untuk mu
Akan ku kotakan semua impian mu
Pernah juga aku curi-curi untuk bersedih
Pernah juga bergenang air mata dihadapan mu
Ketika aku termenung jauh
Ketika aku berdiam diri
Mungkin pernah kau perhatikan
Mungkin pernah kau terlihat
Namun tetap ku palsukan kenyataan itu
Itu adalah aku
Bila kau tahu aku yang sebenar
Tidak kau mahu menjadi seperti aku
Hidup dalam kepuraan
Aku akan terus begini
Biarkan lah aku sendiri
"Ku mengerti kau apa adanya. Begitupun yang kumau darimu..."
Kita tahu kau bukan lelaki yang ku idam-idamkan
Ada cirri-ciri mu tak menepati citarasa ku
Walaupun begitu aku tetap mencintai mu
The one who never met your standards yet you fell in love with is like your greatest outlaw, yet became your government.
Aku juga sering terkeliru, samada hadir atau tidak cinta itu
Yang pasti kini aku perit menerima pemergian mu
Kini ku yakin kau benar telah berada dalam hatiku sejak awal lagi
Kini baru aku pahami jiwaku sendiri
"Aku sangat mengenalmu. Aku juga cintaimu. Dulu kau tak begitu..."
Dahulu ku rasa sangat ku kenali diri mu
Tak sangka kau berubah sedemikian rupa
Apa yang ada di fikirkan mu?
Seperti mahu aku terokai hati mu
Seperti mahu aku cuba menjadi dirimu
Merasa apa yang kau rasa….
"Kau bintang di hatiku. Jadilah yang ku mahu; Ku senang, ku sedih, kau ada denganku..."
Dahulu kau hadir di setiap saat ku memerlukan mu
Tapi kini tidak lagi
Aku berharap kau kembali seperti dahulu
Kau yang lama mencintai ku
Kau yang lama yang ku cintai
Tapi semua hanya angan-angan di siang hari
Kau tak mungkin seperti dahulu lagi
Walaupun perit untuk menerimanya
Walau pahit untuk ku telan
Aku harus menerima kenyataan bahawa kau telah berubah…
Langkahmu telah jauh meninggalkan ku..
sudah tak ternampak lagi bayang-bayang mu
tercari-cari juga akn kelibatmu
namun walau ku nampak
takkan aku kejari dirimu lagi
setelah kau memilih untuk meleyapkan diri..
Kalau dapat diputarkan kehidupan
Harapanku kau tidak menjadi seperti kau sekarang
Harapanku………
No comments:
Post a Comment