Love leaves for a reason, but never without a lesson..
Semua kelapan-lapan entry dalam blog nie i dedicate untuk dia. Entry yang ni pon untuk dia. Tanda cinta aku untuk dia. Dulu kau pernah merungut yang aku tak pedulikan dirimu, seperti aku mahu memainkan diri mu. Tapi kau tak tahu setiap detik, kelibatmu melintas di fikiran ku. Setiap apa yang ku lihat, mengenagkan dirimu. Cuma aku tak tahu tunjukkan bagaimana aku mencintai mu. Kerna aku takut, kerna aku tahu kau bukan milikku, kerna ku ragu akan cintamu...
Semua rasa ini akan aku kuburkan dalam hatiku. Akan ku simpan jauh dari fikiran ku. Cuma dengan Allah aku serahkan hidupku. Walau kau tak akan ada lagi untuk menjaga ku, akan aku kenang mu dalam doa ku agar kau berubah. Aku tak mahu kau sebegini, sesat dan terus sesat dalam hidup mu...
"Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi-mimpimu. Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku. Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi. Satu pintaku jangan kau cuba tanyakan kembali rasa yang kutinggal mati seperti hari kemarin saat semua disini.."
Mungkin suatu hari nanti aku akan melupakan mu, namun aku akan termimpikan kau dalam tidur malam ku. Izinkan aku berbuat begitu.
"Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat belajar daripadanya"
Ini adalah kata-kata pujangga dari seorang teman. akan ku ingat setiap kali aku mengingati kau, setiap kali aku merindui kau, setiap kali aku menagisi pemergian mu, setiap kali berfikirkan bagaimana cinta mu beralih arah.
"Kalau asik salah camno?"
Mungkin kita selalu berada di bawah tp percayalah Allah itu Maha Adil..Telah dijanjikan jodoh itu. Suatu hari nanti akan diketemukan cinta setia cuma bukan sekarang. kerna bumi berputar, Suatu hari nanti akan dikecapi kebahagiaan itu..Insyallah.....
Maaf jika nukilan ku membuat mu terasa dan berkecil hati..jauh sekali ku melakukannya untuk menyindir mu.
"Sekarang i reveal semua supaya u tahu isi hati i yang sebenar."
>Entry "Enough" i tulis betol-betol waktu lepas u decided spy kita jadi sekadar fren. "Enough" i tulis dengan hati yang amat kecewa dan tak henti-henti air mata mengalir ketika itu. Kini i reveal kasi u baca supaya u tahu hati perempuan yang dikecewa oleh lelaki.. aku mahu kau hayati dan ingat selalu. aku berkongsi dengan berharap agar tidak lagi kau ulangi dan kecewakan sesiapa lagi. Aku berharap kau dapat memahami erti kesakitan daripada kekecewaan yang ditanggung.
Mungkin selama ni i macam tak endah hubungan kita tapi jauh di sudut hati ku, aku benar-benar cintai mu. Dulu ketika "10 Days", i menyimpan harapaan akan hadir berita indah di lewat hubungan kita tp kini aku tahu semua itu tak mungkin..kerna aku telah tahu "sebabnya".
Walau ku tahu kau sekarang memiliki seorang yang lain yang menjaga mu tapi anggap lah apa yang ku kongsikan ini tanda aku mengambil berat terhadap mu seperti yang aku lakukan selalu.
"kekasih tak mungkin menjadi sahabat"
Sementara ini biarlah aku berpura menjadi sahabat baik mu. Bila tiba waktunya nnt, bila tempohnya sudah di ujung, akan ku tinggalkan diri mu, tak akan ku cari diri mu lagi seperti mana aku lakukan pada ex-bf i sekarang..
"benar kau bukan jodohku tapi akan ku temui nya suatu hari nanti dan dia tak mungkin seperti dirimu, kerana hanya kau satu dalam hidupku"
Dah menjadi lumrah dunia, kadang-kala bergembira, tapi kini ku sedih. nanti aku gembira balik eh;)
"Setiap titis air mataku telah kuberikan untuk kisahku. Mengerti tapi tak dimengerti. Cintaku tlah diujung jalan…"
Perit sungguh hati ini
Melihat dirimu kini
Sakit sungguh hati ku
Mendengar berita dari mu
Perih sungguh hatiku
Mendapati perubahan mu kini
Hanya air mata yang berjurai menceritakan apa di hatiku
"Setiap kata dari bibirku kadang tak sama dalam hatiku. Tersenyum dalam hati menangis.
Cintaku tlah diujung jalan…"
Mungkin kau sering lihat ku tersenyum
Mungkin kau sering nampak ku gembira
Mungkin kau sering perhatikan ku gelak ketawa
Mungkin kau sering mendengarku berceloteh
Kau rasakan diriku bahagia
Dan kau mahu menjadi aku
Tapi kau tak mengerti rasa ini
Sering aku sorokkan hatiku sebenar
Sering kali ku lakonkan perasaan ku
Bagiku hidup umpama pentas drama
Tidak ada siapa mahukan kisah sedih
Semua mahukan kegembiraan
Ku buat semua itu agar kau rasa dirimu dihargai
Aku buat segalanya untuk mu
Akan ku kotakan semua impian mu
Pernah juga aku curi-curi untuk bersedih
Pernah juga bergenang air mata dihadapan mu
Ketika aku termenung jauh
Ketika aku berdiam diri
Mungkin pernah kau perhatikan
Mungkin pernah kau terlihat
Namun tetap ku palsukan kenyataan itu
Itu adalah aku
Bila kau tahu aku yang sebenar
Tidak kau mahu menjadi seperti aku
Hidup dalam kepuraan
Aku akan terus begini
Biarkan lah aku sendiri
"Ku mengerti kau apa adanya. Begitupun yang kumau darimu..."
Kita tahu kau bukan lelaki yang ku idam-idamkan
Ada cirri-ciri mu tak menepati citarasa ku
Walaupun begitu aku tetap mencintai mu
The one who never met your standards yet you fell in love with is like your greatest outlaw, yet became your government.
Aku juga sering terkeliru, samada hadir atau tidak cinta itu
Yang pasti kini aku perit menerima pemergian mu
Kini ku yakin kau benar telah berada dalam hatiku sejak awal lagi
Kini baru aku pahami jiwaku sendiri
"Aku sangat mengenalmu. Aku juga cintaimu. Dulu kau tak begitu..."
Dahulu ku rasa sangat ku kenali diri mu
Tak sangka kau berubah sedemikian rupa
Apa yang ada di fikirkan mu?
Seperti mahu aku terokai hati mu
Seperti mahu aku cuba menjadi dirimu
Merasa apa yang kau rasa….
"Kau bintang di hatiku. Jadilah yang ku mahu; Ku senang, ku sedih, kau ada denganku..."
Dahulu kau hadir di setiap saat ku memerlukan mu
Tapi kini tidak lagi
Aku berharap kau kembali seperti dahulu
Kau yang lama mencintai ku
Kau yang lama yang ku cintai
Tapi semua hanya angan-angan di siang hari
Kau tak mungkin seperti dahulu lagi
Walaupun perit untuk menerimanya
Walau pahit untuk ku telan
Aku harus menerima kenyataan bahawa kau telah berubah…
Kalau dapat diputarkan kehidupan
Harapanku kau tidak menjadi seperti kau sekarang
Harapanku………
No comments:
Post a Comment