You never know how it be when you are in my shoes..
Aku baru sahaja lepas membaca satu blog yang tidak pernah ku kenal pemiliknya..tapi dengan membaca entri-entri dalam blognya, i can feel her wonderful life. After reading, i can feel her hapiness and seems like her life is being apart of me..She seem like have a perfect life, but no ones knows but only she and Allah does..
Setakat 24/11/2009, aku rasa hidup semakin lebih bermakna..Walaupon duduk di pasir gudang, dengan gaji RM1500 a month, without family and best friends around, without love ones in my heart sebab baru kena dump minggu lepas, without car to merayap, i tried to get used dgn atmosphere Pasir Gudang ni..
Mungkin sejak-sejak aku pergi dan balik kerja jalan kaki... kehidupan rasa lebih bererti, i feel more alive and healthy..takde la asyik duduk dalam bilik aje, sekurang-kurangnya aku berpeluh la jugak, cuma kadang-kadang susah sikit nak tido malam sebab no one to lullaby..hehe:D
Sekarang kalau pun duduk kat bilik n takde kerja, aku start la menaip entri baru..seronok pulak buat blog ni...tempat aku mencurah isi hati..ecehhh~~
Aku ni jenis orang yang tak pikir masalah..member-member salu wondering kalau ade masalah datang aku boleh buat selamba aje..mungkin sebab sudah biasa erti susah dari kecil..so bagi aku tak ada yang lebih susah dari membesarkan keempat-empat anak tanpa bantuan suami (siap tanggung suami skali)..pastu anak degil pulak..
Memang dari kecil aku tak pernah nak mengadu...
kalau tak paham dalam pelajaran, aku takkan tanya sesiapa sebab aku lebih suka cari sendiri penyelesaian..
Kalau aku tak cukup duit, aku tak akan minta pada sesiapa (kecuali mak la,tu pon sejak-sejak belajar di matrikulasi & U)..
Kalau aku ada masalah, tak pernah cerita kat sesiapa even mama (kecuali ex-bf la)..
Kalau aku memerlukan pertolongan, aku lebih suka buat sendiri..
Kalau aku putus cinta pun tak mengadu kat sesiapa..
Pendek kata aku nie tak penah la berkunjung ke Bilik Counselling waktu zaman sekolah-sekolah dulu...huhu:D
Maaf..aku paling benci orang cakap........
"Menyusahkan Orang Jer"
Kalau ade orang yang cakap macam ni kat aku, SUMPAH, aku takkan mintak pape kat orang tuh...
Kenapa perlu difikirkan masalah kerana kita tentu tahu akibat dari perbuatan.
Kenapa perlu difikirkan masalah kerana kita tentu tahu balasannya.
kenapa perlu difikirkan masalah kerna kita tentu tahu ia masalah, biar sahaja masa yang menentukan.
kenapa perlu difikirkan masalah kerna setiap masalah tentu ada penyelesaiannya sedangkan setiap penyakit ada penawarnya, begitu juga masalah.
Jangan salah erti, maksud fikir masalah aku tuh adalah perbuatan anda yang dok berkerut, memeningkan fikiran, menagis n bercerita siang malam pasal masalah..ala, kata pendeknya melayan perasaan..huhu..tp its ok kalau kau pikir masalah untuk mencari penyelesaian...
Bila berdepan dengan masalah perlulah tenang dan senyum..
tak perlu merintih pada orang lain..
kalau perlu menangis, aku akan ratapi sendirian..
tak perlu sesiapa untuk menangis bersama ku..
Pernah ada seorang yang aku benci, dia pernah mendoakan aku
"bilalah Nisa nak menderita"
Sampai mati aku ingat kata-kata kau!
Kau tak tahu bagaimana menjadi aku...
Hidup kau dilimpahi kemewahan dunia..
Hidup kau dikurniakan keluarga yang sempurna..
Hidup kau dihiasi kecantikan gilaan lelaki..
Hidup di dunia jangan berasa bongkak..
Hidup di dunia jangan berasa sombong
Walau ilmu aqidah mu penuh di dada..
Walau menghafal ayat suci al-Quran..
Jangan pernah merasa iman mu tinggi..
Jangan yakin kau adalah ahli surga..
Kerna tiketnya belum tentu lagi
kau masih diuji..
kau masih diperhati..
kau tak tahu bagaimana menjadi aku
Aku telah lama menderita..
Cuma aku tak pernah tunjukkan nya..
menyembunyikan perasaan ku yang sedih
berpura-pura ketika ku dilanda kecewa
Dan bagiku kau tak perlu tahu..
kadangkala aku merasa takut untuk berkawan
takut mereka tahu akan derita ku..
Kau tak tahu bagaimana menjadi aku
Cuma kadang-kala nasib ku baik..
dikurniakan ibu yang tabah
mendapat tawaran biasiswa ketika menengah
keputusan agak cemerlang ketika SPM
aku mendapat tawaran ke matrikulasi
kemudian ke Universiti
aku berusaha gigih untuk memperoleh CGPA yang baik
aku menjadi cekap dalam ilmu kira-kira..
hanya itu sahaja harta yang aku ada..
Alhamdulliah...
Kau tak tahu bagaimana menjadi aku...
Namun aku tidak pernah menyesal diuji kehidupan sebegini
kini aku tahu apa yang tersirat disebaliknya
menjadikan aku seorang yang lebih tabah..
aku berserah dengan segaja ketentuannya..
You never know how it be when you are in my shoes
i always pretend like nothing is wrong
partly because people expect me to always be happy
and partly because when they say "what's wrong?"
i have no clue what im going to say
You never know how it be when you are in my shoes
it's like i dont know you anymore.. S M I L E
its easier than trying to explain
Kau tak tahu bagaimana menjadi aku...
aku menangis tak semestinya sedih
aku ketawa tak semestinya gembira
aku diam tak semestinya aku lemah
"i like u cos u make me hepi all the time
laughing, teasing, joking..
all dat makes sense to me
i really wish to have dat full of happiness n ur d 1 who granted my wish"
Dialah satu-satunya makhluk Allah yang menyatakan yang aku suka tergelak and fun...
Kau tak tahu..
kau yg mengukir senyuman di setiap bibirku
Kau tak tahu..
kau yg mengubah hidupku menjadi lebih bererti..
Kau tak tahu..
kau yg mengusap setiap air mata yang menitis..
Kau tak tahu..
kau yg menghiasi warna-warna yang ceria..
Kau tak tahu..
Kau yg menghadirkan semua itu..
Kau tak tahu..
betapa aku bersyukur memilikimu walau semantara..
Kau tak tahu..
betapa aku merindui kehadiran mu
Kau tak tahu..
betapa aku mahu kau kembali
Kau tak tahu..
betapa aku mencintai mu
“Kau kan slalu tersimpan di hatiku, meski ragamu tak dapat ku miliki. Jiwaku kan slalu bersamamu, meski kau tercipta bukan untukku. Ku mencintainya sungguh mencintainya. Saat ku yakini kaulah milikku, mengapa cinta kita tak bisa bersatu?Saat ku yakin tak ada cinta selain dirimu…”
No comments:
Post a Comment