Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Thursday, November 29, 2012

My label cloth

Assalamualaikum semua..

Tak penah nisa nak meraban malam2 tapi harini nak membebel tak tentu psl..bukan marah or sakit hati..tp hepi sbb lps ni semua tudung yg nisa buat nisa nak letak lable cloth..huhu..syok eh..

Bisness ni kena improve sikit2.. Modal nisa masa awal2 dulu cuma duit gaji je..memang la sakit skit sebab after je tunang the next month dah kena bayar insurance kereta, renew roadtax, renew lesen keta n ofcos kena clear saman traffic sebelom nak buat ape yg i mention erlier. Actually byk jugak duit habis masa tunang, tp memang dari awal nisa dah plan nak buat bisness n rent all the things utk org tunang or kawin..

Yes! Mmg perit skit la..kena manage duit modal btol2 sbb kalau ikutkan tanpa sales money flow nisa bulan yg kena renew insurance n roadtax tu pasti negative. Masa awal bisnes kena plan rolling duit kena pada tempatnya, supaya pulang modal n dapat untung sikit. However, thanks to Allah SWT atas segala nikmat dan rezeki, kerana rezeki itu hak Dia, Dia yang mengaturkan segalanya..

Waktu tido plak takyah ckp la, mmg kena korban habis..masa mula2 dlu terkial2 la jahit custom made shawl utk Nadia tu..it takes a whole night in a week nak habiskan 1 tudung nadia tu..damn i have to sleep at 3-4 am in the morning! Ayam pun dah berkokok woi! Lepas dah jahit banyak tudung, now, nisa dah boleh siapkan sehelai tudung dlm masa 2 days! Yippiyayaya:)))

Hey! People said practice make perfect kan.. Btol la tu...huhu..

ramai yang tanya
"nisa fulltime ke buat bisness ni?"
"kat mana kedai"

1. Hehe..btw nisa takde kedai, just jual online shj. Nisa blom ade intention nak bukak kedai pun.

2. I'm a full time SCADA Engineer dah hampir 3 tahun stgh dah.. wah how fast time flies kan. Kerja i adalah someone who dealing with technologies n science.  But half of me are into seni n craft..memang dari kecik nisa suke buat sepah kat rumah.. Buat buku scrap la dulu2.. Huhu..habis mama i bebel pagi sampai ptg umah bersepah i keja kan!

Bigger reason kenapa i berbisness, sebab possibility kena tinggal di kampung after married sangatlah besar. N i don't think there's any position related to engineering kat Kuala Pilah tu, maybe i'll consider keja kat Seremban if there's any. So, as a backup plan I have to find something yg i boleh buat duit. Thanks Allah jugak sbb kurniakan bakal suami yg selalu sokong nisa utk buat bisness n en tunang pun sorg yg mmg buat bisness sampingan jgk..so dia yg salu advise psl modal n cara kira untung. Btw, dlu i pun ade buat entry "Impian~" how i dreamt nak jadi mcm Ris Suzana or Lynda Rahim, the wedding planner, n now i guessed i'm on the right path.

Reason lain yg lagi besar sbb kenapa i nak buat bisnes ni sebab MINAT. Fyi, dari i sekolah rendah darjah 1 nisa dah bisness..huhu..jual ape? Nisa jual pembaris, pemadam, pensil, sharpener n even buku 555! Hehehe..

Reason yg paling utama, sebab cita-cita "taknak buat loan utk kawin". Nisa nak kumpul duit sebanyaknya yg utk tampung kenduri kawin i tanpa buat pinjaman bank. I taknak dah kawin still burden dgn pinjaman tu..fuhh..senak perut klu fikir nak bayar loan RM 10,000.00! PTPTN pun memanggil2 kat radio suruh bayau hutang, ni nak tambah lg hutang? Oh no! *Pengsan*

alamak..panjang bebel..huhu..

Btw ni la lable cloth "Al-Hubb Hunna- shawl by NisaAlwy"



btw, another great news, tabung derma GAZA by NisaAlwy dah cecah RM99.50. Alhamdulillah syukur. Ini je yang termampu nisa nak buat. Thanks for supporting semua! 

Wednesday, November 28, 2012

DIY Paperbag doorgift

Assalamualaikum b2b,

Nisa received order DIY paperbag doorgift dari Fauziah dari Johor. Tema color gold, so nisa guna craft paperbag + doily paper putih + ribbon warna gold. Fauziah request nak ade base (tapak keras dlm bag).

Kalau awk semua nak try skill DIY, nisa ade jual set DIY jugak.


*updated on14 June 13*
Semua penjualan paperbag dah DISCONTINUED
Nisa tidak lagi menjual paperbag
however doily paper masih lg di jual

Set DIY Doily paperbag RM25
-----------------------------------------------------
50 pcs White Doily paper 
50 pcs Brown Craft Paperbag
50 pcs Satin ribbon
2 pcs stick solid glue

Senang je buat dia cuma kena tekun sikit la buat..huhu...Kalau taknak beli set DIY boleh beli brg2 dibwh bgn harga:
100 pcs 5.5" Doily paper - RM6
100 pcs craft paperbag - RM10

Btw kalau korg tak brapa nak tekun, i'm selling yg dah siap dengan harga
60sen per pcs

kalau korg buat calculation RM0.60* 50 pcs = RM30. Upah buat cuma RM5 je.....


*updated on14 June 13*
Semua penjualan paperbag dah DISCONTINUED
Nisa tidak lagi menjual paperbag
however doily paper masih lg di jual
So klu nak beli doily paper as usual boleh email ke 

atau visit our fb page 



Step 1 : Lipat hujung craft paperbag
Step 2: Lipat doily paper into half
Step 3: sapu gam pada paperbag dan tampal doily paper pada paperbag



Paperbag yg dah siap ditampal doily paper
Fauziah request nak ada tapak. Extra charges utk yg nak ade tapak..cuma 10 sen jer..


Step 4: Gunting satin ribbon sepanjang half-meter atau 50 cm.
Step 5: tebuk lubang pada atas paperbag & doily paper. Masukkan ribbon yg telah digunting td kedlm lubang tersebut.


Step 6: (Kalau DIY) lebih baik masukkan brg yg hendak anda masukkan dalam paperbag. lepas tu baru ikat  ribbon spt dlm gambar di bawah.

Wallaaaaaa! siap dah!

Selamat mencuba semua ^.^"

Jika anda berminat sila drop email ke 
atau visit our fb page 


Tuesday, November 27, 2012

Nak ke kawin?

Assalamualaikum..

hahaha..gempak sungguh tajuk entry kali ni. jawapan dia mestila NAK! hahaha.. tetibe mood nak kawin dtg.
7 hb ni nak g survey dewan.

Tarikh yg i berhajat nak buat;
Nikah: 31 May 13
Resepsi: 1 June 13

Kalau tanya preparation nak kawin: ZERO! no preparation at all..owh ade 1% i dh ade sijil kawin :P

Tengah dok fikir ape yg i nak prepare ni. meh listkan:

Nikah
-------
1. Attire -  beige+white , design masih tgh pening sbb tamak sume nak buat HAHA!
a) Baju nikah - tempah jahit
b) Shawl - DIY
c) Veil -DIY

2. Make-up
Tgh pilih - Dyanatul @ Renzbridal Renz

3. Kemah
Tgh fikir - Mie katering

4. Jamuan mkn ptg - 100 pax

5. Kasut

6. Handbouquet - DIY

7. Hantaran - DIY
Fresh flower /foam flower, 9 dulang

Resepsi
---------
1. Attire - sewa Renzbridal Renz

2. MakeupTgh pilih - Dyanatul @ Renzbridal Renz

3. Photographer - ni lagi pening!

4. Lokasi - walk-in survey 7hb ni

5. Doorgift -tak de idea lg

6. Pelamin -tgh riky lg. sume 5k keatas :0 :(

7. Mkn - 700-800pax

8. kerusi meja w/o kemah -Mie katering rm300

9. kad jemputan -400pax

banyak lg kan xde color...owh..6 month to go..

Thursday, November 22, 2012

A charity sales

Assalamualaikum..

It's been a while Nisa dah tak tgk tv.. actually since lps form 5; i'm not the one who always sits infront of the television to watch movies since then. Bukan sebab tak suka, cuma kat rumah sewa takde tv. Thus sometimes kalau kwn-kwn cerita pasal berita itu ini, i'm a bit delay tentang isi semasa samada yang berlaku dalam Malaysia mahupun luar negara. Plus i bukan org yang suke membaca! grrrr :P

But lately i saw lot-lotsa-lotsssssss of picture; scary picture tentang keadaan GAZA. Seriusly i memang xsuke gile orang yang share gambar mayat tampa kepala lah, takde kaki la, nampak otakla...OHMYGOD ngeri doh! rs mcm kaki i lak yg tercabut kepala i yg nampak otak. That's y jgk la i tak pernah nak terlintas dlm kepala nak amik BIOLOGI masa skolah dlu!

However this one picture mmg mengharukan nisa btol, a child in gaza yang lukis gambar mak dia di lantai dan tidur disamping lukisan itu. It's really touched me.



Ade orang menunjukkan bantahan dengan boikot, ade org setuju, ade jugak yg tak setuju. Yes, boikot  MUNGKIN takkan mengubah apa-apa, sebab org Msia ni "Hangat-hangat tahi ayam" je. nanti mkn lagi je mekdi ngn starbucks tu. But for me, for mean times tak payah la kita mkn mekdi or starbucks dll yg menyumbang kpd zionis ni, demi MENGHORMATI SAUDARA KITA YG SEDANG MENDERITA. Kita tahu company ni menymbang kps zionis, then fikirkan lah keadaan anak2 kecil yg mati terbunuh dek bomb zionis? itu je. Kita gembira gelak2 kat mekdi mkn, saudara kita sakit kelaparan kat sana. makan jela burger ramlee tu, menjana ekonomi tempatan jgk. tak pun bergur bakar kaw-kaw byk melambak dh kat msia ni.

kata manusia yang 'bijak' pandai:

"Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak2 muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia" . 

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain. 

"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek. 

Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya." 

Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestin itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng dan satu cup pepsi.

TAHUKAH anda apakah itu "Boycott Law"? "Boycott Law" atau "Law for Prevention of Damage to State of Israel through Boycott" ialah satu rang undang-undang anti-boikot yang diluluskan oleh Knesset Parlimen Israel pada 11 Julai 2011. Undang-undang ini diperkenalkan untuk menghukum mana-mana individu atau organisasi yang menyeru untuk memboikot Israel, baik dari segi ekonomi, kebudayaan atau akademi k. Jadi, siapa kata memboikot tidak memberi kesan? 

Ternyata memboikot apa-apa yang berkaitan dengan Zionis Israel sangat memberi kesan, sehinggakan Israel sendiri mewujudkan undang-undang anti-boikot. 

 "You must be the change you wish to see in the world." - Mahatma Gandhi 

Apa kata anda? Jika sekadar 'berhenti dari membeli barangan mereka' pun tidak mampu kita lakukan, apatah lagi menghantar bala tentera Islam untuk menghulurkan tangan bagi yang memerlukan? 

Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata 

“Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.’” (HR. Muslim). 

 "Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir." (Al-Jaathiya: 13) 

ada orang cakap boikot bukan cara Rasulullah. bahkan dalam peperangan dan juga perang saraf baginda, tidak pernah ada cara boikot. So, orang tu pun x nak boikot..what's ur opinion? 

"Boikot ini pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah terhadap orang Yahudi. Sebagai contoh Telaga Ruumah (Bir Ruumah) yang dimiliki oleh Yahudi, telah diboikot oleh umat Islam di Madinah. Begitu juga dengan pasar-pasar Yahudi yang diboikot di Madinah. Ini kerana berlaku penipuan yang dilakukan terhadap orang Islam," 

Jika ada pihak yang mengatakan boikot bukan cara Rasulullah, ambillah segala-galanya yang dikatakan bukan cara Rasulullah. Rasulullah menunggang kuda sebagai pengangkutan, pedang, panah dan tombak sebagai senjata. Jadi adakah kita mesti melawan ZIONIS dengan menggunakan pedang, panah dan tombak? Kita mengambil pendekatan yang seiring dengan zaman selagi tidak melanggar syarak. Tiada pengharaman dalam menggunakan senjata api untuk menentang MUSUH ISLAM bahkan DIPERINTAHKAN lagi untuk umat ISLAM berperang sekiranya DIPERANGI dan tiada juga pengharaman BOIKOT. TIDAK MEMBOIKOT boleh menjadi syubhah dan haram kerana ia membantu MUSUH ISLAM. 

 Done dengan bebelan!

So here's the thing! Membeli sambil menderma.

I'm going to sell Ribbon buds rose RM 5.00 for 10 pcs (which RM10 b4). All purchase will be transfer to Aqsa Syarif account. Thus, please leave ur order under this status. i will only collect RM3.50 for postage using poslaju ekspress. So tak rugi pun.. let's us helps our brother n sisters in gaza.. May Allah bless them. you may give more if you want too:)
**order lebih 2 pack nisa kena pakai postage rm4.50 sbb takut tak sampai pakai pos ekspress RM3.50.


Boleh request warna yg anda mahu. boleh tinggalkan order dengan email 

nisa_alwy@yahoo.com dengan title DERMA GAZA

atau visit fb page nisa




Till then Wassalam :)


Tuesday, November 20, 2012

Candy Buffet

Assalamualaikum semua!

Yeay! now dalam perbincangan nak buat candy buffet or dessert buffet collaborate dengan kwn sekolah TTJ dlu..Dia baker dan nisa plak tukang deco..huhu..till then tnggu je package yg kami bakal offer..

mood eksited giler! sebelum tu jom tlg nisa LIKE page cik farah ni---> FARALICIOUS


Hantaran Tunang

Assalamualaikum b2b,

Well walau dah dekat hampir 3 bulan bertunang tapi nisa tak penah tulis pasal review hantaran kan? huhuh..anway untuk hantaran bertunang tu sikit je, 3 berbalas 5. Saje je nisa letak sikit2..ala, hantaran cume nak cukupkan syarat je.. 

btw, sume hantaran adalah daripada barang makanan. Memang nisa nak mcm tu. Taknak la hantaran tunang dah kasi perfume, kasut, AlQuran bagai..but it depends la, tp bagi nisa bertunang lebih sesuai kita bagi mknan. Barang-barang yang lain tu nanti time hantaran nikah kita borong byk2! hahaha..

Tapi ade gak tersesat 1 brg yg bukan mknan, it's kain baju nikah. Actually tak plan pun nak kasi kain nikah tp suggested daripada keluarga pihak laki. bagus jugak, sebab alang-alang kan nnt nak beli jugak, so baik bli nak tunang ni, cut bajet "akan dtg".

Opss tapi i dah terpau en tunang kain lace 2.5 meter fully beaded dgn harga RM380 -__-" oh my..pastu kain    plain italian silk RM22 per meter bli 3.5 meter je sbb kain dia bidang 60". Mungkin nak tambah kain chiffon skit, tu lain kali la beli..huhuh..So kerugian en tunang utk baju nikah saya RM457..hahaha..

Hantaran bagi pihak nisa antaranya sirih junjung, coklat, kek, buah-buahan & baju nikah. Semua dihias dengan fresh flower, nisa pick rose n orkid sbb lebih tahan lama.. ikutkan hati nak borong eustoma & hydrangea.. tapi buat sendri kan..mane sempat n nisa ade baca review kat internet yg hydrangea ni tak tahan lama, cpt layu disebabkan struktur batang yg berunsur kayu (serap air lambat).








Sesiapa yang berminat boleh tempah gubahan hantaran fresh flower dgn nisa. Basically yg mcm nisa punya hantaran it just RM 60 per tray (Include tray). However sirih junjung RM80 per tray sbb byak bunga nak digunakan. 

Kalau berminat boleh email nisa kat 
nisa_alwy@yahoo.com
atau
visit our fb page 



Sunday, November 18, 2012

Baju pink purple

Assalamualaikum semua,

Harini nak crita pasai baju yang nisa nak pakai masa nikah n reception my cousin. Kain utk baju pakai masa hari sanding my sis cousin tu dah kasi warna kelabu, kain satin. Adoi i ni kuat peluh.. Camne nak pakai satin..huhu tp xpe nnt cari chiffon warna pink..sbb sis cousin i ckp tema kelabu pink..blom survey pun lagi..alamak majlis tak lama je lg..huhu..

Anway tadi i g cari border lace yg macam customer i kasi tu..sbb ramai lak tanya psl border tu.. Cari punya cari lain plak i borong..huhuhu...

Kain italian silk, walaupun lembut macam satin tp dia tak berkilat mcm satin tp klu berpeluh tak nampak sangat kata sales girl..


Anyway kain ni rm28 semeter so nisa bli 2 m. Bli lace rm55 semeter. Dan kain corak rm30 semeter.. So total lost harini rm171.. Kain corak tu motif polkadot cacamerba..haha.. Dan ade rhinestone yg berkilat bertaburan.. Parking plak rm9..huhuhu..so sesiapa nak beli kain ni bole order ngn nisa ye dearies.. Jom checkout harga kat fb page nisa "something borrowed by NisaAlwy" or boleh email nisa_alwy@yahoo.com cuma pre-order shj. Nisa xde ready stock

My idea nak buat top plain dan kain bercorak..ala2 trend hatta dolmat dgn jovian mandagie..huhu..nnt kita tgk hasilnya..bawah ni ala2 sketch baju..


Hurmm bila la nisa nak potong kain plak ni?





Sejadah hantaran

Assalamualaikum b2b,

Sudah menjadi kelaziman sejadah dijadikan barang hantaran. So here's nisa ade 4 jenis sejadah ada yg bercorak abstract, berbunga dan berbeza dari yang terdapat di pasaran. I'm selling this at rm50 each ( price exclude with postage fee RM10). Kualiti tip-top sejadah made in Turkey. Kalau berminat boleh email nisa di nisa_alwy@yahoo.com

Setiap design cuma ada 2 je. So, it's really limited.

Each size appox 70cm long x 110 height
Sejadah jenis tebal
Made Turkey

SJ01
Merah hati



SJ02
Biru




SJ03
Hijau



SJ04 SOLD OUT
Merah + peach


SJ05
Maroon



Monday, November 12, 2012

Buaian Berendoi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Yeay! selesai sudah Majlis Aqiqah utk Baby Aridzz Rifqy on 11 Nov 12 yang lepas.. Mommy Aridzz, Zila request paper fan as back drop buai berendoi tu.. so here's sikit gambar- gambar majlis yg di snap oleh partner photographer N.A.F The Images; aka tunang sy en Fairus..huhuhu.. tapi nisa menyibuk jugak amik gambar..sorry en tunang :P


Pelamin Berendoi
RM450
-----------------------
Hiasan Felt flower atau paperfan
Cream backdrop stand
kayu kotak bercermin 
2 White lantern with candle
2 stand lamp 
pillows / paper lantern
Bantal bulat duduk utk ibu
cream furry carpet




Full Package Berendoi RM1600
-----------------
1x Make-up (ibu)
Mini Pelamin (dengan buaian)
Doorgift for 50 pax
Candy Booth
Photography
100pcs 4R
1 sticky album


Sadly to say full package pelamin berendoi hanya valid di Negeri Sembilan shj. However mini pelamin berendoi valid di Negeri Sembilan, Shah Alam & KL sahaja..

Sape berminat bole email nisa kat 
korg wajib tinggalkan no telefon supaya senang Nisa nak cal or msg.
Sesiapa yang ada fb boleh visit fb page

tlg la like page nisa yer..tenkiu lagi!



Friday, November 9, 2012

Thursday, November 8, 2012

Kek Batik yummmmm~

Assalamualaikum,

Asik update pasal lace, tudung, tunang je n sort of preparation, harini meh kita crita pasal makanan plak dek non..

Kek Batik! yumyum favorite nisa since sekolah menengah. Dulu masa zaman sekolah menengah, Nisa sekolah kat SMK Pendeta Za'aba formerly known as Sek Men Taman Paroi Jaya. Dulu lepas sekolah i salu pegi ke sebuah kedai (actually it's rumah kat coner tp owner buat kedai di bahagian depan halaman rumah dia) we called the owner as Mak Mok. Boleh kata hari-hari mesti duit belanja i habis beli benda ni..hua3..dlu tak tahu nama dia Kek batik. Mak mok jual 20sen sebijik, and masa tu my mom cume kasi duit belanja RM1 je sehari. So kalau tak 5 keping i borong, sekeping pun jadi la.....sedap wooooo!

Bila i dah masuk Uni then i baru tahu nama coklat ni kek batik; yang dibuat daripada biscuit mary dan coklat. Tapi dah berkurun abad i mintak resepi dari room mate i dulu.. Then skarang 2012 baru tergerak hati nak buat. tapi i tak ikut resepi pun..i main belasah je sukatan dia..

huhuhuhuh..

ok ni resepi yang i belasah tu

harap-harap jadi ler yeee

Recepi Kek Batik
Half pack mini biscuit Mary Tesco
1 bar  250 gm milk chocolate bar (chopped into smaller pieces)
1/2 cup of sweetened condensed milk (susu pekat manis)
1 cup of Cocoa powder (Milo)
5 spoon of salted Margerine 
1 teaspoon coffee (Nescafe) (larutkan dengan 5 sudu air panas terlebih dahulu)
Water (secukupnya)

Instruction
Panaskan kuali dan masukkan mentega dan biarkan mentega cair sepenuhnya. Make sure api jangan besar sangat. nanti hangus or terlalu cpt masak sehingga berketul2.

Masukkan chocolate bar yang dah di potong kecil tadi, nescafe dan masukkan susu. 
Kacau sampai adunan tu sebati. 

So now korg kena standby untuk kacau laju-laju macam kipas siling speed 5. haha.. Masukkan milo tadi, cpt kacau if not milo akan berketul. 

kalau berketul jgk not to worry masukkan sedikit air utk larutkan milo tadi. Kalau ade ketul2 sikit tak pe, sbb nanti bila adunan beku same je milo tu mkn yummm sedap! oppsss sambung2..

Bila adunan coklat tadi dah kelihatan pekat masukkan biscuit mary mini tadi dan gaul sehingga semua biscuit terkena coklat.

Kemudian tutup api dapur dan susun biscuit mary kedalam bekas bersegi dan susun macam susun batu bata (spy dapat corak mcm kat bawah ni).
Tapi takyah la susun lawa macam nak buat rumah..huhuhuh..biscuit Mary tu takkan runtuh punya! haha..

Kemudian simpan dalam peti sejuk supaya coklat menjadi keras untuk semalaman.

Bila dah keras barula korg potong2 macam dalam gambar!

Selamat mencuba!




Wednesday, November 7, 2012

Jovian Mandagie feat Nisa Alwy???

Here's the guy!
Assalamualaikum..

Haha..berangan je kan.. Jovian pun tak kenal i sape..kui3.. Actually begini, i got another customer yang order custom made long shawl Hazie from Kedah. She'll be wearing shawl yang nisa nak buat dengan baju daripada JOVIAN RTW 2ND COLORWAY AIDILADHA COLLECTION on this 17th Nov.

Just a sneak peak nak kasi korg tgk sebab Nisa pun baru jahit lace pada kain. Hazie ckp dia nak something nice "less is more" katanyer..

jom cuci mata tgk baju Jovian ni. I pun suke tp mahal laaaaaa. En tunang nak satu!! hahaha..

Gambar dari fb Jovian

Gambar sebenar baju
Detailing pada baju tersebut
A little research is essential utk buat tudung custom made ni. Yang berkaitan dengan baju pereka fesyen terkenal macam jovian ni mmg senang nak cari dalam internet ni. Kalau customer lain awk kena provide sedikit warna or corak pada baju spy nisa boleh variety kan warna manik2 pada tudung tu nnti. Barulah nampak matching dengan baju..

Tudung yang nak matching dengan baju Hazie

*updated on 21 Nov 12**




Nak tempah tudung?
Jika anda berminat sila drop email ke 
atau visit our fb page 


Tuesday, November 6, 2012

Bad Customer Service

Assalamualaikum semua,

Harini nisa nak meroyan..hahahaha..bukan sebab ape, but i'm very the very upset dengan customer service sekarang ni.

Masa tu lah nak layan customer n masa tu jugak nak cerita potpetpotpet tah pasal ape. Kadang-kadang rasa mcm nak sound je sebijik. Sabar jela. Mungkin dah kurang sangat kot sifat malu yang dahulu terkenal dlm bangsa kita, dan sekarang tak lagi. Cerita pasal si polan dengan yg polan. Crita pasal bf dia la, jiran dia lah, makcik dia la, nenek dia la. aduhai..boleh tak kalau buat kerja dulu then sambung la antara korang nak mengumpat ape, tak pasal kan i dengar dapat skali dosa kering -_-"

Yesterday, i pergi kedai "diva" kat curve, Mutiara Damansara. Then berbual-bual sungguh rancak btol dua org sales girl ni and one of them ckp.

"Aku nak closing dah la ni, bukan ade customer pun."

Hellooooooooooooooo! i yang tengah mencari barang ni bukan customer ke? am i invisible? hahaha..Since harga kat price tag tulis AUSD & USD je, takde MYR then i pun test la kot diorng memang tak nampak i yg standing btol2 dpn kaunter tengah memilih getah rambut.

me "yang ni berapa ye?"

sales girl "err..rm13"

me "owh..ok"

 Then i sambung pilih lagi..

sales girl "cepat eh, kitorang nak tutup ni"

Oh my gosh! Ape korg rs klu kena mcm tu? it's only 9.45 pm and suppose they closed at 10 pm. pffffffttttt!

"fine then tutuplah"

i just put the thing down then walk away. damn betol lah terbantut niat nak membeli.

pastu i pun g kat Chattime at one coner kat curve tu. Ni lagi bagus, sambil ambil order sambil dia minum air. slurrrppppp sedut air yang dah habis. Apelah korang ni. Nak keja ke tak oi?

What a bad day..sighh

However, masih ade bayank jugak kedai and boutique yang ada customer service yang baik, mostly expensive boutique macam Coach, G2000 (which i experiencing it myself).

G2000 kat curve -sampai kedai dah tutup half pintu depan, but kitorg yang masih ade dalam kedai diorg tak halau pun, my friend tengah nak cari  baju diorg siap ckp "no worries, pilih la dulu". Bila nak bayar, siap layan baik, cakap if yg baju ni dapat 50% for 2nd item, sampai G2000 tu patut tutup 10 pm dah dekat 10.30 baru kitorg kluar dari kedai. GREAT kan?

Yang coach pun sama. And i taknak masuk dah, klu bkn i btol2 ade budget nak bli coach ni. bukan ape pakai buruk camne dia mmg layan u baik, i don't know la coach lain mcm tu ke, tp yg salu i msk coach kat One Utama tu. Haihhhh.. Saje je masuk nak tgk collection baru diorg kan. Pastu terpengaruh..Wahahaha :D

Okey puas dah membebel. Jom tinggalkan komen psl experiance korg dengan pekerja customer service ni




Thursday, November 1, 2012

Free shawl tunang!

Contest Ended
Assalamualaikum to all beautiful b2b,

Yeay! we're back for second round of "Like, share and win " contest. By joining you are running to win a custom made shawl worth RM140. Kidding me nehhh?

Takkkkk! betul ni..

nak menang mudah sangat. 

...Langkah Satu....
LIKE fb page 
Nampak button LIKE kat atas page tu, click aje kat ctu, MUDAH!

....Langkah Dua....
Kemudian share gambar ini---> CLICK atau ini---> CLICK
pada wall fb korang
dengan syarat pastikan mode status anda adalah PUBLIC!
Kalau tak public jangan marah nisa if you r not counted in running to get the prize.
PUBLIC
how to make it PUBLIC?


....Langkah Tiga....
Tinggalkan apa2 komen pada gambar.
Jgn mencarut plak, kang i set spam nnt..
wahahaha :D

....Langkah Empat....
Tunggu! sampai page kami reached 1111 likes, kami akan stop contest!
And tunggu jugak kami akan umumkan pemenang yg bertuah tu!
----------------------------------------------------
Ni nak kasi korg panas skit..tataplah hadiah yg bakal korg dpt..
lebih kurang mcm ni.
TAPI
nama pun "custom made" kan....
Then i akan ikut warna tema baju n majlis anda
wahoooo! menarikkan!
dah tau ape lagi nak buat?
LIKE, SHARE n WIN!!!!!







Starts : NOW
Ends : As soon as we reach 1111 likes

RULES :
1- LIKE "Something Borrowed by NisaAlwy" fb Page
2- Like gambar ni --->CLICK
3- SHARE gambar ni --->CLICK on your WALL, status korg mesti kena mode "PUBLIC"
4- Leave a COMMENT paga gambar ini --->CLICK
5- Once we reach 1111 likes, we will find a winners between all who have SHARED this photo.

 Share sebanyak mana yang korang suke!
Cpt share! Thanks Guys!

Buat semua yg join contest, pastikan mode status anda public, nnt nisa xdpt tgk sape yg share..so jgn mara if nisa tak count u in..so please make sure public ye..cara nak set public tgk gambar ni :)) thanks..share byk2 yeeeeee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo