Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Thursday, November 22, 2012

A charity sales

Assalamualaikum..

It's been a while Nisa dah tak tgk tv.. actually since lps form 5; i'm not the one who always sits infront of the television to watch movies since then. Bukan sebab tak suka, cuma kat rumah sewa takde tv. Thus sometimes kalau kwn-kwn cerita pasal berita itu ini, i'm a bit delay tentang isi semasa samada yang berlaku dalam Malaysia mahupun luar negara. Plus i bukan org yang suke membaca! grrrr :P

But lately i saw lot-lotsa-lotsssssss of picture; scary picture tentang keadaan GAZA. Seriusly i memang xsuke gile orang yang share gambar mayat tampa kepala lah, takde kaki la, nampak otakla...OHMYGOD ngeri doh! rs mcm kaki i lak yg tercabut kepala i yg nampak otak. That's y jgk la i tak pernah nak terlintas dlm kepala nak amik BIOLOGI masa skolah dlu!

However this one picture mmg mengharukan nisa btol, a child in gaza yang lukis gambar mak dia di lantai dan tidur disamping lukisan itu. It's really touched me.



Ade orang menunjukkan bantahan dengan boikot, ade org setuju, ade jugak yg tak setuju. Yes, boikot  MUNGKIN takkan mengubah apa-apa, sebab org Msia ni "Hangat-hangat tahi ayam" je. nanti mkn lagi je mekdi ngn starbucks tu. But for me, for mean times tak payah la kita mkn mekdi or starbucks dll yg menyumbang kpd zionis ni, demi MENGHORMATI SAUDARA KITA YG SEDANG MENDERITA. Kita tahu company ni menymbang kps zionis, then fikirkan lah keadaan anak2 kecil yg mati terbunuh dek bomb zionis? itu je. Kita gembira gelak2 kat mekdi mkn, saudara kita sakit kelaparan kat sana. makan jela burger ramlee tu, menjana ekonomi tempatan jgk. tak pun bergur bakar kaw-kaw byk melambak dh kat msia ni.

kata manusia yang 'bijak' pandai:

"Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak2 muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia" . 

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain. 

"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek. 

Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya." 

Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestin itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng dan satu cup pepsi.

TAHUKAH anda apakah itu "Boycott Law"? "Boycott Law" atau "Law for Prevention of Damage to State of Israel through Boycott" ialah satu rang undang-undang anti-boikot yang diluluskan oleh Knesset Parlimen Israel pada 11 Julai 2011. Undang-undang ini diperkenalkan untuk menghukum mana-mana individu atau organisasi yang menyeru untuk memboikot Israel, baik dari segi ekonomi, kebudayaan atau akademi k. Jadi, siapa kata memboikot tidak memberi kesan? 

Ternyata memboikot apa-apa yang berkaitan dengan Zionis Israel sangat memberi kesan, sehinggakan Israel sendiri mewujudkan undang-undang anti-boikot. 

 "You must be the change you wish to see in the world." - Mahatma Gandhi 

Apa kata anda? Jika sekadar 'berhenti dari membeli barangan mereka' pun tidak mampu kita lakukan, apatah lagi menghantar bala tentera Islam untuk menghulurkan tangan bagi yang memerlukan? 

Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata 

“Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.’” (HR. Muslim). 

 "Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir." (Al-Jaathiya: 13) 

ada orang cakap boikot bukan cara Rasulullah. bahkan dalam peperangan dan juga perang saraf baginda, tidak pernah ada cara boikot. So, orang tu pun x nak boikot..what's ur opinion? 

"Boikot ini pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah terhadap orang Yahudi. Sebagai contoh Telaga Ruumah (Bir Ruumah) yang dimiliki oleh Yahudi, telah diboikot oleh umat Islam di Madinah. Begitu juga dengan pasar-pasar Yahudi yang diboikot di Madinah. Ini kerana berlaku penipuan yang dilakukan terhadap orang Islam," 

Jika ada pihak yang mengatakan boikot bukan cara Rasulullah, ambillah segala-galanya yang dikatakan bukan cara Rasulullah. Rasulullah menunggang kuda sebagai pengangkutan, pedang, panah dan tombak sebagai senjata. Jadi adakah kita mesti melawan ZIONIS dengan menggunakan pedang, panah dan tombak? Kita mengambil pendekatan yang seiring dengan zaman selagi tidak melanggar syarak. Tiada pengharaman dalam menggunakan senjata api untuk menentang MUSUH ISLAM bahkan DIPERINTAHKAN lagi untuk umat ISLAM berperang sekiranya DIPERANGI dan tiada juga pengharaman BOIKOT. TIDAK MEMBOIKOT boleh menjadi syubhah dan haram kerana ia membantu MUSUH ISLAM. 

 Done dengan bebelan!

So here's the thing! Membeli sambil menderma.

I'm going to sell Ribbon buds rose RM 5.00 for 10 pcs (which RM10 b4). All purchase will be transfer to Aqsa Syarif account. Thus, please leave ur order under this status. i will only collect RM3.50 for postage using poslaju ekspress. So tak rugi pun.. let's us helps our brother n sisters in gaza.. May Allah bless them. you may give more if you want too:)
**order lebih 2 pack nisa kena pakai postage rm4.50 sbb takut tak sampai pakai pos ekspress RM3.50.


Boleh request warna yg anda mahu. boleh tinggalkan order dengan email 

nisa_alwy@yahoo.com dengan title DERMA GAZA

atau visit fb page nisa




Till then Wassalam :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo