Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Wednesday, October 5, 2011

Potong Kuku ikut Islam

Jangan ada niat simpan kuku panjang,walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari kelingking.Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada dikuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa,buat cokodok pisang,uli tepung,dan lain-lain..Apa ilmu pun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.Insyaallah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia,iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu,sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung lagi,telinga dan sewaktu dengannya..

Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah:




(Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku,Al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadith pun…Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya,dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya,dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan,ianya suatu yang tidak ada dalilnya,ia merupakan suatu yang tercela di sisiku,sekiranya seseorang menggambarkan,cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya,maka jari-jari yang lain,dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu.Ya! memulakan dengan yang kanan samada tangan ataupun kaki itu ada asalnya,kerana Nabi Muhammad s.a.w suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar. Seeloknya kita buang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah dan bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih.


sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo