Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Tuesday, May 31, 2011

Mencari cinta hakiki~


"Biarlah cinta di dunia itu pergi lenyap dan berganti "dia"..sedangkan kita punyai cinta hakiki yg belum kita tagihi.. Kini aku mahu mencari cinta itu"

Entah mengapa sejak akhir-akhir ni aku ada rasa nak mula menutupi bahagian rambutku.. terdetik hati nak pakai tudung.. banyak kali aku terfikir-fikir.. Mungkin telah masanya.. Aku berdoa sangat Allah kuatkan hasrat aku ini.. Semoga aku cukup yakin yang aku dapat melakukan ini..

"Aku perlukan perubahan itu..Ya Allah kau yakinkan hatiku~"




Pasang 1, 2, 3, 4...............

Aku sangat hairan dengan lelaki buaya darat. Macam mana mereka ni membahagi masa main pasang 1, 2, 3, 4, 5..........

Banyak sangat masa terluang ker?

Banyak sangat cinta untuk dicurahkan ker?

Banyak sangat hati untuk mengambil berat ker?

tak faham...tak fahammmmm~


Dugaan


"Dugaan itu datang untuk menguji kekuatan hambanya bukan untuk melemahkan..Wallahualam"

Dugaan itu semua diberikan kepada hamba2Nya yg layak untuk terima..maka pasti seseorg itu dpt mengatasinya dan mencari penyelesaian juga belajar drpdnya..Cuma masa n iman yg menjadi ketentuan samada berjaya atau tidak dlm dugaan tu..jangan putus asa dengan nikmatNya...jgn putus asa dgn memohon doa daripadaNya...insyallah berjaye dunia n akhirat...amin...


Friday, May 27, 2011

Materialistic aka Gold Digger

I see you driving 'round town with the girl I love
and
I'm like forget you

Oo, oo, ooo
I guess the change in my pocket wasn't enough
I'm like forget you and forget her too!

I said, "If I was richer, I'd still be with you"
And although there's pain in my chest
I still wish you the best with and a Forget you!
Oo, oo, ooo

Yeah I'm sorry, I can't afford a Ferrari, but that don't mean I can't get you there.

He's xbox and I'm more atari, but the way you play your game ain't fair.


Now I know, that I had to borrow, beg and steal and lie and cheat
Tryin to keep ya, trying to please ya.
'Cause being in love with yo ass ain't cheap.


I pity the fool that falls in love with you
Oh shh she's a gold digger

Just thought you should know nii
Ooooooh

Well I've got some news for you
Yeah go run and tell your little boyfriend





Wednesday, May 25, 2011

Jika hatimu, pergilah~



"If u luv somethin let it go.if it comes back it's ur. if it doesn't it nvr was"


Eggan ku mengongkong

Tidak mahu ku mengurung
Jua takkan pernah ku mengikat
Aku cuma mahu kau bebas lepas
Terbang di langit yang biru
Bila sahaja engkau mahu
Pergi ke mana jua yang kau ingini
Singgah ke mana jua destinasi
Kecapi hidupmu kemahuanmu
Keindahan yang mana mahu diamati
Terbang lah kau meliar
Kemana jua yang kau mahu
Aku disini selalu mengunggumu
Setia selalu menanti kepulanganmu

Namun jangan kau pergi terlalu jauh
meninggalkan sarangmu terlalu lama
Mungkin nanti kau akan lupa jalan pulang
Pulang ke sangkarmu
Juga kau lebih gembira disitueng
Kau lebih selesa di tempat baru
Telah jatuh hati dengan keindahan itu

Jangan nanti telah berlalu masa
Masa yang berjalan terlalu pantas
Tetapi aku tersiksa bagai berkurun lamanya
Suatu hari itu mengambil keputusan
Berfikir untuk melupakan mu
Kerana beranggapan kau jua bergitu

Harapanku ia tidak terlalu lewat
Sehingga waktu yang dilewati
Jua melekakan ku dan melupakan mu
Tika itu dan di saat itu
Kau temui sangkarmu telah dihuni
Dan maafkan aku
Kerna tidak mampu menerima mu kembali....



You say you gotta go and find yourself. You say that you're becoming someone else. Don't recognize the face in the mirror looking back at you. You say you're leaving as you look away. I know there's really nothing left to say. Just know I'm here whenever you need me I'll wait for you. Take your time, I won't go anywhere. Picture you with the wind in your hair. I'll keep your things right where you left them.I'll be here for you. And I hope you find everything that you need. I'll be right here waiting to see. You find you, come back to me.I can't get close if you're not there. I can't get inside if there's no soul there. I can't face you, I can't save you. It's something you'll have to do. So I'll let you go, I'll set you free. And when you've seen what you need to see. When you find you, come back to me. Come back to me.


♥♥ David Cook ♥♥

Friday, May 20, 2011

Bina Masjid


Allah berfirman:

" Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."
( Surah An Nur ayat 32 )

Cuba kita fikirkan sejenak tentang ayat yang mulia ini dan apakah kebenaran ayat ini. Generasi hari ini menganggap bahawa kestabilan ekonomi yang sejajar dengan dunia moden adalah sukatan terhadap kelayakan seorang lelaki untuk berkahwin. Adakah kita tidak yakin dengan Sunnatullah yang Allah janjikan dalam ayat di atas ?

Adakah kita tidak memerhatikan rezeki ibu bapa kita berubah dari tahun ke tahun dan berkadar langsung dengan penambahan adik beradik kita ? Bukankah dari segi logik akal , semakin banyak adik beradik semakin sempit hidup ? Mengapa kurniaan yang kita nikmati hari ini sangat bercanggahan dengan logik akal itu ? Adakah sama ekonomi ibu bapa kita dan atuk nenek kita pada masa kini berbanding puluhan tahun lepas jika mereka orang yang tetap mendirikan solat dan menunaikan zakat ? Kita tahu semua jawapannya dengan jelas.

Kita telah menjadi saksi terhadap perjalanan hidup kita dan juga menjadi saksi terhadap perjalanan hidup ibu bapa kita jika mereka orang yang beriman. Kalaulah kebenaran itu sudah di depan mata dan bukti sunnatullah dari nas Quran sudah dibentang, mengapa kita perlu menokok tambah teori perkahwinan dan hukum pernikahan yang tidak berasal dari Allah dan Rasul lalu menganggapnya sebagai baik ? Jika kita merasakan akal kita pintar, semestinya kepintaran itu dibuktikan dengan kita menganggap pencipta akal itu lebih pintar berbanding kita. Maka pilihan yang paling tepat dan waras ialah meyakini janji-janji Allah sebagai pencipta sekalian alam.

Katakanlah:

"Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
( Surah As Saba ayat 36 )

Menariknya Allah mengatakan " kebanyakan manusia tidak mengetahui ". Mengapa kebanyakan manusia tidak mengetahuinya dan hanya sedikit yang menyedarinya ? Kerana kebanyakan manusia menjangkakan rezekinya hanya daripada gajinya sebagai jurutera, doktor, peguam dan lain-lain. Jika Allah menghalang rezeki itu dari sampai kepada majikannya, kepada siapa lagi boleh mereka meletakkan pengharapan selain daripada Allah ? Kebanyakan manusia menjangkakan bahawa dia boleh menjadi senang dengan bekerja di sektor kerajaan dan mereka menghitung-hitung wang pencen yang bakal mereka terima 40 tahun akan datang. Perbuatan ini tidak ubah seperti mereka yakin mereka dapat hidup tanpa mati sehingga waktu mereka menerima wang tersebut. Tahanlah kematian dari diri mereka sebelum pencen jika mereka orang-orang yang benar !

Kita memuji wanita-wanita yang bernikah muda ketika keperluan nikah datang kepada mereka. Adakah kita masih tidak sampai ke tahap perlunya nikah di zaman yang serba mencabar ini ? Syabas buat wanita yang bernikah muda atau yang sedang merancang dengan bertunang . Kalian membuat keputusan yang meningkatkan kemuliaan dan maruah kalian di sisi Allah. Biarlah apa sahaja tuduhan yang dilontarkan kepada kalian. Paling tidak kalian berjaya membuktikan takutnya kalian kepada Allah dengan mengambil keputusan untuk bernikah. Untuk apa kalian bernikah jika bukan kerana takut kepada azab Allah ?

Bagi mereka yang menghalangi dan menyusahkan perkahwinan dengan teori akal dan adat, mengapakah mereka menganggap pernikahan itu suatu yang lucah sehingga setiap pelakunya perlu diuji dan diberi banyak halangan ? Mengapakah pelaku nikah itu dianggap sedang " gatal hendak berkahwin " ? Tidakkah pernikahan itu ibadah dan tidakkah perbuatan menyusahkan perkahwinan itu sama dengan perbuatan menyukarkan perjalanan seseorang ke masjid ?

Bagi wanita yang ingin meneruskan hasrat murni ini, bulatkan tekad, kuatkan azam dan bertawakkal lah kepada Allah yang menciptakan kalian dari jiwa yang satu ( Adam ). Sesungguhnya Sunnatullah di muka bumi itu lebih besar dari setiap teori akal manusia. Sunnatullah pasti akan berjalan seperti yang dijanjikan sekalipun cuba dihalang oleh sekalian makhluk. Tidak mengapa jika kalian diherdik dan dipandang serong oleh makhluk di bumi asalkan kalian dipandang mulia dan diredhai yang di langit. Insyaallah.

Thursday, May 19, 2011

kenapa cintai aku?

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami...


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?


Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai yang!


Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata



'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!' Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.


Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:



'Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.'


"Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu"


Mimpi itu

Dapatkah aku menggapai bintang itu?
keindahan berkerdipan di langit gelap
Ingin ku simpan ia menjadi milikku
Supaya ia akan selalu bersamaku
Menyerikan malam-malam ku yang sepi
Mungkin bintang itu terlalu tinggi
Tidak tercapai dek genggamanku
Hanya mampu dapat ku tatap
Hanya dapat ku dambarkan keindahanya
Menjadi anagan-angan yang tiada nyata
Menjadi sebahagian mimpi indah di malam hari
Menemai ku dikala di buai lena
Kuharapkan mimpi itu indah
Hingga ke akhirnya
Agar terus aku terlena….
Ataukah cahayanya akan semakin memudar
Dari waktu demi waktu yang berlalu
Sehingga kemudian terbitnya cahaya sang mentari..
╬═╬♥
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬ \O
╬═╬ /▌
╬═╬ // i'll reach for ur HEART..

dia umpama mimpi indah yg apabila terjaga aku dapati ia hanyalah sebuah mainan tidur~
..namun ia lebih daripada itu
Kerna..
..............mataku enggan melawati mimpi lena..
...adakah hari ini terlalu indah sehingga kau tak mahu menempuh mimpi yg dulunya paling indah yg hanya kau ade?

Monday, May 16, 2011

Curigai Lagi

"This might be another joke kan....?
Perhaps!
Yeah..make fun of it while u can..."

Susah nak percaya dengan lelaki ni. i've tried! tp ada saja benda-benda yang boleh buat kita curigai..

Makin hari kepercayaan semakin menipis...
cuba aku pujuk hatiku ini..
tapi seperti semakin parah...
aku mau rasai cinta itu lagi..
kemanisannya seperti kali pertama
tapi aku hampa
seperti telah hilang mengikut masa
seperti lenyap mengikut berganti Dia
namun aku seakan-akan tidak sanggup
menahan bara yg semakin panas..
aku pertaruhkan hatiku
aku pertaruhkan jiwaku,
aku pertaruhkan cintaku
Namun jika sudah tertulis untuk aku dikecewakan
apakan daya
aku tak mampu melawan dugaanNya..

"Ya Allah, Kau kuatkan hatiku ini.. Kau tabahkan hatiku... menerima semuanya; yang gembira dan yang duka....."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo