Telah lama aku di atas muka bumi ini...
Aku merangkak, berjalan dan berlari..
Seringkali juga aku tersungkur lalu terjatuh..
Luka parah, namun aku berdiri semula
Sendirian mengubati kesakitan itu..
Berkali-kali juga aku menagis..
Ada yang terlihat..
Ada yang mengetahui..
Namun tetap aku dustai..
Jalan-jalan yang ku lalui amatlah berliku..
Telah aku temui pelbagai rupa..
Adakah dia?
Aku cubai laluan itu..
Namun ternyata laluanku temui noktah hitam..
Sering aku kembali semula ke titik permulaan..
Adakala aku terasa bergitu lelah
Sehingga adakala aku berputus asa...
Tetapi aku bukan terlalu lemah..
Aku hadapi sebagai ujian dari yang maha Esa..
Di manakah engkau?
Aku mahu menemui mu!
Sudah tak tertahan menghadapi kerinduan ini..
Hari ini kau datang.
Adakah esok kau akan berlalu pergi jua?
Seperti yang sebelumnya..
Melukakan jiwa yang mendalam
Apabila kau pergi bersama yang lain...
Berjalan aku menyusuri hidup ini..
Bertemu aku satu lagi simpang..
Naluriku kuat mahu ke sana..
Tidak tahu aku kenapa..
Sedangkan tidak tahu penghujungnya..
Adakah bakal menemui jalan mati seperti sebelumnya
Sekali lagi aku mencuba..
Berjalan aku berjalan…
Jalannya lurus, tidak berliku..
Aku selesa dan damai ketika melaluinya…
Tenang dan riang aku di situ…
Lalu aku teruskan berjalan dan berjalan…
Sehingga sampai satu ketika aku menjadi resah…
Hatiku menjadi sangat gelisah..
Kerisauan yang membuak-buak
Sering aku terlihat bermacam-macam perkara.
Petunjuk itu meyakini aku
bahawa inilah jalanya yang ku cari-cari
Adakalanya ada tanda membuat aku ragu..
Hari demi hari aku menjadi bertambah gelisah
Mula aku berfikir tentang pelbagai “akan” dan “takut”
“Akan” semuanya menjadi semakin parah seperti sebelumnya
“Takut” akan aku temui jalan mati di ujungnya
Sehingga aku berfikir terlalu dalam
Dan menyebabkan aku keliru
dengan tujuan dan kehendak
mula berfikir untuk berpatah semula
sambil dikaburi sejarah silam
berfikir ia akan terjadi semula
Sebelum segalanya menjadi terlalu parah..
Sebelum kaki terus berjalan sesat
Sebelum mendapati ia sebuah jalan mati..
kenapa dengan aku?
fikirkan dia?
semangat ku memuncak bila kau di sisi...
semangat ku merudum bila kau kata kawan..
kenapa begitu?
cuba aku mengganggap kau sahabat!
tapi sikap mu sering mencuri hati..
mengapa?
adakah dia?
dia kegembiraan ku?
dia kebahagiaan ku?
dia yang selama ini ku tunggu-tunggu..
kkadang kala aku merasakan dia..
adakala hati meragui itu..
adakah dia?
Kini ia datang lagi...
dan aku menjadi risau..
menggigil aku ketakutan..
seluruh ragaku menjadi kaku..
Adakah dia?
Benarkah itu dia?
Apakah akan sekali lagi aku tersilap?
lalu tersungkur?
Aku menjadi tegar untuk memulakan dan kemudian
Cuba ku buang perasaan itu,
Namun semakin aku buang semakin menebal rasa itu..
Oleh itu aku pergi…
Maafkan aku kerana melewati jalan ini
Maafkan aku kerana meninggalkan kesan tapak-tapak ketika aku berjalan
Maafkan aku kerana meragui segalanya
Maafkan aku kerana aku mengalah sebelum aku mengetahui hakikatnya
Maafkan aku kerana tidak mengambil risiko itu
Maafkan aku kerana aku terlalu takut
Maafkan aku kerana aku tak berani meneruskan
Maafkan aku kerana aku berpatah balik
Maafkan aku kerana aku bermain permainan dengan strategi “play safe”
Maafkan aku…
No comments:
Post a Comment