Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Friday, April 15, 2011

Mendapat Petunjuk Allah SWT


1 -Bila buat sunat istikharah, sebaiknya kita buat solat sunat taubat terlebih dahulu. Kemudian, sunat istikharah dan selepas tu sebaiknya solat hajat. Sebaiknya juga sunat istikharah ini dilakukan dalam beberapa malam dan bukan hanya pada satu malam sahaja (contohnya 3 malam, 7 malam dan seterusnya).Sunat taubat dilakukan utk memohon ampun dan membersihkan diri dari dosa sebab sbg manusia anda tak lepas dr melakukan kesilapan secara sengaja atau tak disengajakan, secara sedar atau tak disedari. Kadang-kadang kita terlalu leka dlm melaksanakan pekerjaan dunia sehingga mengabaikan tanggungjawab yg Dia amanahkan pada kita. Jadi solat hajat sebagai sokongan sunat istikharah. Kita harus memohon supaya diberikan petunjuk dan ketenangan dalam menerima apa jua petunjuk dr solat istikharah yg dilakukan..

2 - Dari segi petunjuk..ianya dtg dr pelbagai jenis..kdg2 yg kita tak jangka..dlm mimpi..dlm satu2 situasi yg terjadi dpn mata kita..dlm kata2 nasihat orang yg kita jumpa..yg penting kita perlu yakin kekuasaan Allah tu..tiada apa yg mustahil..

3 - soal dosa atau tak, saya tak berapa pasti tp setahu saya bila kita menolak petunjuk tu, seolah-olah kita tak mempercayai Dia setelah kita meminta petunjuk dr Dia. Utk membezakan ianya petunjuk atau semata-mata gerak hati sbb itu sebaiknya solat istikharah ni kita lakukan dlm keadaan hati yg benar-benar tenang dan bukan dlm keadaan kusut. Kalau hati rasa berat dgn petunjuk yg kita dpt, sebaiknya kita berdoa kepada Dia kerana HANYA DIA DPT MENGUBAH TAKDIR..insyaallah..

4- Saya tak nafikan yang ada kalanya istikaharah ni agak menakutkan sebab kebayakkan manusia melakukan istikharah ni dgn niat mendapat petunjuk yg diingini tp selalunya mereka dpt petunjuk yg agak bertentangan dgn apa yg mereka mahu..yg pasti semua ketakutan ni insyaallah dpt di atasi bila kita benar2 yakin pd DIA dan percaya bahawa tiap yg terjadi ada hikmahnya dan DIA lebih mengetahui apa yg terbaik..

doa tanpa mengenal lelah..usaha selagi terdaya..tawakal dgn ketentuanNya..

wallahua'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo