Permerhatian aku selama 8 tahun mengenali 'Lelaki'
Mengetahui kekasih anda curang:
- Apabila anda menghubungi dia mulalah nak marah-marah, walau tiada sebab untuk dia marah. Kalau adapun, padahal anda cuma salah cakap sikit jer, die dah nak melenting mcm la kita ni buat kesalahan besar. Lagi satu, dia seakan-akan berase rimas dengan anda. Kalau tanya soalan banyak sikit mula lah dia! Bila kita buat kesalahan kecil, dia memperbesarkan isu tuh "I tak boleh terima apa yang u buat. I think it's enough!", padahal cari alasan nak break-up...hahaha...
- Die akan memberi 1001 alasan tidak mahu keluar dengan kamu. Walaupun keluar bersama, dia seperti mahu pulang cepat.
- Dia dah tidak rajin telefon anda. Sebelum ni bukan main rak btol..setiap 5 minit die telefon, lama-lama jadi sehari sekali. Jika sejak kebelakangan ini, dia kadang2 telefon kadang-kadang tidak (beberapa hari sekali). Jeng-jeng-jeng! Alasan dia mugkin " I takde duit nak topup la." Oii...dulu mase belom dapat bukan main kau ye!
- Tiap kali cal jer mesti “waiting call”. Call balik masih lagi “waiting call”. Katenye " Mak i call lah." takpun "Bos i call urgent hal kerja". Sedangkan selama ni tak pernah mcm tuh. Dulu kalau terima panggilan daripada kita, tak sempat kita nak denga ringing dengan segera dia jawab cal. Situasi lain dimana; bile anda tengah cal die (iyela dah die tak reti nak call kita kan! kena la terhegeh2 tepon di pulak), suddenly ade incoming call, die bertindak mcm tak sempat-sempat nak jawab call tuh. Siap boleh end call anda ye! haihh...
- Tidak lagi suka bercerita tentang kehidupan sehariannya. Bile tanya, apa yang dia lakukan sepanjang hari, dia jwb "tak de ape2!"
- Selalu berbalas-balas sms dengan seseorang ketika keluar dengan anda. Sambil senyum sorang-sorang pulak tuh! Bila kita pandang semacam, dia akan ckp “Kawan I ni Ahmad, die buat lawak pulak….” Dan kemudian terus simpan hp dalam kocek..
- Tidak membenarkan anda membelek hp dia. Memang lah die tak kasi tgk kan, Kang kantoi pulak sms berjiwang-bersayang2 ngan pompuan lain. Tak pun gamba berpeluk2 ngn pompuan tuh!
- Mula berahsia dan memberikan alasan yang tidak munasabah. Kelakar! Bile dah tahap macam ni, start la diorg ni kasi tah ape-ape alasan yang diorg rase munasabah tp tak diterima oleh akal si pompuan... If lah korg penah mengalami "kau Curang!" ni confirm korg ingat balik alasan yang die kasi dulu sungguh kelakar! So guys, kalau korg nak sangat pilih yang terbaik tuh pegi jela...tak payah nak create cerita "putaq alam" kelakar dowhhhhh........
- Silence hp bila keluar dengan anda.
- Tersalah hantar sms dan terpanggil "panggilan yang salah!
Pendek kata kalau selama ini perbuatan die bukan begitu, dan tiba-tiba die berubah! Maka awas wahai gadis! Namun begitu wanita janganlah bersikap terjah jer.. Mungkin juga pada masa itu dia sedang dilanda masalah, dan tidak mahu kamu risau, jadi berkelakuan pelik dan menghindari kamu. Anda perlu berbincang secara baik dengan kekasih, supaya dia dapat berterus terang. Anda perlu bersikap terbuka dan tenang. Jangan mula meninggikan suara dan menuduh yang bukan-bukan. Saya percaya jika kita slow so die akan ikut slow jugak.
Bagi lelaki, berterus teranglah dengan wanita itu. Jangan kau terus bohongi dia. Perbuatan bercakap bohong itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Suatu hari bila terbongkar tembelang, ia akan menjadi dendam, dan kau bakal mengajar seorang wanita menjadi keras hati. Jadi jika benar kau telah beralih arah, terangkan kepadanya. Nescaya, jika kau sampaikan dengan baik dia akan faham.
P/s: deela ko tanya aku kan...ni drpd pengalaman yang dituntut..hahah...sape2 nak tambah boleh...dipersilakan kat komen ye..nnt aku edit!