Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Thursday, August 9, 2012

DIY Kotak Coklat

Assalamualaikum,

Rise and shine people!

Semalam Nisa sempat prepare kotak coklat sebagai doorgift untuk para tetamu yang hadir di majlis pertunagan saya nanti.

Actually, Nisa nak beli jer kotak coklat ni. Nisa survey di kedai bakeri di Petaling Jaya harga sekotak mencecah RM1.50. arkkk? orang nak makan coklat jer, nanti kotak tu diorg baling dalam tong sampah jugak! huhu..Survey lagi kat Senawang, Negeri Sembilan (alamak name kedai tak ingat, nanti Nisa update yer!) diorg jual sekotak RM1.10, kalau beli more than 100 dapat RM 1.00 sekotak), ok la rase macam nak beli. Kalau beli 50 pcs baru RM55.00. Tapi bile fikir-fikir masih rasa membazir and majlis pun lame lagi, masih ada masa nak dibazirkan, so Nisa decide nak DIY jer kotak untuk isi coklat.

Kotak coklat yang dijual di kedai

Dulu masa kecik-kecik ada buat origami kotak, tapi sekarang dah lupa cara nak buat kotak tu. So Nisa tanya lah En Google. En  Google yang sangat baik hati telah menunjukkan cara-cara nak buat kotak origami. 

Basic Instruction to DIY Origami Box-----> Click here!

Tenkiu En  Google!

Alamak! cable hp Nisa tak bawak. So gambar tak dapat nak upload, sambg esok lar..sorry my bad..



Peralatan & bahan
1. Pembaris panjang (untuk membuat garisan)
2. A4 paper yang keras
3. Benda untuk meratakan lipatan (korang bole guna benda lain, asalkan dapat kemaskan lipatan. Guna jari pun bolehhhh!!! tapi tak brape nak kemas ler hasil nyer 
4. pencil atau pen untuk melukis garisan
5. Gunting untuk potong kertas A4 menjadi segi empat tepat
6. Ribbon untuk hiasan (Nisa guna putih actually)
7. Round Doilies paper (untuk hiasan)

Final product : 3"x3"x2" box

Cara-cara


Step 1
Potong Kertas A4 supaya menjadi segi empat tepat

Step 2
Lukis garisan dari bucu ke bucu untuk mendapat garisan/ titik tengah

**selalunya dalam step origami mereka lipat dua dari bucu ke bucu. Yang mana kesan lipatan tadi akan nampak pada permukaan kotak apabila sudah siap. Jadi alternatif untuk mendapat kotak yang kemas adalah dengan lukis garisan untuk mendapat garisan tengah.

 Step 3:Lipat kertas di mana setiap bucu di bawa ke center/ titik tengah yang dilukis dalam step 2

 Step 4
Lipat keempat-empat bucu ke tengah seperti dalam gambar.
 **pastikan anda ratakan lipatan tadi menggunakan apa-apa benda yang dapat meratakan (saya gunakan lighlighter jer:P) untuk mendapat lipatan yang kemas.
 Step 5
Lipat lagi kertas tersebut seperti dalam gambar sebelah
 Step 6
ulang semula step 5 di bahagian sebelah pula.
 **kemudian buka semula lipatan tersebut selepas di kemaskan dengan perata.
 Step 7
Setelah dibuka bahagian tadi, lipat seperti step 6 pada bahagian yang satu lagi.
 Step 8
Ulang bagi bahagian lain seperti gambar sebelah.
Step 9
Buka lipatan salah satu bahagian secara bertentangan
Step 10
Lipat bahagian tepi kotak agar bertemu tepi ke tepi, dan lipat bahagian tengahnya agar kelihatan seperti kotak. Pastikan jangan senget, nanti kotak tak tegak
 **Hasil Step 10 bucu kotak yang rata
 Step 11
Lipat seperti dalam gambar sebelah
Wohooooaaa! ni lah hasil kotak origami Versi Nisa 
Bahagian luar
Bahagian dalam
 Ada 49 pcs more to go!


 Untuk buat Penutup pula, semua langkah sama seperti buat base. Cuma apabila melipat jangan lipat sampat ke bahagian center, tinggalkan sedikit ruang dalam 3-5mm dari tengah (rujuk gambar dibawah)
Teal light color paper untuk penutup
Tampal dolly paper pada atas penutup dan letak ribbon sebagai hiasan:)




Soooo...Hope you like it! Selamat mencuba dan berjimat!

5 comments:

Shepha said...

aku peminat baru blog ko ni Nisa. banyak nye idea!

:: NisaAlwy :: said...

hehu...tenkiu shepa..in future byk lg..insyallah..

Sha said...

Thanks for the idea and tutorial.boleh bagi masa nikah.hehehe..

Unknown said...

Salam Nisa,
Apa nama kedai kotak cokelat yg kat senawang tu...?

TEH JULITA SUPIAN said...

tima kasih sebab ajar... hehehe... saya pun buat cam awak gak tuk hari nikah saya... mahal sgt kotak kat luar tue...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo