Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Thursday, November 25, 2010

Grey

You enjoy a calm environment. You are easy-going and original, and will try anything once. Gentle, relaxed, and self-assured, you are capable of being everyone's friend. You have an eye for the aesthetic and you work well with others. Although outwardly appearing self-possessed, you are constantly reappraising your own situation.

Wednesday, November 24, 2010

Biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak.
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.
Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa yang sangat jauh dari sempurna.
Kerananya, ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna.
Aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak Siti khadijah.
Kerananya, ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan.
Maka, ku mohon padamu bijaklah dalam menghadapiku.
Jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah kerana bagiku kamulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.
Ingatlah, tak selamanya aku akan cantik di matamu.
Adakalanya aku akan begitu kusam dan hodoh.
Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti.
–Insya’Allah-
Maka, aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai.
Maka, mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja..
Ataukah, kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu.
Bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik pun tertidur kerana harus menjaga anak kecil kita yang sedang sakit.
Dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami.
Maka, tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..
Jadi jika esok pagi, kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku.
Maka tetaplah tersenyum padaku kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah.
Adakalanya, kau akan menemukanku begitu marah, menangis.
Bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku.
Dan mungkin saat itu, aku tak menemukanmu atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu.
Maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
Kerana bagiku, kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil.
Kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya.
Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.
Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku.
Kerana dengan itu, ku tahu kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita.
Dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya.
Walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku..
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih.
Kulitku yang bersih akan mulai kereput.
Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu..
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
Maka jangan pernah berpaling dariku.
Kerana satu yang tak pernah berubah bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit, dan detiknya telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aku dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
Maafkan aku kerana aku bukan puteri..
Aku hanya wanita biasa..

Wahai kekasih yang menjadi suami ku kelak..
dimanakah dikau sayangku?
dah tak tertanggung kerinduan ku kepadamu.
segeralah kau datang berdamping bersamaku.
Ku dambarkan hadirmu selalu..

Friday, November 19, 2010

Advantage

Memanglah adat manusia, salah satu perangai manusia yang mereka memang suka mengambil kesempatan. Pantang kita buat baik pada mereka, siaplah kau akan digunakan. Benci aku orang mcm ni.

" Ya Allah, Kau hindarilah aku dari mereka yang akan memudaratkan ku"

Tuesday, November 16, 2010

Rindu

bila rindu semakin terasa....

"parah!"

Monday, November 15, 2010

Lelaki Pelupa~

Sudah menjadi lumrah lelaki ni mudah lupa. Ade pendapat yang menyatakan yang lelaki tidak suka memikirkan hal-hal yang kecil, oleh sebab itulah, lelaki selalu tidak mengingati perkara-perkara yang mereka anggapkan remeh. Selalunyer lelaki akan lupa akan tarikh harijadi si kekasih hati, si suami pula lupa akan tarikh anniversary perkahwinan mereka. Kasihan sang wanita ni....Selalu mengharapkan somthing yang surprise dari ohh si jantung hati. Last-last keciwa....hahaha...

Sudah menjadi earth nature (sbb tak tahu la alien mcm mane pulakkan..haha..) wanita merupakan pelengkap bagi lelaki. Jika lelaki lupa, maka wanita mesti menjadi pengingatnya.

Wanita dan lelaki saling memerlukan. Perempuan sememangnya dikenali sebagai kaum yang lemah, maka memang benar wanita memerlukan lelaki. Adakah lelaki perlukan wanita? Lelaki kan gagah, tak perlukan wanita? Peranan wanita terhadap lelaki amatlah besar, oleh sebab itu wujudnya...

"Dibelakang lelaki berjaya terdapat wanita berjaya"

Kembali kepada kisah "Pelupa". Huhh... rase sangat tak dihargai bila kita tanya lelaki tentang kisah saat pertama kali berjumpa. Selalu nyer diorang ni akan salah cerita dari cerita sebenar, or maybe bila wanita tengah kusyuk bercerita, diorg tanya soalan...

"Eh???ade ke i buat macam tuh??"

wahaha...rase mcm nak WWF jer partner kita tuh kan..??hahahah...

Tapi lumrah bumi juga, tak semua manusia same. Setiap orang ade kelemahan dan kebaikan mereka. Jadi jangan hanya menilai seseorang dengan hanya pada kelemahan mereka.

Takkan ada keperibadian, sikap mahupun sifat manusia di muka bumi ni 100% sama antara satu sama jantina itu... so its not fair la bila kita terus mengecap yang lelaki macam inilah, perempuan macam itulah (sbb adakalanya ada perangai perempuan ada dengan lelaki n vise versa. Sikap seseorang is based on their background and cara bagaimana keperibadian mereka digilap ).

Thursday, November 11, 2010

Past

Yesterday I received a called from a number that have no register in my phone number directory. It was late 12 am. So I pick up jela, mane tau ade urgent ker..

Then I heard this one voice yang I mmg sangat familiar..One year ago, I pernah lah bercinta dengan lelaki ini for almost 6 months sbb tuh I kenal sangat suara tuh…sape lg si 10 days la…berborak2 kejap tp lepas tuh I letak telefon sbb die dh start nak bukak2 cerita lame..

Then I terima text dr dia..

“Hurmm.. still luv me do u…actlly I nk beytaw I dh single”

Then I reply…

“Past is past lar…I dah takda ape-ape perasaan pada u…”

he text me again…

“I noe u stil ade..
dats y u xsanggup nk recall our history..
tp xpela..at least I tau I still ade dlm ati u.
.dun worry.. xkn propose u again..”

Haha…bullshit ape ni? Perasaan i?I letak sbb rs menyampah pulak bile bercakap dalam telefon dgn dia same jer mcm I dgn 1st love…nak ckp style romantik2 konon...rase meluat pon ade…sori bukan nak berkasar bahasa..i just being honest..dulu kau dah pilih orang yg kau rase lebih baik, pilihan kau untuk tinggalkan aku…sekarang cari balik aku kenape?

“You Restart the song when you miss your favorite part”

haa…mcm tue ker? Sbb tuh dia cr aku balik eh? Kan dah dapat yang terbaik tue…

“Trust is like a piece of paper, once it's crumbled it can't be perfect”

yeahhh! I totally agreed wit this quote! It goes same to love...

“love is like a piece of paper,
once it's crumbled it can't b d same anymore"

when it crumbled, i dun think i like the texture now...i will throw it away in d dustbin..haha...!!

At first mmg la i rase sedih nk buang paper yg buruk tuh kan cuz i own it b4...but what 2 do? dia dh xcantik lar so just throw it away jela n i'll find a new one, better one....

"Sometimes someone has to walk out of your life, for someone better to walk in"

and now you will find out the ugly paper gone forever..memang dah tak ada wujud sikit perasaan dekat dia pun… Lagi pun dah hampir setahun..u ingat I nak tunggu2 u ker? This aint d 1st time laki tinggalkan i..dengan 1st love pun dah banyak kali die tinggalkan I, dah cukup dah pengalaman ditinggalkan ni…

“You never know how strong you are, until being strong is the only choice you have.”

n now I'm strong enough to say I DON’T LOVE U ANYMORE!

AND i ni pon xsengal ok! i check gf die punya fb...masuh terpampang gamba die berdua..huahuahua...sengal tol la...u can't fooled me la....i'm mature enough...sudah2 lah tue..try 2 be loyal boleh x??????????

Monday, November 8, 2010

Undefined


"Past loves, they never got very far. Wall's up, made sure I guarded my heart and I promise I wouldn't do this till I knew it was right for me. "

I’m holding on to the thought that you’re not mine. I’m going to look you in the eye, smile and say...

“You’re not mine”

Then I’ll walk away, turn around at the last moment and say..

“But I wish you were..."

"But no one, no guy that I met before could make me feel so right and secure and have you noticed I lose my focus and the world around me disappears"

Damn!

Sepuluh

♥ 10 Petujuk Jodoh ♥

Firman Allah SWT, bermaksud..

"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"

Surah Muhammad, ayat 7

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?
"Gunakan seluruh pancaindera!"

Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

"Benarkah ia seperti yang diperkatakan?"

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Wednesday, November 3, 2010

Doa

Ya Allah, seandainya dia adalah jodohku, dekatkanlah aku dengannya. Jika dia bukan jodohku dan akan memudaratkan diriku, jauhilah diriku dari dia. Berikanlah aku kekuatan untuk melupakannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo