Assalamualaikum semua,
Harini Nisa nak jadi pengkritik lagu plak.. wahaha.. Takdela kritik pun actually suke dengan lagu ni. Lagu ni mungkin dah lame kot keluar kat media, mmg sedap didengar, makin hari dengar makin bibir ni terikut-ikut pulak dengan lirik lagunyer. Well, memang dari dlu zaman muda remaja nisa suke dengan rapping Malique ni. Since dia masih lagi dengan Too Phat, album kedua "Plan B", kalau tak silap masa tu Nisa form 2 or 3. Mama salu bising "apela benda yang ko meratib ni". Meratib ni macam berzikir la.. haha..laju kan nak ikut rapping..wakaka :D
MAlique ni even rap dlm bahasa malaysia pun tidak kedengaran janggal, sbb pronunciation dia in either English or Malay, both jelas dan tepat. And lately Malique ni mula buat lagu-lagu berunsur puisi kehidupan, jiwa, sindiran dan nasihat; bermula dengan lagu Alhamdulillah.
Sejak dua menjak ini makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti