Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi..
Semua yang dirancang telah berhasil..
"We are one step foward. Alhamdulillah"
Satu perkara yang aku belajar dalam hidup adalah; berbuat baik dan bersangka baik dengan Allah s.w.t. Insyallah apa yang kita hajati akan Dia tunaikan.
Bila sampai suatu tahap aku menjadi sedikit kecewa, namun hati menjadi keras bila aku tidak lagi mengalir air mata akibat perpisahan, namun ia kerana percaya yang kuat bahawa walau siapa pun yang menghindar namun Allah swt akan sesalu ada di sisi. Jadi aku selalu mengadu pada-Nya. Tanpa aku sedari hati menjadi tenang dan dalam diam Dia mengaturkan sesuatu untuk aku.
"Bila anda meminta kepada manusia, mengetuk pintu hatinya dan meminta kepadanya berulang-ulang, maka dia akan marah kepadamu..
sedangkan Allah, tiap kali anda meminta kepadaNya, maka tiap kali itu pula Allah mencintaimu, kerana anda bersandar kepada-Nya"
Perkara kedua yang aku pelajari adalah; bila jodoh itu yang tertulis di Luh Mahfuz, maka dia lah orangnya. Allah s.w.t akan sentiasa permudahkan jalan bagi orang yang ingin membina masjid. Jadi jika perhubungan anda terlalu banyak rintangan, maka lepaskan lah. Kerana ternyata dia bukanlah orangnya.
Jodoh itu tak mengira lama atau sekejap hubungan itu, atau perkenalan anda dengan pasangan. Mungkin boleh jadi 6 bulan je macam kami dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin.
Bila kecewa kali terakhir, aku ade buat satu ikrar dengan diri sendiri; di mana takkan bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim lagi dan bila Allah temukan seorang lelaki yang akan datang, jika dia cuba menyentuh aku, aku akan suruh dia masuk meminang jika dia betul-betul mahu serius, kalau tak aku tinggal aje.
Beberapa bulan selepas itu hadir seorang lelaki bernama Fairus Akmar Bin Haji Abdul Latif, yang semakin hari kami semakin rapat. Sepanjang kami berkenalan dia tak pernah menyentuh aku secara sengaja. Kalau kadang-kala terkena tu dia cepat-cepat tarik tangannya. Heee :)
Dan sehingga sekarang takde pegang2 tangan pun tau! Korang jugak kena cube buat mcm ni! huhu..
kek khas buat bakal suami semasa sesi merisik :)
Ni resepi kek coklat yang Nisa buat, korg bole lah cube buat kasi mak bakal mak mertua. Confirm lulus..huhu..
Bahan-bahan kering
2 cwn tepung
2 cwn gula
3/4 cwn serbuk koko
2 camca teh soda
1 camca teh garam
1 camca teh baking powder
Bahan-bahan basah
1 cwn minyak jagung
1 cwn susu cair
3/4 cwn air suam
3 camca teh nescafe
2 biji telur
satu camca teh esen vanila
Cara-caranya:
- campur semua bahan kering. Kemudian gaulkan semua sampai rata dan ayak.
- campurkan semua bahan basah pula dan kacau sehingga sebati.
- masukkan bahan kering ke dalam bahan basah sedikit demi sedikit dan kacau rata.
- masuk dalam loyang or bekas dan kukus selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
- Hias dengan coklat cair serta hirisan strawberry.