Malam ini kulihat bulan tak terjatuh lalu terurai. Aku tidak mengerti apa yang harus ku lakukan. Kau telah beri indahmu dan hangatmu. Seolah-olah kau memberi harapan yang pasti membuaiku dengan penuh keajaiban. Tanpa disadari cinta itu hadir dan aku tak sanggup menghindari tapi kemudian aku sadari ku diantara kalian.
Walau ku tahu pilihanmu bukanlah aku akan ku cuba untuk bertahan untuk hatiku. Rasa yang ku pendam ini aku tak tahu sampai bila aku mampu menahannya. Ku rasakan dalam hati. Hati yang tak terungkap. Aku tak mampu melihat semua yang terjadi antara kau dan dia. Hatiku terluka. Adakah tidak kau sedari kau sedang menyakiti hatiku? Ini benar-benar sedang membunuhku. Aku sering bimbang untuk berfikir dalam kerana aku bimbang aku tidak dapat menahannya. Bagai sirna semua kata yang tak terungkap, segala rasa yang tidak pernah bicara dan tak pernah tak terucap.
Satu hati yang ku beri cinta dan ku beri rasa. Ku tak ingin kau tahu rasa ini, rasa yang menemaniku saat sepi, sedih dan marah. Namun aku sedari semua hanya mimpi kerana diriku padamu seolah tidak bererti. Sejak awal telah kau pilih jalani hidupmu dengannya. Kau tidak pernah akan mengerti cinta tulus yang kumiliki. Semoga semua kisah ini berakhir segera.
Maafkan aku tak mampu membuat kau mengerti rasa ku kepada mu. Ku tak sama seperti dirinya yang telah membuatmu bahagia. Hanya yang aku miliki cuma secebis rasa cinta yang terdalam dan terdiam. Maafkan aku tak pernah cuba untuk ungkap semua rasa sayangku padamu. Sayangku kepadamu yang juga sering aku tidak mengerti. Sudah terlalu lama, aku hanya berdiam tenggelam dalam gelisah yang tak teredam. Ia sering memenuhi mimpi-mimpi malamku.
Jika sang waktu dapat aku hentikan dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan dengan meleburkan semua batas antara kau dan aku. Andainya dapat ku lakukan itu, kita akan saling bicara tentang perasaan yang kian menyiksa, tentang rindu yang menggebu dan tentang cinta yang tak terungkap. Namun realitinya, segala rasa itu yang pastinya tak mungkin untuk dapat kau terima semua rasa yang ku cinta kamu. Tak mungkin bagiku untuk memilikimu.
Hari ini telah aku putuskan untuk jauh ku langkahkan kaki untuk pergi dari dirimu. Biarkanlah aku bawakan sejuta harapanku serta kenanganku yang indah yang pernah kita lalui bersama. Ku tahu kau mengerti bahawa cinta takkan pernah hadir antara kita, jadi relakanlah aku pergi. Maafkan lah, aku terpaksa meninggalkan mu meskipun ku tahu kau sakit hati. Ku hanya ingin kau tahu aku lakukan ini semua untuk kebaikkan mu dan kebahagiaan mu. Aku tak mampu mengatakan juga mengungkapkan. Hingga sampai saat ini, perasaan itu akan aku tinggalkan. Segala telah ku berikan namun cuma tak terungkap, tapi kau tidak pernah ada perhatian. Ku tahu kau juga merasakan dalam diam dan tidak akan pernah ungkapkan kerana dia.
Satu nafas yg tersimpan ini ku harap ia sekadar cinta biasa yang sesaat dan terus hilang. Suatu hari, saat cinta tidak membakar lagi di dalam hati ini. Waktu itu telah terlewat untuk kau mengetahui betapa aku mencintaimu dan menginginkan kamu dulu. Bagaimanapun percayalah bahawa tuhan telah mengurniakan yang terbaik untukmu yang pastinya bukanlah aku.