Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Monday, August 13, 2012

Naturacator

Posto! posto!

Assalam Beautiful

Yeay finally dapat jugak parcel dari Fatin Suhana. Nisa order Naturactor dari Fatin. Dalam hati berangan nak jadi cantik macam Fatin ni..haha..


Actually ni salah satu preparation untuk hari pertunangan saya nanti. Well, Nisa tak hire sesiapa pun untuk make-up Nisa. Make-up sendiri-sendiri laaa. Jimat sikit. Actually tak terfikir pun nak bli Naturacator ni, tapi lepas tengok-tengok page fb seorang MUA ni yang terkenal juga orang nya, dia pun pakai produk ni untuk buat job yang berharga RM1500 setiap session. Perghhhhh!

Nisa dah lama tahu Fatin guna product ni, dan ada jual juga tapi bukan sepanjang masa. Jadi nisa cepat-cepat google blog Cik Fatin, tuptup nampak satu entry pasal Fatin tengah buka order untuk product ni.

Naturacator = RM44
+
Delivery charge = RM6
---------------------------
RM50.00

Nisa belum sempat nak pakai product ni, lepas pakai nanti baru Nisa review pasal Naturacator ni yerr...


**Updated 24 Oct 12**

So sorry guys! Nisa takde pulak gambar sebelum dan selepas pada majlis tunang nisa tu. However here are transformation makeup Nisa make-up sendiri dan adik yang nisa make-up kan utk sesi photoshoot Collection tudung Al-Hubb Hunna.


Product Review : Bliv Blackhead Range

Assalamualiakum..

Review harini pendek je pasal B-liv product. I heard ramai org cakap product B-liv "Off with those head" ni product yang berkesan untuk menghilagkan white and black head di muka. So do Malaysian popular Blogger - Maria Elena, turut menggunakan product ini. So i give a shot mencuba product ni. Setakat ini, Bliv cuma didapati di farmasi SASA seta dijual secara online dalam website mereka --> Website Bliv

Bliv Off with those head dijual pada MYR139.00 (30ml) &  MYR179.90 (45ml ). Bila dengar harganya terkedu jugakla.. mahal..huhu.. Tapi sebenarnya its worth to have it. Bile Nisa tanya pada sales girl SASA tu dia kata "Bliv juga ada dalam bentuk set (sementara stock masih ada). RM199 together with Cleanser dan Tonner" Jadi Nisa minta salesgirl tadi tunjukkan. Ermm, tambah RM60 lagi boleh dapat full set. Bila fikir-fikir ermm amik jela, sebab cleanser di rumah pun dah nak habis. Pastu tonner yang Nisa ada sekarang tak sesuai pula. Finally i terpedaya denga janji-janji manis Sales girl tadi..Pejam je mata kuar duit nak cantik.. uhukkkkk

Bawah ni lah set Bliv Blackhead Range yang Nisa beli. Memang nisa suggest korang guna product ni. Serius best dan berkesan.
Bliv Off with those head 30ml  : RM139.00
Bliv squeaky clean 130ml :MYR69.90
Bliv got oil relief 130ml: MYR59.90
Total amount = RM 268.80
Set Price = RM199
Jadi Nisa jimat RM 69.80
Bliv Blackhead Set
Bliv squeaky clean 130ml
Bliv got oil relief 130ml
Pakai Off with Those head selama dua minggu, kemudian baru korang pakai peal-off mask untuk menarik keluar semua black & white head yang ada dimuka. Jangan pandai-pandai guna jari nnt ade kesan parut pula di muka. 
Bliv Off with those head 30ml


Kalau korang jalan-jalan cari baju raya, if ternampak SASA, boleh la siggah sebentar untuk mendapatkan product ni. Superb! bukan baju raya je meletupsss tapi muke anda juge berseri-seri uollssss:P


Thursday, August 9, 2012

DIY Kotak Coklat

Assalamualaikum,

Rise and shine people!

Semalam Nisa sempat prepare kotak coklat sebagai doorgift untuk para tetamu yang hadir di majlis pertunagan saya nanti.

Actually, Nisa nak beli jer kotak coklat ni. Nisa survey di kedai bakeri di Petaling Jaya harga sekotak mencecah RM1.50. arkkk? orang nak makan coklat jer, nanti kotak tu diorg baling dalam tong sampah jugak! huhu..Survey lagi kat Senawang, Negeri Sembilan (alamak name kedai tak ingat, nanti Nisa update yer!) diorg jual sekotak RM1.10, kalau beli more than 100 dapat RM 1.00 sekotak), ok la rase macam nak beli. Kalau beli 50 pcs baru RM55.00. Tapi bile fikir-fikir masih rasa membazir and majlis pun lame lagi, masih ada masa nak dibazirkan, so Nisa decide nak DIY jer kotak untuk isi coklat.

Kotak coklat yang dijual di kedai

Dulu masa kecik-kecik ada buat origami kotak, tapi sekarang dah lupa cara nak buat kotak tu. So Nisa tanya lah En Google. En  Google yang sangat baik hati telah menunjukkan cara-cara nak buat kotak origami. 

Basic Instruction to DIY Origami Box-----> Click here!

Tenkiu En  Google!

Alamak! cable hp Nisa tak bawak. So gambar tak dapat nak upload, sambg esok lar..sorry my bad..



Peralatan & bahan
1. Pembaris panjang (untuk membuat garisan)
2. A4 paper yang keras
3. Benda untuk meratakan lipatan (korang bole guna benda lain, asalkan dapat kemaskan lipatan. Guna jari pun bolehhhh!!! tapi tak brape nak kemas ler hasil nyer 
4. pencil atau pen untuk melukis garisan
5. Gunting untuk potong kertas A4 menjadi segi empat tepat
6. Ribbon untuk hiasan (Nisa guna putih actually)
7. Round Doilies paper (untuk hiasan)

Final product : 3"x3"x2" box

Cara-cara


Step 1
Potong Kertas A4 supaya menjadi segi empat tepat

Step 2
Lukis garisan dari bucu ke bucu untuk mendapat garisan/ titik tengah

**selalunya dalam step origami mereka lipat dua dari bucu ke bucu. Yang mana kesan lipatan tadi akan nampak pada permukaan kotak apabila sudah siap. Jadi alternatif untuk mendapat kotak yang kemas adalah dengan lukis garisan untuk mendapat garisan tengah.

 Step 3:Lipat kertas di mana setiap bucu di bawa ke center/ titik tengah yang dilukis dalam step 2

 Step 4
Lipat keempat-empat bucu ke tengah seperti dalam gambar.
 **pastikan anda ratakan lipatan tadi menggunakan apa-apa benda yang dapat meratakan (saya gunakan lighlighter jer:P) untuk mendapat lipatan yang kemas.
 Step 5
Lipat lagi kertas tersebut seperti dalam gambar sebelah
 Step 6
ulang semula step 5 di bahagian sebelah pula.
 **kemudian buka semula lipatan tersebut selepas di kemaskan dengan perata.
 Step 7
Setelah dibuka bahagian tadi, lipat seperti step 6 pada bahagian yang satu lagi.
 Step 8
Ulang bagi bahagian lain seperti gambar sebelah.
Step 9
Buka lipatan salah satu bahagian secara bertentangan
Step 10
Lipat bahagian tepi kotak agar bertemu tepi ke tepi, dan lipat bahagian tengahnya agar kelihatan seperti kotak. Pastikan jangan senget, nanti kotak tak tegak
 **Hasil Step 10 bucu kotak yang rata
 Step 11
Lipat seperti dalam gambar sebelah
Wohooooaaa! ni lah hasil kotak origami Versi Nisa 
Bahagian luar
Bahagian dalam
 Ada 49 pcs more to go!


 Untuk buat Penutup pula, semua langkah sama seperti buat base. Cuma apabila melipat jangan lipat sampat ke bahagian center, tinggalkan sedikit ruang dalam 3-5mm dari tengah (rujuk gambar dibawah)
Teal light color paper untuk penutup
Tampal dolly paper pada atas penutup dan letak ribbon sebagai hiasan:)




Soooo...Hope you like it! Selamat mencuba dan berjimat!

Wednesday, August 8, 2012

Baju tunang

Assalamualaikum..

23 more days to go...huh? org lain kira nak raya tapi aku kira hari lain pulak.. huhu..excited dan risau pulak ape akan jadi hari tu nanti.. hopefully semua berjalan lancar..

Anyway banyak jugak benda yang Nisa dah buat, cuma perkara yang penting-penting belum settle lagi..

Color pilihan baju warna teal light atau coral green atau mint green. Cume buat baju kurung modern yang ade detailing patch lace, diamante dan manik-manik.
Jenis kain pula nisa suke guna chiffon, then satin as inner (sbb chiffon ni bile dh jadi baju dia ade unsur flow-ey gitu) ahaks! Kain satin & chiffon beli yang murah aje kat Kamdar SS2, Petaling Jaya.. HAHA.. Satin RM6.80 per meter, chiffon pulak RM5.00 semeter. 
Kain lace nisa beli kat Osman House of Exclusive Fabrics, Semua House, Jalan TAR. Kedai ni kat tingkat 1, harga lebih murah kalau nak dibanding kedai yang lain. Ooookkkk laaa, Nisa bli 1 meter je, RM100 semeter. cukup untuk buat patch lace kat baju kurung modern.

Satin RM6.80 * 3.5 meter = RM23.80
Chiffon RM5.00 * 4 meter = RM20.00
Lace RM 100 * 1 meter = RM100
Total = RM143.80

Ok kan yeayyy! so skrg kena start gunting lace!

Anway untuk nampak lebih seri pada wajah baju, Nisa tambah dengan manik pearl warna cream kat lace tu. Emm, nampak macam tak naik, Nisa bli pulak pearls warna hijau pale. tambah lagi Acrylic Sew-On Stones. Nak beli Acrylic stones ni kena pandai jugak, jangan cari yang pale, kalau bole bli yang shining2 gitu. Ade jugak yang murah dan cantik. Ade yang tak begitu bagus kualitinyer, so pandai-pandai k.. mungkin klau ber kesempatan Nisa akan buat comparison mane yang cntik dan yang tak berapa nak cantik..huhu..

btw, kalau xjumpe jgk kat kedai-kedai, jenis acrylic sew on stones yang cantik, meh nisa pun ade jual, cuma RM3 per pack, ada 10 pcs & 8 pcs ikut size. --->RM3 |Acrylic Sew-On Stones

Manik (sila abaikan panorama di belakang:P)
So hasil tangkapan kat Kedai *** (sorry i'll update later) Nisa dapat beli macam-macam manik (oh habis duit nak kawin T_T)

Ok now Nisa nak tunjuk the transformation dari plain white lace kepada yang lebih berseri..hua3!





Tak siap lagi lace tu..huhuh..Sekian untuk kali ini.
Nanti Nisa update lagi :)
[5 Sept 12 update]

Nisa tlg sembat untuk sambung lengan dgn badan baju

Baju yang sudah siap dijahit mama
Disebabkan ramai yang google tentang baju tunang ni, so here's an update tentang baju tunang Nisa. Kain ela 4 meter beserta kain inner dipotong oleh Nisa sendiri, tapi mama Nisa yang jahitkan kain tu menjadi sepasang baju kurung modern.

full pic baju tunang nisa lupe amik..my bad..huhu..tak pe nnt nisa update lg yerrr..so bwh ni ade gambar baju tunang nisa wlu pun tak brape nak jelas..hehehe:)



P/S : Sew-on Patch Lace & borderlace available for SALE!!

Updated on 18 Sept 13




Stock 4: 6/3/13
Tinggalkan email/no tel pada ruang komen kepada sesiapa yang berminat...
Bole naikkan seri baju yang plain atau jahit pada tudung atau selendang!

Apa boleh buat dengan patch lace ni?



Jika anda berminat sila drop email ke 
atau visit our fb page 


Lebih banyak stock border lace & macam2 lg kat sana. Pape cari nisa di email or fb page ye si cantik semua

Jangan lupa visit & LIKE our fb page 

Duit T_T

Assalamualikum..

Duit adalah perkara yang paling mencabar dalam perancangan majlis perkahwinan. Bukan apa kalau boleh nak buat secara kecil-kecilan je. tapi menjadi trend sekarang ni, kos perkahwinan agak tinggi. Pening kepala mane nak cari duit.

Hurm..walaupun gaji RM3k++, memang cukup untuk menampung perbelanjaan diri dan dapat la jugak kasi duit dan belanja keluarga. Tapi sejak-sejak nak plan untuk kawin ni, ofcos la kena spend duit untuk bli itu dan ini, jadi rasa macam tak cukup pula duitnya..

tup-tup pagi tadi check PDRM kat myeg.com, ALAMAK! ade dah dua extra saman speeding. Hurm, both on last July. Lagi pening kepala fikir mane nak korek duit. yang existing saman pun tak settle lagi (saman eksiden last year). Dah la end of Sept ni kena renew lesen. Adui parah. Nasib baik renew road tax & insurance on Oct or  Nov (tak ingat). Haiyaaaa...macam mane nak kumpul duit kawin mcm ni :(

Mungkin aku kena la amalkan doa ni, supaya dapat mengurangkan gelisah dan hutang. Sesiapa yang ade masalah mcm aku pun bole same la amalkan. Insyallah.


بسم الله الرحمن الرحيم 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Allahumma inni a'udzubika minal hammi wal-hazan 
Ya Allah, aku mohon dijauhkan sedih dan gelisah

wa a'udzubika minal 'ajzi wal kasali
dan aku mohon jauhkan dari gopoh dan malas

wa a'udzubika minal jubni wal bukhli 
dan jauhkan dari menjadi penakut dan kedekut

wa a'udzubika min ghalabatid dayni 
dan jauhkan dari belenggu hutang

wa qahrir rijal 
dan paksaan orang lain

Thursday, August 2, 2012

Important tools

Wedding preparation takkan jadi lancar tanpa tools 'wajib' ni. So bile korang nak start buat persiapan perkahwinan perlu sediakan tools ni dlu. huhu..

Double sided tape

Measuring tape

Gunting
Glue gun & glue stick


pisau
cutter

Playar

So ape tunggu lagi, jom serbu kedai hardware :P

Engagement preparation

Assalamualaikum semua....

Hati riang gembira nak tunggu lagi 29 hari. hehe..Well, atas persetujuan dua pihak, we decide to pick: 

1st of Sept 2013 

as our Engagement day
wow!

Antara persiapan yang nak kena buat termasuk lah:

1. Decoration & theme 
    Concept sedikit English Vintage style yang akan pakai fresh flower warna pastel dan dekorasi majlis dengan barang-barang ala Vintage. However, Nisa lebih ketengahkan kepada color blue and green ataupun teal light color ataupun color firus (hijau kebiruan) huhu.. Mcm suke sgt plak kat En Fairus ni sampai tema pun ala-ala name dia jugakkan :P 
Actually it's just a coincident, Nisa pick warna hijau sebab color favorite bakal tunang. Then hijau semata tak berapa nak cantik and too common, so i like the teal light color. Bile bgtau bakal tunang, dia cakap "ape ni tiru2 name org" then baru Nisa realize. yup! just like his name. ofcos i do love him so much :)




2. Menu makanan
    My mom decided nak masak sendiri. HUH... dah banyak kali i sebut nak suruh tempah or katering aje. but she refused, katenyer tak masak banyak pun..errrr..bole la mom, i just nak senangkan je. tp she insist nak buat jugak, i ok jer.. So, nanti kena la g shopping bli barang mentah. bole buat hujung-hujung hari nanti. Hopefully everything turns out well. 

Menu? Ade dah.. nanti i update skali with actual pict.. bile? ofcos la lepas majlis kan..huhu..

3. Door gift pihak lelaki
As simple as i can. Maybe a brown paper bag with oil dolly paper & thank you tag. lebih kurang macam pict bawah ni.


Isinyer pula, air minuman & chocolate. mungkin nak masuk cookies skali.. tgk la sempat tak nanti..

4. Pakaian, vail & make-up
    Design baju dah difikirkan, ala-ala baju 60's patched with white lace and sparkle with beads & sawoski diamante. Color baju Nisa exectly macam baju bawah ni.

5. Pelamin
takde pelamin pun cume Nisa nak letak curtain chiffon warna cream/beige kat satu dinding rumah. then akan hias sikit-sikit dengan bunga atapun hiasan kertas. Then akan letak sebuah kerusi kat tengah-tengah supaya ade tempat untuk bakal mak mertua (cewahhhh) sarung cincin sebab mak Fairus ni kakinyer sakit, so lebih baik nisa sedikan kerusi daripada duduk bersimpuh kan? yeahh.. Pastu, adela jugak tempat yang cantik bole duduk untuk bergambar :P 

6. Kemah, kerusi & meja
Kemah, kerusi & meja belum lagi ditempah. Insyallah another one week. Awal sangat nanti takut tak ingat plak org nak pasang kemah :P

7. Hantran
We decide cume 3 dulang dibalas 5 sahaja. Ala hantaran ni buat syarat je. Lagipun tak ade barang-barang yang mahal pun. All edible item jer, macam chocolate, cookies, cake & fruits. dan yg paling penting sirih junjung.

8. Photographer
Ni lagi best! i ask sister i jer Aainaa untuk capture pic haritu. Editing serah je kat i..hua2.. nak budget punya pasal kan. Anway if korang nak tahu, i'm actually a part time wedding photographer. Nak hire photographer yang capture gambar cantik2 tp sume letak harga mahal. Photographer yang amik gambar tah pape jer baru murah, below my expectation. So, sebab tu la ade kamera DSLR sendri, i just need to ask my sis amik, setting sume i buat. Ala, tapi sis i pun pandai dlm bab setting ni, sbb dia student mass com di UiTM, ade belajar DSLR sume, memula dlu sebelum jadi wedding photographer i beli dslr tu untuk dia blajar. but now i cari duit tambahan dengan kamera tu. Best woo..!

bole la visit page LensaNisaAlwy & N.A.F The Images kat fb. bole request quotation if berminat kat nisa_alwy@yahoo.com atau naftheimages@yahoo.com 

alamak!  teriklan kejap :P







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo