Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Showing posts with label RhythmOfPatriotism. Show all posts
Showing posts with label RhythmOfPatriotism. Show all posts

Friday, November 11, 2011

PRU13

Clean the electoral roll
Reform postal voting
Use of indelible ink
A minimum campaign period of 21 days
Free and fair access to mainstream media
Strengthen public institutions
Stop corruption
Stop dirty politics

Salurkan pendapat anda mengenai kaedah terbaik bagi memantapkan lagi sistem pilihanraya melalui Emel:

jkpilihanraya@parlimen.gov.my atau portal www.myideas.my

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 12, 2011

Bila Islam itu Dipersenda, Bila Melayu itu Dicerca~

Melayu mahupun Islam...teruskanlah lalai dan tutup mata...sampai nnt suatu hari semua tergadai

Perjuangan Belum Selesai~

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad

Monday, July 11, 2011

Dear Malaysian~

Aku tak paham ade certain rakyat malaysia yang terlalu taksub dengan negara luar.
Padahal baru menjejakkan kaki beberapa kali di negara itu.
OOOooo..macam la kampung halaman dia pulak..
kadang-kadang bila mendapat sokongan dari negara luar, mereka seakan-akan mengiyakan apa yang negara asing itu lakukan terutama negara seperti erop, ame, aus dan sing.
tolong lah buka mata.
hujan emas di negara org, hujan batu di negara sendiri, macamana pun kau tetap asal usul sini jugak.
takyah nak taksub sangat dengan negara org.
bersyukurlah kau dapat tinggal di negara yang aman.
kau belum tahu lagi negara org
samada bagus atau tidak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo