Jom la Follow Saye:)

Searching for female photographer?

Monday, April 25, 2011

Andai Lelaki Tahu

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda.

Failed Man's Heart

1. Wanita yang suka mengumpat

2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal

3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki

4. Merokok

5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki

6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian

7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul

8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..

9. Wanita yang bersikap hipokrit

10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki

11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki

12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang

13. Pakaian wanita berselerak di biliknya

14. Tidak bertanggungjawab langsung

15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya

16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh

17. Boros berbelanja

18. Tidak tahu/malas memasak

19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati

20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.

Tak Berkenanlah lelaki mcm ni!



1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Tuesday, April 19, 2011

Situasi Minda


Bila aku di sini fikiran ku bergelora
Bila aku di sini wajah mu di mata
Bila aku di sini ruang minda ku bersepah
Bila aku di sini hidup sementara indah
Mengenang angan-angan lalu
biarkan Ku tolak ke tepi
Ku berangan dalam suasana sepi
biarkan Usah diganggu lagi
Jangan ku ditinggal, terperangkap, dikurung di sini
biarkan usah ku menahan diri
Sudah lama teringin ku merenung permata
Yang dikurniakan kepada mu
Tapi bila ku merenung terlalu lama
kembali angan-angan ku
Tiba masa tuk ku pulang
Izinkan ku berlengah sementara
Di sini di ruang tamu
Di sini sebalik memori kasih dulu
Di sini di ruang taman minda ku
Di sini angan-angan kembali
Ku tak sangka situasi minda dapat mempengaruhi ku begini
Ku cuba simpan ditanam, ditelan tapi emosi kembali lagi
Ku habis menulis bab terakhir
Ku dah tinggalkan zaman mata berair
Ku tampil ke depan ku tak ingin kembali
Tapi ku masih rasa begini
Kembalikan hatiku dari penjara kasih hatimu
Sabar ku ucap kepada angin, tabah hatiku berdiri
Tapi bila ku seorang diri, ku lemas dalam mimpi
Kembalikan hatiku dari penjara kasih hati
Tapi bila ku bangun dari khayalan mimpi ku ini
Ku lemparkan wajah mu dari halaman minda ku lagi
Sekian lama ku tunggu Sekian lama ku mimpi
Sekian lama ku nyanyi

Friday, April 15, 2011

Mendapat Petunjuk Allah SWT


1 -Bila buat sunat istikharah, sebaiknya kita buat solat sunat taubat terlebih dahulu. Kemudian, sunat istikharah dan selepas tu sebaiknya solat hajat. Sebaiknya juga sunat istikharah ini dilakukan dalam beberapa malam dan bukan hanya pada satu malam sahaja (contohnya 3 malam, 7 malam dan seterusnya).Sunat taubat dilakukan utk memohon ampun dan membersihkan diri dari dosa sebab sbg manusia anda tak lepas dr melakukan kesilapan secara sengaja atau tak disengajakan, secara sedar atau tak disedari. Kadang-kadang kita terlalu leka dlm melaksanakan pekerjaan dunia sehingga mengabaikan tanggungjawab yg Dia amanahkan pada kita. Jadi solat hajat sebagai sokongan sunat istikharah. Kita harus memohon supaya diberikan petunjuk dan ketenangan dalam menerima apa jua petunjuk dr solat istikharah yg dilakukan..

2 - Dari segi petunjuk..ianya dtg dr pelbagai jenis..kdg2 yg kita tak jangka..dlm mimpi..dlm satu2 situasi yg terjadi dpn mata kita..dlm kata2 nasihat orang yg kita jumpa..yg penting kita perlu yakin kekuasaan Allah tu..tiada apa yg mustahil..

3 - soal dosa atau tak, saya tak berapa pasti tp setahu saya bila kita menolak petunjuk tu, seolah-olah kita tak mempercayai Dia setelah kita meminta petunjuk dr Dia. Utk membezakan ianya petunjuk atau semata-mata gerak hati sbb itu sebaiknya solat istikharah ni kita lakukan dlm keadaan hati yg benar-benar tenang dan bukan dlm keadaan kusut. Kalau hati rasa berat dgn petunjuk yg kita dpt, sebaiknya kita berdoa kepada Dia kerana HANYA DIA DPT MENGUBAH TAKDIR..insyaallah..

4- Saya tak nafikan yang ada kalanya istikaharah ni agak menakutkan sebab kebayakkan manusia melakukan istikharah ni dgn niat mendapat petunjuk yg diingini tp selalunya mereka dpt petunjuk yg agak bertentangan dgn apa yg mereka mahu..yg pasti semua ketakutan ni insyaallah dpt di atasi bila kita benar2 yakin pd DIA dan percaya bahawa tiap yg terjadi ada hikmahnya dan DIA lebih mengetahui apa yg terbaik..

doa tanpa mengenal lelah..usaha selagi terdaya..tawakal dgn ketentuanNya..

wallahua'lam

Solat Sunnat Istikharah

Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.

Bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan, maka umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah. la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya ialah Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."


Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

----------------------------------------------------------

Lafaz dan niatnya adalah seperti berikut:

أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

U’solli sunatan istikharah rakataini lillahi ta’ala
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Kaedah 1
1. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca ayat Al-Kursi (7 kali).

2. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca Surah Al-Ikhlas (11 kali).

3. Dalam sujud yang terakhir, baca tasbih/doa sebanyak 40 kali.

4. Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah doa* kepada Allah S. W.T. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

Kaedah 2 (yang lebih ringkas)

1. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca Surah Al-Kafiruun (1 kali).

2. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca 1 Surah Al-Ikhlas (1 kali).

3. Selepas selesai memberi salam, bacalah doa* seperti dalam Kaedah 1 di atas.

Doa* seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

*Doa Solat Istikharah

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ،وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ،وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ،وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ............ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ................... شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ ،


(Allaahumma inni astakhiiruka bi'ilmika , wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata'lamu wa laa a'lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama'aasyii wa 'aaqibati amrii, 'aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma'aasyii wa 'aaqibatu amrii 'aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni 'anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka 'alaa kulli syai-in qadiir)

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang gaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.
Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, yaitu berniat solat istikharah. Bila mungkin laksanakan sesudah lewat tengah malam, setelah bangun tidur. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya:

"Ya Allah, jikaEngkau mengetahui urusan ini....(sebutkan namanya)"

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah

2) Takbiratul Ihram

3) Doa Iftitah

4) Membaca surah al-Fatihah

5) Membaca Surah al-Qur’an

6) Rukuk

7) Iktidal

8) Sujud

9) Duduk antara dua sujud

10) Sujud kali kedua

11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)

2) Duduk untuk tahiyyat akhir

3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

4) Membaca doa Istikharah


BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SOLAT ISTIKHARAH

1) Solat Istikharah dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.


2) Solat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah (harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.


3)Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut.

Firman-Nya:

وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ

وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya:

…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216


4) Solat Istikharah ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan solat-solat sunat seperti solatRawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi rahimahullah:


Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.


Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.


5) Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.

Adakah Dia (Full)

Telah lama aku di atas muka bumi ini...
Aku merangkak, berjalan dan berlari..
Seringkali juga aku tersungkur lalu terjatuh..
Luka parah, namun aku berdiri semula
Sendirian mengubati kesakitan itu..
Berkali-kali juga aku menagis..
Ada yang terlihat..
Ada yang mengetahui..
Namun tetap aku dustai..
Jalan-jalan yang ku lalui amatlah berliku..
Telah aku temui pelbagai rupa..
Adakah dia?
Aku cubai laluan itu..
Namun ternyata laluanku temui noktah hitam..
Sering aku kembali semula ke titik permulaan..
Adakala aku terasa bergitu lelah
Sehingga adakala aku berputus asa...
Tetapi aku bukan terlalu lemah..
Aku hadapi sebagai ujian dari yang maha Esa..
Di manakah engkau?
Aku mahu menemui mu!
Sudah tak tertahan menghadapi kerinduan ini..
Hari ini kau datang.
Adakah esok kau akan berlalu pergi jua?
Seperti yang sebelumnya..
Melukakan jiwa yang mendalam
Apabila kau pergi bersama yang lain...
Berjalan aku menyusuri hidup ini..
Bertemu aku satu lagi simpang..
Naluriku kuat mahu ke sana..
Tidak tahu aku kenapa..
Sedangkan tidak tahu penghujungnya..
Adakah bakal menemui jalan mati seperti sebelumnya
Sekali lagi aku mencuba..
Berjalan aku berjalan…
Jalannya lurus, tidak berliku..
Aku selesa dan damai ketika melaluinya…
Tenang dan riang aku di situ…
Lalu aku teruskan berjalan dan berjalan…
Sehingga sampai satu ketika aku menjadi resah…
Hatiku menjadi sangat gelisah..
Kerisauan yang membuak-buak
Sering aku terlihat bermacam-macam perkara.
Petunjuk itu meyakini aku
bahawa inilah jalanya yang ku cari-cari
Adakalanya ada tanda membuat aku ragu..
Hari demi hari aku menjadi bertambah gelisah
Mula aku berfikir tentang pelbagai “akan” dan “takut”
“Akan” semuanya menjadi semakin parah seperti sebelumnya
“Takut” akan aku temui jalan mati di ujungnya
Sehingga aku berfikir terlalu dalam
Dan menyebabkan aku keliru
dengan tujuan dan kehendak
mula berfikir untuk berpatah semula
sambil dikaburi sejarah silam
berfikir ia akan terjadi semula
Sebelum segalanya menjadi terlalu parah..
Sebelum kaki terus berjalan sesat
Sebelum mendapati ia sebuah jalan mati..
kenapa dengan aku?
fikirkan dia?
semangat ku memuncak bila kau di sisi...
semangat ku merudum bila kau kata kawan..
kenapa begitu?
cuba aku mengganggap kau sahabat!
tapi sikap mu sering mencuri hati..
mengapa?
adakah dia?
dia kegembiraan ku?
dia kebahagiaan ku?
dia yang selama ini ku tunggu-tunggu..
kkadang kala aku merasakan dia..
adakala hati meragui itu..
adakah dia?
Kini ia datang lagi...
dan aku menjadi risau..
menggigil aku ketakutan..
seluruh ragaku menjadi kaku..
Adakah dia?
Benarkah itu dia?
Apakah akan sekali lagi aku tersilap?
lalu tersungkur?
Aku menjadi tegar untuk memulakan dan kemudian
Cuba ku buang perasaan itu,
Namun semakin aku buang semakin menebal rasa itu..
Oleh itu aku pergi…
Maafkan aku kerana melewati jalan ini
Maafkan aku kerana meninggalkan kesan tapak-tapak ketika aku berjalan
Maafkan aku kerana meragui segalanya
Maafkan aku kerana aku mengalah sebelum aku mengetahui hakikatnya
Maafkan aku kerana tidak mengambil risiko itu
Maafkan aku kerana aku terlalu takut
Maafkan aku kerana aku tak berani meneruskan
Maafkan aku kerana aku berpatah balik
Maafkan aku kerana aku bermain permainan dengan strategi “play safe”
Maafkan aku…

Tuesday, April 12, 2011

Meluat

Bagi pendapat mudah, bercakap lagi mudah!

U can spill everything whateva cross ur mind which ur brains think it’s make sense and right! Konon-konon ikot Islam dan ikot sunnah.
But when u caught in the middle of nowhere u will do what every man r doing. Cause u're just a normal human and we all make mistakes! So don’t you pretend like u are perfect! Sembang lebih! Jgn Ego boley tak?

Thursday, April 7, 2011

Idaman Hati

Aku dapat satu request dari seorang yang bernama lelaki. Konon-kononnya, dia cuba nak carikan pasangan untuk aku. So, dia bertanyakan ape cirri-ciri lelaki idaman yang aku nak. Hurmm.. Aku pun tidak berapa pasti apa yang aku nak. Jadi, aku bertanyakan kat girlfriend yang dalam list Facebook aku.

Thanks to JueOhJue, Deela Shari, Farah Yasin, Akmar Aina Kamar and Erintz Eone… ohh I almost forgot and Soleh Adnan…? Erkkkkkk….haha…

Ni aku dah simplified ape yang mereka dah senaraikan. Explanation and elaboration! Thanks guys!

1. Beriman:

Lelaki yang berilmu agama supaya dapat meminpin kita kelak atlest tak cari yg jahil. (nak yang sangat beriman cari mcm ustaz laa kan..) Kita mahu lelaki yg mampu memimpin. Memang ada benar apa yang org tua-tua cakap, nk hubungan yg baik mesti tgk salasilah agama dia. Bukan la ko g wat test paper agama mcm SPM kan, skurangnya ko nmpk dr cara bualan dia/tgk gaya dia/ solat ke tidak... basic thing psl solat laa.. nk carik yg complete 5x sehari mmg terbaik..nk best tgk laki ni g smbhyg jumaat ke tak..

2. Penyabar spy sentiasa sabar dgn kerenah pasangan. Taknak HOT tampered!

3. Sayang - dia sayang kita mcm dia sayang famili dia. Ini menunjukkn tanda untuk hubungan yang serius. kalau dia sedia membawa kita jumpa org tua dia. Tp kalau sudah menjadi hobi dia bawa perempuan tayang kat org tua dia macam fesyen show tu tak tahu la kan.

4. Pendengar yg setia supaya apa luahan, rintihan pasangan dia sedia untuk mndengar.

5. Jujur supaya hati kita tidak sakit

6. Setia. kesetiaan memang menjadi element yang sangat penting jika kita menjalinkan hubungan jarak jauh.

7. Penyayang especially bila kita sakit.

8. Tidak berkira -1) uishhh klo ada laki yg berkira soal duit la slalunya mmg tak gentle la kan..tp ini tak bermaksud kiter harapkan dia je yg mmbayar klo mkn/kuar date kan..sharing laa kdg2 tu. sbb ada laki ni biler kiter nk tlg bayrkan makan la specially, dia tak suka..sbb dia rasa tak selesa..(haa laki tergolong dlm spesies ni mmg kira ok laa...tp jgn trus kita kelabu mata biler dia wat cmtu, sbb kdg2 laki ni saje nk menunjuk jer..tp dlm hati kite tak tahu, ntah2 dia menyumpah kiter ke kan..so kiter kne tnya dia sama ada dia ikhlas ke tak laaaa..).. 2)berkira dr segi keduanya plak..klo soal nk jemput kiter kt umah ke kt opis ke kan..ade laki ni dia suh kiter nek train la bus laa spya dkt dgn dia then tak susah ..tp ade laki ni plak jenis tak berkira, dia sanggup amik/anta kiter dpn2 umah sbb dia nk kiter slamat dpn mata dia.. haaaa ni baru protector!

9. Memahami - bak kata omputih understanding .. yelah kdg2 kiter nk bercerita msalah kerja kt dia tp dia tu takde la tahu cara kerja kiter kt opis kan..so atleast dia phm laa yg kerja kiter ni mcm mana.. klo jmpa client tu kdg2 bole smpi 2-3 pagi.. so jgn la dia pikir kiter ni pnjg langkah plak amik kesempatan kan

10. Menerima kekurangan kita seadanya dan tidak menganggap kekurangan itu sbb satu beban. kadang2 kita ni perempuan ni ade masanya hot temper lagi-lagi time nk menses tu kan..so hope laki ni terima la klo kiter time tu moody ker angin taufan tetibe ke kan..jgn la anggap kiter ni perfect je kan..kiter manusia biasa jgk..ada masa marah n berangin ataupun, kekurangan kiter dr segi kita tak pndai masak.. (ini bkn utk aku sbb aku terer masak) haaaaa ..ade ppuan ni kurang pndai lg bab masak2 ni..so laki yg duk bercinta dgn kta ni jgn la buat conclusion yg kite ni slamanya tak pndai msk..cooking skill ni dtg dgn sndrinya tnpa sedar.. so pndek citer, para lelaki sebaiknya yg dpt terima kekurangan kiter laa..dan vice versa laa

11. Susah senang bersama - ini plg pnting, sbb kiter nk cari psgn yg kita ada d msa senang n susah..jgn time senang je nk berkawan/bercinta nnt biler dpt dugaan/ujian sket da gelabah ntak selesa..nk carik org lain (klo ade mamat gni..blah siap2 sbb takley pakai)

12. Bekerja- Keje pn kena bgus gak lah. Xkeje nt aku nk mkn ape plak. Huhu..lelaki yang kuat berusaha dan gigih. lelaki yang mempunyai wawasan dalam hidup serta mempunyai kehidupan cerah!

13. Paras rupa -Sedap mata memandang BONUS!

"What a girl wants, what a girl needs"

You let a girl know how much you care about her. I swear you're the one who always knew.

Whatever makes me happy sets you free and I'm thanking you for knowing exactly.

Whatever keeps me in your arms and I'm thanking you for giving it to me.

What I want is what you got and what you got is what I want.

Somebody sensitive, courageous, sexy, cool

I'm thanking you for being there for me

Whatever keeps me in your arms


* Jue Oh Jue : Jujur, penyabar, beriman, penyayang.

* Erintz Eone: memihak, penyabar

* Akma Ainaa: penjaga Hati, bukan pengongkong, Setia, bekerjaya, sedap mata memandang

* Deela: pendengar setia, sedia berkorban & susah senang bersama, berilmu agama, tidak berkira, memahami, sayang seperti keluarga, menerima kekuranga.

* Farah: beriman,jujur,setia,penyayang,penyabar,badan taf,sedap mata memandang,pandai buat lawak,byk duit,boleh buat keje2 rumah,jaga anak,memasak dan byk lagi..

* Soleh: terima seadanya.


Saturday, April 2, 2011

Wang Hantaran Mahal!

SEBELAS dulang berbalas 15 termasuk jam tangan Tag Heuer, kasut Stuart Weitzman atau paling tidak telefon bimbit terkini Nokia. Dewan meraikan pengantin dihadiri 1,000 jemputan, manakala kompang bergema mengiring mempelai bak Raja naik takhta.

Ada pertunjukan slaid mengiring jamuan makanan. Bercerita mengenai pertemuan pertama mempelai, kelulusan si pengantin dan pekerjaannya. Paling lucu, disebut juga perkahwinan itu dilangsungkan dengan wang hantaran RM20,000.

Setuju atau tidak, itulah warna warni perkahwinan orang Melayu dewasa ini. Segala-galanya mengenai status dan memancing kekaguman tetamu kepada pengantin dan keluarga. Alasannya, berkahwin sekali saja dalam hidup. Justeru, segala-galanya mesti hebat walaupun selepas majlis, pengantin dihambat hutang keliling pinggang. Dengan senario itu mana mungkin majlis perkahwinan boleh berlangsung dengan belanja RM10,000? Paling tidak RM50,000. Jadi sesuai benarlah hantaran si pengantin perempuan RM20,000, itu pun tidak cukup menampung belanja majlis. Jadi, isu mengapa hantaran tinggi melangit sebenarnya sudah lama terjawab.

Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Datuk Dr Zainal Abidin Borhan, berkata wang hantaran yang mencecah puluhan ribu ringgit sebenarnya menggambarkan perubahan mentaliti dan status orang Melayu masa kini."Dulu kita tidak mendengar pun mengenai hantaran puluhan ribu. Paling tidak RM5,000, itu pun bukan semua. Kalau dalam satu kampung, ada anak dara yang jadi jururawat atau cikgu, hantarannya mesti lebih tinggi daripada anak dara yang kerja kampung.

"Hari ini pula keadaan itu berterusan. Apabila orang Melayu mencapai status yang lebih tinggi daripada kebiasaan, dia keluar dari kelompok biasa, dia berasakan nilai hantaran perlu mengikut kedudukannya itu," katanya.Ini ditambah dengan faktor persekitaran misalnya isu ekonomi atau isu wang hantaran setempat (di mana pengantin itu tinggal) dan sebagainya."Majlis perkahwinan orang Melayu dahulu menerusi kata sepakat. Mesyuarat di masjid atau dewan. Apa kekurangan tuan rumah ditampung. 

Ada yang sedekah gula, beras, daging atau ayam. Bila tiba hari kenduri masing-masing tolong menolong," katanya.Senario itu katanya seakan tidak wujud lagi hari ini kecuali di kampung. Bagaimanapun, di kampung juga semangat gotong-royong tidak begitu kental. Urusan masak memasak ada kalanya sudah diserahkan kepada katerer.Di pekan apatah lagi, tinggal berjiran pun saling tidak mengenali. Justeru, apabila hendak melangsungkan kenduri kahwin, tiada siapa yang boleh diharapkan untuk menyelesaikan semua urusan. Paling mudah, mengupah pengurus perkahwinan untuk memastikan kelancaran majlis. Dari urusan dewan lokasi majlis berlangsung, hinggalah urusan mak andam dan jurugambar."Sekarang ini segala perkara memerlukan wang. Kalau hendak kahwin, soalan yang pertama ditanya, ada duitkah? Ia kerana majlis perkahwinan hari ini semuanya pakai duit. 

Dari membuat jamuan hingga kepada hal kecil seperti buah tangan untuk tetamu, selain upah mak andam dan jurugambar," katanya.Bagi pihak perempuan, sumber wang untuk mengelolakan majlis perkahwinan itu selain tabungan atau pinjaman adalah wang hantaran.Prof Madya Zainal berkata, wang hantaran inilah yang menanggung hampir sebahagian perbelanjaan perkahwinan.Beliau berkata, sebenarnya wang hantaran tidak dinyatakan dalam agama, ia hanya sebahagian daripada adat masyarakat Melayu.Justeru, katanya walaupun ramai yang beranggapan mas kahwin lebih penting dan hantaran itu hanya menyusahkan, ia sukar sekali untuk dibuang daripada masyarakat."Dari satu segi, ia kelihatan unik. Bagi masyarakat barat, perkahwinan itu hanya membabitkan si lelaki dan perempuan. Jadi ada yang buat di pulau persendirian atau kahwin sesama mereka. Namun, bagi orang Melayu perkahwinan adalah urusan keluarga dan ia perlu diuar-uarkan. 

Namun, dalam meletak wang hantaran ia memerlukan pertimbangan dan permuafakatan," katanya.Prof Madya Zainal berkata, pada akhirnya persoalan timbul apakah yang dimahukan daripada perkahwinan itu - inginkan anak hidup berbahagia atau mahu menunjukkan status dan menimbulkan kekaguman tetamu hingga perlu berhutang."Menghapuskan hantaran bukan mudah kerana ia soal adat. 

Di Pantai Timur, mungkin isu hantaran ini bukan isu besar kerana mungkin sudah diselaraskan sejak dulu apabila hantaran dimasukkan dalam mas kahwin," katanya.Beliau berkata, dalam masyarakat Melayu, aspek adat boleh berubah atas dasar muafakat dan dalam hubungan menetapkan nilai hantaran, kedua-dua keluarga perlu berbincang.Katanya, pada masa sekarang ada persepsi baru mengenai hantaran, namun ia masih boleh diperbincangkan. Contoh, apabila pihak perempuan meletak harga, lelaki boleh berunding dan tawar menawar.

Dalam soal tawar menawar, ada juga ahli masyarakat yang tidak suka nilai hantaran itu ditawar kerana tindakan itu kata mereka seperti membeli ikan di pasar. Bagaimanapun, apabila tiba isu meletakkan nilai hantaran pula, mereka mendakwa tindakan itu diambil selepas mengambil kira kos kenaikan harga barang walaupun anak mereka boleh dianggap sebagai bahan komoditi.

Justeru, apa yang utama dalam isu hantaran yang tinggi ini ialah ia perlu dibincangkan secara terbuka kerana masalah itu bukan hanya membabitkan isu keluarga tertentu. Ini penting kerana jika nilai hantaran yang tinggi itu menjadi semakin tinggi mengikut pasaran semasa, ia boleh menyebabkan ramai lelaki dan perempuan bujang memilih untuk berkahwin pada usia lewat.

Sumber: Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

If u like it please share with ur friend! xoxo